Menangi MacBooks, iPads, dan Apple Watches dalam Trading Triumph Contest. Dapatkan 1 daripada 4 skuter Honda Weekly Lucky Draws kami!
Sertai PertandinganHari
Jam
Minit
Saat
Daftarkan akaun perdagangan anda untuk Pertandingan di bahagian “Bonus dan Promosi” dalam Ruang Peribadi anda dan buat deposit sekurang-kurangnya $100
Berdagang sekurang-kurangnya 5 lot sepanjang minggu untuk menyertai Lucky Draw dan berpeluang untuk mendapatkan 1 daripada 4 skuter pada setiap hari Isnin!
Perdagangan yang untung memberi anda mata Perolehan. 10 pedagang dengan perolehan teratas akan diberi hadiah berteknologi tinggi seperti MacBook, iPad dan Apple Watch di akhir Pertandingan.
Rindu untuk beraksi? Daftar pelbagai akaun perdagangan!
Mulakan14" MacBook Pro
13" MacBook Air
iPad Air 256GB
Apple Watch SE GPS
Skuter Honda yang Anggun & Berkuasa
Sertai Trading Triumph Contest dan serlahkan kehandalan perdagangan anda!
MulakanMata perolehan = Perolehan x Hari keuntungan
Setiap hari yang menguntungkan bersama JustForex membawa anda lebih dekat kepada ganjaran yang hebat!
Mulakan1. Promosi Trading Triumph Contest meliputi Weekly Lucky Draw dan Monthly Trading Contest.
2. JustMarkets memberi peluang untuk memenangi satu daripada empat motosikal WAVE ALPHA Honda, MacBook Pro 14″ (M2 Pro) 512GB, MacBook Air 13″ (M1 chip) 256GB, iPad Air 256GB Wi-Fi, dan satu daripada tujuh Apple Watch SE GPS.
3. Promosi ini tersedia mengikut tarikh berikut:
Tempoh Pendaftaran: 16 Oktober – 19 November 2023 (semua tarikh termasuk);
Tempoh Pertandingan: 23 Oktober – 19 November 2023 (semua tarikh termasuk).
4. Promosi ini dibuka kepada Klien JustMarkets yang baharu dan sedia ada dengan tempat tinggal yang didaftarkan daripada negara/rantau terpilih sahaja seperti yang dinyatakan dalam klausa 9 Peraturan Promosi ini.
5. Sertai Promosi, untuk akaun Standard, Pro, Cent, atau Raw Spread
6. Syarat-syarat penyertaan dalam Weekly Lucky Draw:
6.1. Untuk menyertai Weekly Lucky Draw, Klien perlu:
Membuat deposit sekurang-kurangnya 100 USD ke akaun dalam tempoh pendaftaran Pertandingan. Akaun dengan deposit yang diperlukan untuk penyertaan yang dibuat sebelum bermulanya Tempoh Pendaftaran (10 Ogos 2023) atau selepas Tempoh Pendaftaran ditutup (10 September 2023) tidak akan diterima untuk menyertai Pertandingan. Sila ambil perhatian, dana mesti didepositkan sebagai satu bayaran. Pindahan dalaman wang dari satu akaun ke akaun lain tidak dianggap sebagai deposit. Hanya akaun yang telah didepositkan dengan amaun minimum yang diperlukan boleh mendaftar dalam Pertandingan.
Mendaftar satu atau lebih akaun perdagangan dalam Pertandingan, menggunakan nama samaran di bahagian “Bonus dan Promosi” pada tab “Sertai Pertandingan”.
Berdagang 5 lot universal atau lebih setiap minggu kalendar semasa Tempoh Pertandingan di akaun sebenar yang telah didaftarkan dalam Pertandingan.
Berdagang 1 lot universal, anda perlu membuka dan menutup urus niaga dengan jumlah volum 100,000 USD. Sila ambil maklum bahawa nilai instrumen boleh menjadi sangat berbeza.
Sila lihat contoh:
Untuk membuka dan menutup urus niaga 1 lot (100 kontrak) XAUUSD, anggarannya adalah 195,000 USD.
