*
Untuk membolehkan pengeluaran keuntungan yang diperoleh daripada dana bonus, anda dikehendaki untuk memenuhi
syarat-syarat yang diterangkan dalam peraturan Bonus Welcome.
Peraturan Bonus Welcome:
Bonus Welcome disediakan dengan menggunakan jenis akaun khusus yang dipanggil Welcome.
Bonus hanya disediakan untuk klien-klien di Malaysia dan Indonesia sahaja.
Klien sedia-ada tidak boleh membuka akaun Welcome.
Seorang klien hanya boleh membuka satu akaun Welcome dan mendapatkan Bonus Welcome berjumlah 30 USD sekali sahaja.
Untuk mendapatkan Bonus Welcome, pedagang perlu mendaftar Ruang Peribadi dan membuka akaun Welcome. Dana bonus
akan dikreditkan ke akaun secara automatik. Sila ambil maklum bahawa semasa membuka akaun Welcome, nombor
telefon semasa hendaklah disahkan.
Akaun Welcome ialah bebas swap untuk pedagang beragama Islam sahaja. Terma-terma perdagangan berikut adalah untuk akaun ini:
Instrumen perdagangan: pasangan mata wang Fx dan logam;
Mata wang akaun: USD;
Jumlah pesanan maksimum untuk satu kedudukan: 0.01 lot sahaja;
Jumlah maksimum kedudukan yang dibuka (termasuk pesanan belum selesai)
pada masa yang sama: tidak lebih daripada 5;
Robot (Penasihat Pakar): tidak dibenarkan.
Klien hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 5 lot yang
didagangkan dalam tempoh 30 hari untuk memindahkan keuntungan.
Keuntungan dari akaun Selamat Datang perlu dikeluarkan dalam tempoh 30 hari sejak bonus tamat.
Tiada komisen rakan kongsi yang dikreditkan untuk perdagangan dalam akaun Welcome.
Tiada deposit atau pindahan dalaman yang boleh dibuat ke akaun Welcome.
Akaun Welcome tersedia untuk perdagangan selama 30 hari dari tarikh anda membuka akaun. Selepas tempoh yang
dinyatakan berlalu, perdagangan akan dilumpuhkan, tetapi akaun Welcome akan masih boleh diakses untuk
memindahkan keuntungan yang diperoleh.
Untuk membuat pindahan dalaman keuntungan daripada akaun Welcome ke mana-mana akaun langsung, klien mesti
membuat deposit sekurang-kurangnya 100 USD (atau jumlah yang sama dalam mata wang lain) ke akaun langsung
ini.
Sila ambil maklum bahawa jumlah mesti didepositkan selepas terma-terma perdagangan bonus dipenuhi (bonus telah didagangkan atau tamat tempoh).
Jumlah keuntungan yang boleh dikeluarkan ialah 30 USD.
Keuntungan boleh dipindahkan selepas semua syarat bonus dipenuhi. Pemindahan dibuat daripada akaun Welcome ke mana-mana akaun perdagangan yang telah didepositkan dengan sekurang-kurangnya 100 USD atau nilai yang sepadan.
Setiap klien hanya boleh mempunyai 1 (satu) permintaan untuk memindahkan keuntungan
daripada akaun Welcome ke mana-mana akaun perdagangan langsung.
Pemindahan keuntungan akan diproses dalam masa 1-2 jam semasa waktu operasi
Jabatan Kewangan. Masa pemprosesan maksimum ialah sehingga 24 jam.
Sebaik sahaja pemindahan keuntungan selesai, akaun Welcome akan dilumpuhkan dan tiada perdagangan lanjut
yang boleh dilakukan, bonus akan dibatalkan dalam saiz penuh dan baki akaun akan ditetapkan kepada sifar.
Dalam kes alamat IP atau data peribadi yang sepadan, atau tanda-tanda lain akaun adalah milik klien berbeza,
akaun tersebut boleh disekat dan/atau bonus serta keuntungan boleh dibatalkan.
Tawaran sah sehingga 01.12.2020, tetapi boleh dibatalkan atau dilanjutkan pada bila-bila masa.
JustMarkets berhak untuk mengubah terma-terma kempen ini tanpa notis awal.