Apa itu Mata Wang Kripto?

Melihat kepada kenaikan luar biasa harga Bitcoin, semakin ramai orang mempertimbangkan mata wang kripto (kripto) sebagai bakal pelaburan. Sekiranya anda salah seorang daripada mereka, baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang perdagangan mata wang kripto.

Isi utama

  • Mata wang kripto atau kripto adalah mata wang digital yang berfungsi melalui sistem terpencar (decentralized) yang dikendalikan oleh teknologi rantai blok (blockchain).
  • Tidak seperti mata wang fiat, mata wang kripto tidak dikawal selia dan dikawal oleh protokol rantai blok secara eksklusif.
  • Mata wang kripto adalah sangat tidak menentu, tetapi menawarkan potensi pulangan yang lumayan.
  • Risiko utama mata wang kripto adalah berkaitan dengan peningkatan ketaktentuan dan keselamatan penyimpanan.

Sehingga tahun 2021, terdapat ribuan mata wang kripto yang tersedia di luar sana. Anda mungkin pernah dengar Bitcoin, Ethereum, dan Ripple. Kesemuanya bergantung kepada teknologi rantai blok yang bertindak sebagai asas kepada sistem mata wang terpencar yang tidak dikawal selia oleh kerajaan. Mata wang kripto adalah aset tidak ketara. Jadi pada dasarnya, perkara yang anda akan perolehi apabila membeli kripto adalah rekod pemilikan dalam lejar.

Cryptocurrency

Kelebihan Mata Wang Kripto

Mari kita lihat beberapa sebab pembelian kripto adalah idea yang sangat baik.

  • Pulangan yang berkemungkinan besar
    Cuba fikirkan, Bitcoin yang dibeli dengan harga $1,000 pada tahun 2013 berharga lebih daripada $400,000 pada hari ini. Hasil perdagangan Bitcoin yang mengagumkan ini juga memberi harapan kepada mata wang kripto lain, yang baharu dan lebih murah, untuk melonjak. Apabila syarikat seperti Microstrategy dan Square melabur dalam kripto, ia membawa semangat dan kepercayaan yang lebih tinggi terhadap peningkatan aset digital ini.
  • Autonomi pengguna
    Mata wang kripto tidak dikawal selia, ini bermaksud ia tidak bergantung kepada mana-mana institusi kewangan seperti mata wang fiat. Secara teorinya, ini bermakna pengguna kripto tidak perlu berurusan dengan bank dan kerajaan semasa menguruskan dana mereka.
  • Lindung nilai terhadap inflasi
    Mata wang seperti bitcoin mempunyai bekalan terhad yang melindunginya daripada inflasi. Ia direka dalam cara yang tidak memerlukan pengeluaran lebih banyak wang.
  • Mudah untuk memulakan perdagangan
    Setelah menghabiskan sedikit masa untuk pengesahan identiti, secara praktikalnya sesiapa sahaja boleh terlibat dalam perdagangan mata wang kripto. Anda hanya perlukan sambungan internet dan sejumlah wang.

Langkah-langkah Perdagangan Mata Wang Kripto (Pelaburan)

Untuk mempunyai kefahaman yang lebih jelas tentang cara untuk berdagang mata wang kripto, baca lima langkah asas dalam proses pemilikan kripto di bawah.

  • Pilih strategi

    Mulakan pengenalan terhadap mata wang kripto dengan memilih strategi atau hanya memutuskan sama ada anda ingin melabur atau berdagang mata wang digital. Sekiranya pelaburan melibatkan pemilikan sesuatu aset untuk jangka masa panjang, perdagangan pula adalah spekulasi jangka masa pendek mengenai pergerakan harga apabila pedagang melakukan beberapa transaksi, cuba untuk mendapatkan keuntungan dalam jangka masa yang pendek.

    Bergantung kepada strategi yang anda pilih, anda boleh membuat keputusan optimum bergantung kepada cara anda menyimpan syiling anda. Untuk pelaburan, dompet luar talian adalah penyelesaian terbaik. Menyimpan mata wang kripto dalam komputer atau pemacu kilat USB dianggap lebih selamat sehingga tiada sesiapa yang dapat mencuri kripto tanpa akses terus kepadanya. Kelemahan kaedah penyimpanan jenis ini adalah ia mengambil masa yang lebih lama untuk menjual aset jika berlaku susut nilai yang cepat.