Untuk membuka dan menutup urus niaga 1 lot (100,000 kontrak) EURUSD, anggarannya 110,000 USD.
6.2. Klien boleh menyertai Weekly Lucky Draw pada setiap hari Isnin dari 00:00:00 GMT+3 hingga 23:59:59 GMT+3 Ahad semasa Tempoh Pertandingan.
6.3. Volum yang didagangkan pada setiap akaun perdagangan yang didaftarkan oleh Klien dalam Pertandingan akan dijumlahkan.
6.4. Klien yang berdagang lebih daripada 5 lot universal (contohnya 10 lot, 15 lot dan seterusnya) semasa minggu kalendar tidak menggandakan atau meningkatkan peluang kemenangan mereka.
6.5. Perdagangan dalam akaun demo tidak melayakkan Klien untuk menyertai Weekly Lucky Draw.
6.6. Hadiah Weekly Lucky Draw adalah Motosikal WAVE ALPHA Honda. Semasa tempoh Promosi, 4 Motosikal akan disediakan untuk cabutan bertuah, satu bagi setiap minggu.
6.7. Sekiranya Hadiah yang ditawarkan tidak tersedia atas sebab-sebab yang berada di luar kawalan Syarikat atau terdapat kesukaran untuk menghantar hadiah, maka Syarikat memberikan ganti hadiah wang (nilai yang sepadan) berjumlah 750 USD ke dalam akaun perdagangan Klien yang telah didaftarkan dalam Pertandingan.
6.8. Pemenang Weekly Lucky Draw bertanggungjawab atas perbelanjaan sendiri yang dikenakan berhubung dengan Hadiah, termasuk cukai, pendaftaran kenderaan, perjalanan dan perbelanjaan kemudahan.
6.9. Klien yang telah memenuhi syarat-syarat dalam klausa 6.1 Peraturan Promosi ini akan mengambil bahagian dalam Weekly Lucky Draw. Pada setiap minggu semasa Tempoh Pertandingan, pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan Roda nasib pada setiap hari Isnin, 12:00 GMT +3.
6.10. Terdapat seorang pemenang dalam Weekly Lucky Draw.
6.11. Peserta dalam Weekly Lucky Draw hanya akan layak untuk menang sekali semasa Tempoh Promosi. Sekiranya pemenang yang dipilih telah menang sebelum ini, pemenang lain akan dicabut secara rawak.
7. Syarat-syarat penyertaan Trading Contest
7.1. Untuk menyertai Trading Contest, Klien perlu:
Membuat deposit sekurang-kurangnya 100 USD untuk akaun dalam tempoh Pendaftaran Pertandingan. Akaun dengan deposit yang diperlukan untuk penyertaan yang dibuat sebelum bermulanya Tempoh Pendaftaran atau selepas Tempoh Pendaftaran ditutup tidak akan diterima untuk menyertai Pertandingan. Sila ambil perhatian, dana mesti didepositkan sebagai satu bayaran. Pindahan dalaman wang dari satu akaun ke akaun lain tidak dianggap sebagai deposit. Hanya akaun yang telah didepositkan dengan amaun minimum yang diperlukan boleh mendaftar dalam Pertandingan.
Mendaftar satu atau lebih akaun perdagangan dalam Pertandingan, menggunakan nama samaran di bahagian “Bonus dan Promosi” pada tab “Sertai Pertandingan”.
7.2. Hadiah akan diberikan kepada 10 pedagang teratas dengan mata Perolehan tertinggi:
MacBook Pro 14″ (M2 Pro) 512GB* (ATAU wang bersamaan 1700 USD) untuk tempat pertama;
MacBook Air 13″ (M1 chip) 256GB* (ATAU wang bersamaan 1000 USD) untuk tempat kedua;
iPad Air 256GB Wi-Fi* (ATAU wang bersamaan 700 USD) untuk tempat ketiga;
Apple Watch SE GPS* (ATAU wang bersamaan 250 USD) untuk tempat keempat hingga kesepuluh;
