Setiap klien hanya boleh menggunakan satu akaun Standard, Pro atau
Raw Spread miliknya untuk menyertai peraduan.
Sila ambil maklum yang anda hanya boleh berdagang pasangan perdagangan XAU/USD dalam pertandingan ini.
Hanya hasil pasangan perdagangan XAU/USD yang diambil kira untuk pertandingan ini.
Untuk menjadi peserta peraduan, pedagang perlu membuat deposit ke akaun perdagangan dengan pembayaran
sekali berjumlah sekurang-kurangnya 100 USD dalam tempoh pendaftaran peraduan.
Pendaftaran pertandingan bermula pada
16 Februari dan berakhir pada 2 Mac 2021.
Pemenang akan ditentukan berdasarkan mata Profit yang diperoleh semasa tempoh perdagangan pertandingan
yang dikira sebagai peningkatan Ekuiti didarab dengan hari keuntungan.
Kami menggunakan kedua-dua pesanan terbuka dan tertutup bagi menentukan sama ada hari tersebut
"menguntungkan" atau tidak.
Jika anda mempunyai pesanan terbuka di penghujung hari, prestasinya mungkin mempengaruhi pengiraan ini.
Tempoh perdagangan pertandingan ialah
dari 3 Mac sehingga 17 Mac 2021.
Tiga hadiah wang tunai yang hebat akan diberikan kepada 3 pedagang teratas dengan mata Profit
tertinggi:
– 500 USD untuk tempat pertama;
– 250 USD untuk tempat kedua;
– 100 USD untuk tempat ketiga.
Semasa tempoh perdagangan peraduan, statistik 10 peserta teratas akan ditunjukkan dalam jadual di
Halaman Peraduan.
Jadual tersebut akan memaparkan data untuk hari perdagangan sebelumnya yang dikemas kini sekali sehari.
Hadiah wang tersebut akan dikreditkan ke dalam baki akaun perdagangan pemenang yang menyertai
promosi dalam masa 3 hari selepas peraduan berakhir dan akan boleh dikeluarkan atau digunakan untuk
perdagangan selanjutnya.
Syarikat berhak untuk mengubah, mengemas kini atau membatalkan promosi ini tanpa notis awal.
Dalam kes alamat IP atau data peribadi yang sepadan, atau tanda-tanda lain akaun adalah milik klien
berbeza, akaun tersebut boleh dihalang daripada menyertai peraduan.
Tiada had untuk perkongsian hasil rakan kongsi daripada akaun perdagangan yang menyertai peraduan.