Peraturan-peraturan Peraduan Perdagangan Keemasan:
Setiap klien hanya boleh menggunakan satu akaun
Standard, ECN Zero atau Pro untuk penyertaan peraduan.
Untuk menjadi peserta peraduan, seseorang perlu membuat deposit sekali berjumlah
sekurang-kurangnya 200 USD ke akaun perdagangan dalam tempoh pendaftaran peraduan.
Selepas itu, pendaftaran diperlukan untuk menyertai peraduan dengan menggunakan
nama samaran dalam bahagian “Bonus dan Promosi” pada tab
"Sertai Peraduan".
Sila ambil perhatian bahawa hanya akaun yang telah didepositkan dengan jumlah yang diperlukan boleh mendaftar dalam peraduan.
Pindahan dalaman wang dari satu akaun ke akaun lain tidak dianggap sebagai deposit.
Pendaftran Peraduan pertandingan bermula pada 12 Ogos 2019 dan berakhir pada 12 September 2019.
Pemenang akan ditentukan berdasarkan mata %Keuntungan yang diterima semasa tempoh perdagangan bagi peraduan,
iaitu dikira sebagai peratus peningkatan Ekuiti yang didarab dengan hari yang menguntungkan.
Tempoh perdagangan bagi peraduan bermula dari 13 September 2019 sehingga 11 Oktober 2019.
Tiga hadiah wang tunai yang bernilai akan diberikan kepada 3 pedagang teratas dengan mata % Keuntungan yang tertinggi:
– 5,000 USD untuk tempat pertama;
– 3,000 USD untuk tempat kedua;
– 1,000 USD untuk tempat ketiga.
Semasa tempoh perdagangan peraduan, statistik 10 peserta teratas akan dipaparkan dalam jadual di
Halaman peraduan.
Jadual memaparkan data untuk hari perdagangan sebelumnya yang dikemas kini sekali sehari.
Hadiah wang akan dikreditkan ke dalam baki akaun perdagangan pemenang yang menyertai promosi dalam masa 3 hari
selepas peraduan tamat dan akan boleh dikeluarkan atau digunakan untuk perdagangan selanjutnya.
Syarikat berhak untuk mengubah, mengemas kini atau membatalkan promosi ini tanpa notis awal.
Sekiranya terdapat alamat IP atau data peribadi yang sepadan,
atau tanda-tanda akaun adalah milik klien berbeza,
akaun tersebut boleh dihalang daripada menyertai peraduan.
Tiada had untuk perkongsian hasil rakan kongsi daripada akaun perdagangan yang menyertai peraduan.