7.3. Para pemenang akan ditentukan berdasarkan mata Perolehan yang dicapai semasa Tempoh Perdagangan Pertandingan.
7.4. Hadiah akan diberikan kepada 10 pedagang teratas dengan mata Perolehan paling tinggi.
7.5. Dalam Pertandingan Perdagangan ini, mata Perolehan dikira mengikut formula:
Mata perolehan = (Keuntungan - Pengeluaran) / (Ekuiti Mula – Kredit Mula + Deposit) * 100 * Hari keuntungan
Keuntungan – amaun keuntungan pada akaun yang didaftarkan dalam Pertandingan sejak Pertandingan mula;
Deposit – semua deposit dan pindahan dalaman yang masuk sejak Pertandingan mula;
Pengeluaran – semua pengeluaran dan pindahan dalaman keluar sejak Pertandingan mula;
Ekuiti Mula – amaun dana dalam akaun Klien di permulaan penyertaan Perdagangan;
Kredit Mula – amaun dana bonus dalam akaun Klien di permulaan penyertaan Pertandingan.
Hari keuntungan dikira sebagai bilangan hari dari Pertandingan bermula sehingga hari Klien berjaya menjana sekurang-kurangnya 0.01 USD (mengikut urus niaga terbuka dan tertutup). Kami menggunakan kedua-dua pesanan buka dan tutup untuk menentukan sama ada hari itu “menguntungkan” atau tidak. Jika Klien telah membuka perdagangan di penghujung hari, prestasi mereka mungkin mempengaruhi pengiraan ini. Permulaan hari bermula pada 00:00:00 GMT+3 dan tamat pada 23:59:59 GMT+3 (masa pelayan).
7.6. Urus niaga perdagangan boleh dibuka pada akaun yang didaftarkan dalam Pertandingan pada hari bermulanya Pertandingan. Tetapi, sila ambil maklum jika Klien telah mengeluarkan atau kehilangan sebahagian dana dalam akaun, dan pada tarikh mula Pertandingan, baki akaun kurang daripada deposit minimum $100, maka Ekuiti Mula akan sama dengan 100 USD, jadi ia akan menyukarkan Klien untuk mencapai keputusan yang lebih tinggi.
7.7. Jika nilai yang dikira mengikut formula Mata Perolehan adalah <0, maka dalam jadual keputusan, ia akan dipaparkan sebagai Mata Perolehan = 0.
Klien berdagang dalam Pertandingan selama lima hari dan setiap hari menerima keputusan:
Tarikh | Keuntungan | Deposit | Pengeluaran | Ekuiti | Kredit | Perolehan | Hari keuntungan | Mata perolehan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Mula | - | 0 | 0 | 100 | 0 | - | 0 | - |
Hari 1 | 50 | 0 | 0 | 150 | 0 | 50 | 1 | 50 |
Hari 2 | 30 | 100 | 0 | 230 | 0 | 40 | 2 | 80 |
Hari 3 | 20 | 0 | 50 | 200 | 0 | 25 | 3 | 75 |
Hari 4 | -30 | 0 | 0 | 170 | 0 | 10 | 3 | 30 |
Hari 5 | 90 | 0 | 0 | 260 | 0 | 55 | 4 | 220 |
Di permulaan Pertandingan, klien mempunyai 100 USD dalam akaun (Ekuiti = 100 USD) Hari 1: Klien menjana keuntungan bernilai 50 USD dan Hari keuntungan = 1.
Mata perolehan = (Keuntungan – Pengeluaran) / (Ekuiti Mula – Kredit Mula + Deposit) * 100 * Hari keuntungan = (50 – 0) / (100 – 0 + ) * 100 * 1 = 50 mata perolehan
Hari 2: Klien membuat deposit tambahan bernilai 100 USD dan menerima keuntungan 30 USD. Hari keuntungan = 2
Mata perolehan = (80 – 0) / (100 – 0 + 100) * 100 * 2 = 80 mata perolehan
Hari 3: Klien membuat pengeluaran bernilai 50 USD dan menerima keuntungan 20 USD. Hari keuntungan = 3.
