Peraturan-Peraturan Peraduan Perdagangan Musim Panas:
Setiap klien hanya boleh menggunakan satu akaun Standard, Pro atau
Raw Spread
miliknya untuk menyertai peraduan. Sila ambil maklum bahawa promosi ini hanya tersedia untuk
akaun MT4 sahaja.
Untuk menjadi peserta peraduan, pedagang perlu membuat deposit ke akaun perdagangan dengan pembayaran
sekali berjumlah sekurang-kurangnya 100 USD dalam tempoh pendaftaran peraduan. Selepas itu, pedagang
dikehendaki mendaftar dalam peraduan menggunakan
nama samaran dalam bahagian "Bonus dan Promosi" di tab
"Sertai
Peraduan".
Sila ambil perhatian bahawa hanya akaun yang didepositkan dengan jumlah minimum diperlukan boleh didaftar
untuk menyertai
peraduan. Pemindahan dalaman wang dari satu akaun ke akaun lain tidak dianggap sebagai deposit.
Pendaftaran peraduan bermula pada 12 Jun 2020 dan berakhir pada 29 Jun 2020.
Pemenang-pemenang akan ditentukan berdasarkan mata Profit % yang diperoleh semasa tempoh
perdagangan peraduan, ia dikira sebagai peratusan peningkatan Ekuiti yang didarabkan dengan hari-hari
yang menguntungkan.
Kami menggunakan kedua-dua pesanan terbuka dan tertutup untuk menentukan sama ada hari tersebut
"menguntungkan" atau tidak. Jika anda mempunyai pesanan terbuka di penghujung hari, prestasinya
mungkin mempengaruhi pengiraan ini.
Tempoh perdagangan peraduan adalah dari 30 Jun sehingga 15 Julai 2020.
Tiga hadiah wang tunai yang hebat akan diberikan kepada 3 pedagang teratas dengan mata Profit %
tertinggi:
– 500 USD untuk tempat pertama;
– 250 USD untuk tempat kedua;
– 100 USD untuk tempat ketiga.
Semasa tempoh perdagangan peraduan, statistik 10 peserta teratas akan ditunjukkan dalam jadual di
Halaman Peraduan. Jadual tersebut akan memaparkan data
untuk hari perdagangan sebelumnya yang dikemas kini sekali sehari.
Hadiah wang tersebut akan dikreditkan ke dalam baki akaun perdagangan pemenang yang menyertai promosi
dalam masa 3 hari selepas peraduan berakhir dan akan boleh dikeluarkan atau digunakan untuk perdagangan
selanjutnya.
Syarikat berhak untuk mengubah, mengemas kini atau membatalkan promosi ini tanpa notis awal.
Dalam kes alamat IP atau data peribadi yang sepadan, atau tanda-tanda lain akaun adalah milik klien
berbeza, akaun tersebut boleh dihalang daripada menyertai peraduan.
Tiada had untuk perkongsian hasil rakan kongsi daripada akaun perdagangan yang menyertai peraduan.