Dalam dunia kewangan dan perbankan, terma “Tier 1” dan “Tier 2” sering digunakan untuk merujuk kepada tahap (tier) dalam institusi perbankan. Konsep ini penting bukan sahaja untuk golongan profesional dalam industri, tetapi juga kepada pelanggan biasa, pelabur dan pengawal selia (regulator). Dalam artikel ini, kami akan kongsikan maksud tiering, bank yang mana dikategorikan dalam setiap tier, dan mengapa status tier ini penting.

Apakah maksud Tier 1 dan Tier 2?

Istilah Tier 1 dan Tier 2 berasal daripada praktis dalam perbankan antarabangsa dan biasanya dikaitkan dengan modal dan kestabilan sesebuah bank. Namun, dalam bahasa mudahnya, Tier 1 dan 2 ini digunakan untuk mengkategorikan bank berdasarkan kepetingan, skala dan peranan bank tersebut dalam ekonomi.

Tier 1 (Tier pertama):

Bank terbesar yang memainkan peranan penting dalam ekonomi negara dan global. Institusi kewangan dalam kategori ini:

  • memiliki aset terbesar;

  • menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kepada pelanggan peribadi dan korporat;

  • bank yang sangat penting dari aspek sistem, i.e. sekiranya bank-bank ini runtuh/jatuh, keseluruhan sistem kewangan akan terjejas dengan ketara.

Mengapa bank Tier 1 sangat penting?

Bank Tier 1 dipantau dengan teliti oleh pihak pengawal selia dan pelabur disebabkan kestabilan bank ini secara langsung memberi impak terhadap ekonomi global. Sebagai contoh, kejatuhan Lehman Brothers (bank Tier 1) ketika krisis kewangan 2008 telah mencetuskan rantaian isu ekonomi global.

Pengawal selia mengenakan peraturan ketat seperti nisbah modal (cth., Core Tier 1 Capital) untuk memastikan kestabilan. Keperluan ini membantu pihak bank menghadapi krisis dan melindungi kepentingan pendeposit.

Apakah bank yang dikategorikan sebagai Tier 1?

Bank Tier 1 biasanya terdiri daripada institusi kewangan terbesar dan paling stabil. Contoh:

  1. JPMorgan Chase (AS): salah satu bank terbesar di dunia berdasarkan pemilikan aset.

  2. HSBC (UK): beroperasi di lebih 60 negara.

  3. Deutsche Bank (Jerman): bank terbesar di Eropah.

  4. ICBC (China): berada di kedudukan pertama di dunia dari segi aset.

Ciri-ciri bank ini:

  • Aset yang sangat besar (biasanya melebihi $500 bilion).

  • Operasi secara global.

  • Modal yang sangat kukuh yang memenuhi standard antarabangsa yang ketat (cth., Basel III).

Bank yang mana dikategorikan sebagai Tier 2?

Bank Tier 2 merupakan institusi kewangan dengan pemilikan aset yang lebih rendah, menawarkan perkhidmatan lebih terhad, atau fokus operasi pada kawasan tertentu. Contoh:

  • Bank serantau.

  • Bank dengan pengkhususan tertentu: pinjaman hartanah atau institusi kewangan yang menyediakan perkhidmatan untuk perniagaan bersaiz kecil.

  • Bank universal bersaiz sederhana: bank yang menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan tetapi tidak bersaing dengan bank Tier 1.

Bank Tier 2 ini penting untuk ekonomi, namun kejatuhan bank ini tidak membawa risiko yang sama seperti Tier 1 kepada sistem kewangan global.

Contoh bank Tier 2:

  1. US Bank (U.S. Bancorp)

  2. Raiffeisen Bank International (Austria)

  3. Banco Santander (Sepanyol)

  4. Commerzbank (Jerman)

Bank Tier 1, Tier 2 dan Likuiditi dalam Forex

Bank berskala besar, terutamanya bank Tier 1, memainkan peranan penting sebagai penyedia likuiditi dalam pasaran forex. Bank-bank ini menyediakan akses ke pasaran tukaran wang asing antara bank dengan memberikan sebut harga (quotes) dan melaksanakan trade dalam volume yang tinggi. Bank Tier 2 juga mungkin akan turut serta dalam membekalkan likuiditi, namun dalam volume yang lebih rendah atau untuk pasangan mata wang tertentu.

.

Mengapa bank Tier 1 menguasai pasaran likuiditi?

  • Saiz aset: Bank berskala paling besar mempunyai simpanan yang mencukupi untuk membiayai transaksi besar.

  • Operasi secara global: Bank Tier 1 beroperasi dalam semua pasaran mata wang utama.

  • Teknologi terkini: Menggunakan platform terkini untuk memastikan spreads minumum dan pelaksanaan trade yang pantas.

Untuk broker Forex, penyedia likuiditi yang utama adalah bank Tier 1: JPMorgan, Deutsche Bank, Citi, UBS, Barclays, dan HSBC. Bank-bank ini menawarkan spreads terendah, likuiditi yang besar, dan pelbagai pilihan pasangan mata wang.

Bank Tier 2 seperti Commerzbank, CaixaBank, dan Macquarie pula membekalkan likuiditi untuk mata wang yang kurang popular atau pasaran yang khusus. Bank ini menyokong Tier 1 dengan menawarkan lebih banyak peluang trading, terutamanya segmen yang lebih khusus kepada broker dan pelanggan bank tersebut.