Mata perolehan = (100 - 50) / (100 - 0 + 100) * 100 * 3 = 75 mata perolehan (seperti yang anda lihat, walaupun keuntungan diterima, indikator mata perolehan jatuh disebabkan pengeluaran yang dibuat semasa Pertandingan).
Hari 4: Klien kerugian 30 USD. Indikator hari Keuntungan kekal sama: Hari keuntungan = 3.
Mata perolehan = (70 - 50) / (100 - 0 + 100) * 100 * 3 = 30 mata perolehan
Hari 5: Klien menerima keuntungan bernilai 90 USD. Indikator hari Keuntungan meningkat sebanyak 1 disebabkan Klien mendapat keuntungan lagi: Hari keuntungan = 4.
Mata perolehan = (160 - 50) / (100 - 0 + 100) * 100 * 4 = 220 mata perolehan
8.1. Senarai pemenang akan disiarkan di laman web JustMarkets dan laman media sosial rasmi dalam masa 5 hari bekerja dari masa ia dipilih.
8.2. JustMarkets akan memaklumkan pemenang Weekly Lucky Draw dan Trading Contest melalui e-mel dan telefon seperti yang dinyatakan dalam Ruang Peribadi Klien.
8.3. Pemenang mesti menuntut Hadiah mereka dan memberikan maklumat perhubungan untuk menerimanya dalam masa 5 hari bekerja dari pengumuman pemenang oleh Syarikat JustMarkets. Jika pemenang tidak memberikan maklumat perhubungan dalam tempoh ini, JustMarkets berhak untuk membatalkan penerimaan Hadiah.
8.4. JustMarkets akan menghantar Hadiah dalam tempoh 45 hari bekerja selepas hari terakhir Tempoh Pertandingan.
8.5. Sekiranya Hadiah yang ditawarkan tidak tersedia disebabkan keadaan-keadaan yang berada di luar kawalan Syarikat atau terdapat kesukaran dengan penghantaran hadiah, maka Syarikat akan memberikan ganti hadiah wang mengikut kesamaan nilai wang ke akaun perdagangan Klien yang telah didaftarkan dalam Pertandingan. Hadiah wang akan dikreditkan dalam baki akaun perdagangan pemenang yang menyertai Promosi dalam masa 5 hari selepas menerima jawapan pemberitahuan daripada pemenang dan persetujuan menerima hadiah wang. Hadiah wang boleh dikeluarkan atau digunakan untuk perdagangan selanjutnya.
8.6. Klien yang menang hadiah dalam Weekly Lucky Draw boleh menerima hadiah dalam Trading Contest. Tetapi, satu klien tidak boleh menerima 2 atau lebih hadiah dalam Weekly Lucky Draws. Dan satu klien tidak boleh menerima 2 atau lebih hadiah dalam Trading Contest.