    Jika anda bersedia untuk berdagang, bursa adalah paling sesuai untuk anda. Bursa membolehkan anda untuk membeli dan berdagang mata wang kripto pada bila-bila masa. Di sesetengah bursa, anda boleh membuat deposit dalam mata wang kripto atau menggunakan fungsi staking, membolehkan anda memperolehi pendapatan pasif kerana menyimpan syiling. Walau bagaimanapun, menyimpan dana dalam bursa adalah berisiko. Terdapat bukti apabila bursa digodam dan dana dicuri. Langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk melindungi dana adalah dengan memilih bursa yang boleh dipercayai dan mengeluarkan syiling anda ke dompet perisian.

  • Memilih bursa

    Dalam pemilihan bursa, pastikan anda mencari jawapan kepada soalan-soalan berikut:

    Ia menjadi kepentingan terbaik anda untuk mencari bursa yang menawarkan keadaan yang paling menguntungkan dan transaksi yang paling selamat. Sekiranya bursa tidak menerima pengguna dari negara anda atau tidak menyediakan kaedah pembayaran yang mudah untuk anda, teruskan mencari. Selain itu, jangan lupa untuk melihat yuran dan kadar pertukaran yang dikenakan. Sesetengah bursa mempunyai yuran kecil yang kadang-kadang bermaksud sebahagian yuran adalah tersembunyi dalam kadar pertukaran. Had pembelian bergantung kepada kaedah pembayaran yang anda gunakan dan tahap pengesahan diri anda. Akhir sekali, jangan abaikan untuk menyemak reputasi bursa tersebut. Paling kurang yang anda boleh anda lakukan dalam hal ini adalah membaca ulasan. Untuk mendaftar di laman web bursa dan melengkapkan pendaftaran, anda seringkali perlu mengesahkan identiti anda, alamat, dan kadangkala bukti pendapatan anda.

  • Tentukan saiz pelaburan anda

    Langkah seterusnya yang kami cadangkan adalah tentukan jumlah wang yang anda ingin peruntukkan untuk mata wang kripto. Sama seperti mana-mana pelaburan lain, kami nasihatkan anda untuk tidak menjadikannya 100% daripada portfolio anda. Faktor tambahan yang menjadikan mata wang kripto berbahaya adalah ia sangat tidak stabil dan merupakan instrumen yang berisiko. Sesetengah orang memilih untuk memperuntukkan 5% daripada keseluruhan dana mereka, dan sesetengah lainnya memperuntukkan 20%. Peraturannya mudah – jangan sesekali merisikokan wang lebih daripada jumlah yang anda sanggup terima kerugian.

  • Buat perdagangan

    Setelah anda selesai membuat pendaftaran dan proses pengesahan identiti, anda akhirnya boleh membeli mata wang kripto. Anda boleh lakukannya melalui platform perdagangan yang membolehkan anda membeli syiling melalui pelbagai sistem pembayaran seperti Paypal atau hanya menggunakan kad bank anda.

    Tidak kira strategi yang anda gunakan, anda ingin beli pada harga rendah dan menjualnya ketika harga tinggi. Mengenal pasti masa terbaik untuk membeli dan menjual agak mencabar kerana instrumen ini masih lagi baharu dan mempunyai ketaktentuan yang tinggi. Namun demikian, ia adalah idea yang bagus untuk tunggu harga turun ke paras rendah dan membelinya. Rujuk analisis teknikal dan fundamental untuk mencari masa yang optimum untuk masuk ke dalam pasaran.

  • Pindahkan syiling ke dalam dompet anda (tidak wajib)

    Untuk tujuan keselamatan, anda dinasihatkan untuk tidak menyimpan mata wang kripto di bursa, tetapi memindahkannya ke dalam dompet anda. Terdapat dompet perisian dan dompet perkakasan. Dompet perkakasan dianggap paling selamat dan disarankan untuk dana yang besar dan/atau pelaburan jangka masa panjang. Dompet perisian sebaliknya, memberikan lebih banyak fleksibiliti dan memudahkan transaksi.

Soalan Lazim

Adakah mata wang kripto satu pelaburan yang baik?

