Untuk membolehkan dana bonus dipindahkan daripada ruangan
"Kredit" ke ruangan "Baki" dan boleh dikeluarkan atau digunakan
untuk perdagangan selanjutnya, klien hendaklah melakukan operasi
perdagangan dalam jumlah:
-
< Bilangan Lot > = < Jumlah
bonus > / 2 untuk akaun Pro dan Standard;
Berikut adalah contoh:
Anda telah membuat deposit berjumlah 500 USD dan menerima
bonus 1,000 USD. Untuk memindahkan bonus ini daripada
dompet "Kredit" ke dompet "Baki", anda perlu berdagang
500 lot terlebih dahulu – bermaksud volum perdagangan
sebanyak 50,000,000 USD.
Anda baru sahaja berdagang 2 lot USD/CHF dan 2 lot
USD/JPY. Oleh sebab USD ialah mata wang asas dalam pasangan
ini, nilai lotnya ialah 100,000 USD. Anda telah berdagang
tepat 400,000 USD volum perdagangan atau 4 lot.
Anda juga telah berdagang 8 lot EUR/USD pada 1.11000.
Disebabkan USD adalah mata wang yang didagangkan dalam
pasangan ini, nilai lot ialah 100,000 darab dengan harga semasa
pasangan semasa perdagangan. Dalam kes ini, ia adalah
111,000 USD per lot. Anda telah berdagang 888,000 USD
daripada volum perdagangan atau 8.88 lot.
Akan tetapi, anda juga telah berdagang 100 lot saham Ford.
Nilai lot pada pasaran saham dikira mengikut harga semasa aset
dalam USD. Pada masa ini, ia adalah 8.70 USD atau
0.0087 lot. Secara keseluruhan, anda telah berdagang
1,288,870 USD mengikut volum atau 12.88 lot.
Untuk mengeluarkan bonus anda bernilai 1,000 USD, anda
perlu berdagang lagi 28,711,130 USD atau secara kasarnya,
487.1 lot.