8.7. Imej yang digunakan dalam bahan pemasaran Promosi tidak semestinya mewakili model Hadiah sebenar.
9. Promosi ini dibuka kepada Klien JustMarkets dengan tempat tinggal yang didaftarkan di negara/rantau terpilih sahaja, seperti yang dinyatakan di bawah: Afganistan, Albania, Algeria, Andorra, Angola, Anguilla, Antartika, Antigua dan Barbuda, Argentina, Armenia, Aruba, Azerbaijan, Bahamas, Bahrain, Bangladesh, Barbados, Benin, Bermuda, Bhutan, Bolivia, Bosnia dan Herzegovina, Botswana, Brazil, Brunei, Burkina Faso, Burundi, Cabo Verde, Cambodia, Cameroon, Kepulauan Cayman, Republik Afrika Tengah, Chad, Chile, China, Kepulauan Christmas, Kepulauan Cocos (Keeling), Colombia, Comoros, Congo - Brazzaville, Congo - Kinshasa, Kepulauan Cook, Costa Rica, Curacao, Djibouti, Dominica, Republik Dominican, Timor Timur, Ecuador, Mesir, El Salvador, Guinea Khatulistiwa, Eritrea, Ethiopia, Kepulauan Falkland, Kepulauan Faroe, Fiji, French Polynesia, Gabon, Gambia, Georgia, Ghana, Greenland, Grenada, Guatemala, Guinea, Guinea-Bissau, Guyana, Haiti, Honduras, Hong Kong, India, Indonesia, Iraq, Israel, Jamaica, Jordan, Kazakhstan, Kenya, Kiribati, Kuwait, Kyrgyzstan, Laos, Lebanon, Lesotho, Liberia, Libya, Macau, Macedonia, Madagascar, Malawi, Malaysia, Maldives, Mali, Kepulauan Marshall, Mauritani, Mexico, Micronesia, Moldova, Monaco, Mongolia, Montenegro, Montserrat, Morocco, Mozambique, Namibia, Nauru, Nepal, New Caledonia, New Zealand, Nicaragua, Niger, Nigeria, Niue, Oman, Pakistan, Palau, Palestin, Panama, Papua New Guinea, Paraguay, Peru, Filipina, Kepulauan Pitcairn, Qatar, Rwanda, Saint Helena, Saint Kitts dan Nevis, Saint Lucia, Saint Pierre dan Miquelon, San Marino, Sao Tome dan Principe, Arab Saudi, Senegal, Serbia, Sierra Leone, Singapura, Kepulauan Solomon, Somalia, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sri Lanka, Suriname, Svalbard dan Jan Mayen, Switzerland, Taiwan, Tajikistan, Tanzania, Thailand, Togo, Tokelau, Tonga, Trinidad dan Tobago, Tunisia, Turki, Turkmenistan, Kepulauan Turks dan Caicos, Tuvalu, Uganda, Emiriah Arab Bersatu, Uruguay, Uzbekistan, Venezuela, Vietnam, Wallis dan Futuna, Zambia, Zimbabwe.
10. Dengan menyertai Promosi ini, Klien memberikan kebenaran secara automatik untuk JustMarkets menggunakan data peribadi mereka (nama penuh dan negara tempat tinggal) dan gambar bersama hadiah dalam aktiviti pemasaran JustMarkets, termasuk mengirim maklumat di laman web JustMarkets, rangkaian sosial, dan bahan-bahan promosi yang lain.
11. Setiap Klien bersetuju untuk memberikan data sebenar sahaja (termasuk, tetapi tidak terhad kepada nama penuh, e-mel, nombor telefon). Memberi data palsu boleh mengakibatkan pembatalan kelayakan dalam Lucky Draw dan Trading Contest.
12. Sekiranya Alamat IP atau data peribadi sepadan atau terdapat tanda-tanda lain yang akaun itu adalah milik Klien berbeza, akaun tersebut boleh dihalang daripada menyertai Pertandingan.
13. Tiada sekatan pada perkongsian hasil rakan kongsi daripada akaun-akaun perdagangan yang menyertai Pertandingan.
14. Syarikat JustMarkets berhak untuk menolak atau membatalkan kelayakan mana-mana peserta tanpa perlu menjelaskan sebabnya, termasuk tetapi tidak terhad kepada membuka volum besar pesanan bertentangan dengan pasangan mata wang yang sama dalam akaun perdagangan berbeza pada masa yang hampir sama, penggunaan kegagalan aliran sebut harga untuk mendapatkan keuntungan yang dijamin atau sebarang jenis penipuan yang akan ditentukan mengikut budi bicara mutlak Syarikat.
15. Dengan menyertai Promosi ini, Klien mengakui bahawa mereka telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini, dan Perjanjian Klien seperti yang disiarkan di laman web Syarikat JustMarkets.
16. Syarikat berhak untuk menukar dan mengemas kini Terma ini pada bila-bila masa serta membatalkan Promosi ini tanpa notis awal.
17. Sebarang situasi yang tidak diterangkan dalam Terma ini akan tertakluk pada keputusan budi bicara Syarikat.
*MacBook Pro, MacBook Air, iPad Air dan Apple Watch adalah tanda dagang Apple Inc., berdaftar di U.S. dan negara-negara lain. Tanda dagang dan jenama adalah harta pemilik masing-masing.