Pertumbuhan bitcoin yang memberangsangkan telah menunjukkan corak untuk mata wang digital lain dijangka akan mengulanginya. Tambahan pula, berita fundamental tentang syarikat-syarikat besar yang melabur dalam mata wang kripto dan bank-bank pusat mencipta mata wang digital tersendiri menyumbang kepada penghargaan mata wang jenis baharu ini. Namun, tiada pendapat sebulat suara mengenai masa depan mata wang kripto. Tiada siapa yang dapat menyatakan dengan pasti sama ada harga kripto akan terus meningkat atau mata wang seperti Bitcoin hanyalah gelembung yang akan meletup. Namun, jika anda percaya masa depan adalah milik teknologi dan kripto, membuat pelaburan mungkin adalah idea yang baik.

Bitcoin price progression Perkembangan harga Bitcoin (Jun 2020 – April 2021)

Mengapa mata wang kripto sangat terkenal?

Kripto mempunyai banyak kelebihan berbanding jenis aset yang lain. Kelebihan yang menjadikannya sangat terkenal adalah yuran transaksi yang rendah, mudah untuk membuat pembelian, dan potensi keuntungan yang dijanjikan. Perkara penting lain adalah kripto melambangkan inovasi utama teknologi yang menangani masalah yang dihadapi oleh mata wang fiat, termasuk pengawalseliaan yang berlebihan dan inflasi.

Adakah mata wang kripto sah?

Walaupun terdapat banyak cubaan untuk mengawal kripto telah dibuat, ia direka sedemikian untuk mengekalkannya sebagai aset yang tidak dikawal selia dan ini mengakibatkan ia sukar digunakan sebagai tender yang sah. Sehingga hari ini, pendekatan terhadap mata wang kripto berbeza untuk setiap negara. Walaupun beberapa negara bergerak ke arah membenarkannya, sesetengah negara lain memilih untuk melarang sebahagian atau sepenuhnya, takut teknologi ini akan menyumbang kepada pelaburan wang haram. Sekiranya anda berfikir untuk membeli mata wang kripto, logik untuk anda semak sekiranya terdapat sebarang sekatan yang dikenakan di negara anda untuk jenis aset sebegini.

Mata wang kripto apa yang hendak dibeli?

Seperti mana-mana jenis pelaburan, perkara pertama yang seseorang lihat ketika memilih kripto adalah potensi keuntungan. Sehingga hari ini, mata wang kripto yang paling popular adalah Bitcoin, Ethereum, Ripple dan Litecoin. Selain itu, terdapat syiling yang kurang terkenal tetapi mempunyai potensi yang tinggi. Tiada 100% kejayaan untuk semuanya. Perkara yang anda boleh lakukan adalah membaca tentang beberapa aset dari senarai dan tentukan jenis yang patut diberi perhatian. Anda boleh baca tentang syarikat yang berkaitan dan data fundamental – apa-apa maklumat yang dapat membantu anda.

Apakah kesilapan perdagangan yang paling biasa?

Risiko utama yang dikaitkan dengan perdagangan kripto adalah risiko ketakstabilan. Harga mata wang kripto berubah-ubah tidak seperti instrumen lain. Dan tiada jaminan bahawa mata wang kripto anda tidak akan kehilangan harga. Walau bagaimanapun, kesilapan paling biasa yang dilakukan adalah menjual dengan emosi apabila harga turun secara tiba-tiba.

Potensi risiko lain adalah mudah terdedah kepada penggodaman. Terdapat isu keselamatan siber yang berlaku dalam pasaran yang boleh menyebabkan kehilangan dana kripto. Oleh itu, sekiranya anda memutuskan untuk memasuki perdagangan, pastikan anda mengikuti amalan terbaik untuk melindungi pelaburan anda. Ini termasuk memilih bursa yang boleh dipercayai dan membuat dompet yang selamat.

Kesimpulan

Terdapat banyak perangkap dalam perdagangan mata wang kripto. Tanpa kefahaman asas mengenai pasaran ini, memulakan perdagangan mata wang kripto adalah berisiko dan boleh menyebabkan kerugian wang pada setiap langkah: membeli, menyimpan dan menjual. Inilah sebabnya perdagangan dan pelaburan dalam kripto memerlukan kewaspadaan yang tinggi. Amalan terbaik dalam pelaburan mata wang kripto termasuklah pemilihan teliti platform bursa dan menggunakan kaedah penyimpanan yang efisien.