Bank manakah yang termasuk dalam Tier 3?

Kita telah pun memahami bank Tier 1 (gergasi dalam sistem kewangan global) dan bank Tier 2 (fokus pada serantau dan lebih khusus), Namun dalam sistem perbankan, terdapat satu lagi tier iaitu Tier 3. Bank kategori ini memainkan peranan penting tersendiri dalam ekosistem perbankan. Mari kita lihat tentang Tier 3, apakah ciri-ciri bank ini, dan mengapa bank Tier 3 juga tidak kurang pentingnya berbanding bank berskala besar yang lain.

Bank Tier 3 adalah tahap terendah dari segi skala dan kepentingan. Bank ini terdiri daripada bank tempatan kecil atau bank yang menawarkan perkhidmatan khusus untuk bandar kecil, rantau yang lebih terhad, atau segmen pasaran yang lebih kecil. Bank Tier 3 memiliki sumber dan aset yang lebih terbatas. Impak bank Tier 3 terhadap ekonomi negara dan global adalah minimum.

Ciri-ciri bank Tier 3:

  • Lebih fokus kepada pasaran setempat: biasanya menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dalam rantau tertentu atau komuniti kecil berbanding global.

  • Aset kecil: aset bank ini biasanya antara beberapa juta hingga bebarapa bilion dolar.

  • Fokus pelanggan: tidak seperti bank besar, bank Tier 3 boleh menawarkan perkhidmatan khusus (personalised) kepada pelanggan, dan ini membuatkan bank ini begitu popular di kalangan perniagan kecil atau komuniti setempat.

  • Kurang penting dalam sistem: kejatuhan bank kategori ini tidak menjejaskan ekonomi sesebuah negara.

Bank apakah yang dikategorikan dalam Tier 3?

Antara dalam bank kategori ini:

  • Bank tempatan: Sebagai contoh, bank pertanian atau bank yang hanya beroperasi dalam satu rantau.

  • Bank koperasi: Organisasi yang ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan kepada komuniti atau pekerjaan tertentu (cth., credit unions).

  • Bank Microfinance: Bank yang menyediakan pinjaman kecil kepada individu dan perniagaan kecil.

Walaupun saiz bank Tier 3 adalah kecil, ia memainkan peranan sosial dan ekonomi yang penting:

  • Beroperasi di di kawasan yang tidak menguntungkan untuk bank besar – kawasan pedalaman atau bandar kecil.

  • Bank Tier 3 biasanya menyediakan pinjaman kepada usahawan yang sukar mendapatkan pinjaman daripada bank besar.

  • Bank Tier 3 lebih fokus pada hubungan jangka panjang bersama pelanggan dan menawarkan terma perkhidmatan yang lebih fleksibel berbanding bank Tier 1 atau Tier 2.

  • Dalam negara membangun, bank Tier 3 menjadi penghubung antara sistem perbankan dan orang ramai yang sebelum ini tidak mempunyai akses terhadap perkhidmatan kewangan.

Contoh bank Tier 3 (biasanya bank ini bersaiz kecil dan beroperasi di bandar tertentu):

  1. Bank of Ann Arbor (Michigan)

  2. Grandpoint Bank (California)

  3. Crédit Agricole’s regional cooperatives (Perancis)

  4. Triodos Bank (Belanda)

Perbezaan antara bank Tier 3, Tier 2 dan Tier 1

Characteristic

Ciri-ciri

Tier 1

Tier 2

Tier 3

Skop operasi

Global

Serantau atau segmen tertentu

Tempatan

Jumlah aset

Lebih daripada $500 bilion

Antara $10-500 bilion

Bawah $10 bilion

Pelanggan

Syarikat, kerajaan, individu

Perniagaan bersaiz sederhana, pelanggan retail

Perniagaan kecil, pelanggan individu

Impak terhadap sistem kewangan

Penting kepada sistem

Sederhana

Impak kecil

Contoh perkhidmatan

Spektrum penuh, pelaburan

Pinjaman hartanah, perniagaan kecil

Pinjaman mikro, perkhidmatan asas

Mengapa perbezaan tahap dalam perbankan ini penting?

Tahap berbeza ini membantu:

  • Pelabur— memahami kestabilan dan prospek kewangan sesebuah bank.

  • Pengawal selia — mengenal pasti bank yang penting dalam sistem, yang memerlukan pengawasan lebih teliti.

  • Pelanggan — memilih bank berdasarkan keperluan: bank Tier 1 biasanya menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan lengkap, manakala bank Tier 2 lebih fleksibel atau menawarkan perkhidmatan yang khusus.

Ringkasan

Bank Tier 1, Tier 2, dan Tier 3 merupakan institusi kewangan berbeza yang memainkan peranan tersendiri dalam ekonomi.

Tier 1 — gergasi dalam sistem kewangan global.

Tier 2 — bank universal dan serantay yang menyediakan perkhidmatan untuk kebanyakan perniagaan dan peribadi.

Tier 3 — institusi kewangan tempatan yang kecil yang menawarkan perkhidmatan untuk komuniti atau segmen tertentu.

Setiap tier begitu penting: Tier 1 dan Tier 2 menyediakan kestabilan dan aliran kewangan yang besar, Tier 3 memudahkan perkhidmatan perbankan kepada pelanggan berskala terkecil, menyokong pembangunan ekonomi tempatan dan memastikan setiap pihak dapat menggunakan perkhidmatan perbankan.