Ramai orang mengimpikan kebebasan kewangan dalam trading. Namun, tidak ramai yang benar-benar bersedia untuk melakukan apa yang diperlukan untuk mencapainya. Rahsia utama dalam kejayaan bukanlah strategi ajaib atau kemampuan meramalkan pasaran, tetapi ia menuntut disiplin tinggi. Tanpa displin, anda tidak akan berjaya. Trader yang berdisiplin mampu mencapai segalanya. Dalam penulisan kali ini, kami akan cuba kongsikan idea yang dikupas dalam buku “Discipline Equals Freedom” oleh Jocko Willink.
1. Disiplin adalah asas dalam pendapatan yang stabil
Kebanyakan trader kehilangan deposit mereka bukan disebabkan oleh strategi yang lemah. Faktor utamanya adalah mereka gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan. Disiplin adalah keupayaan untuk mengikuti pelan trading, walaupun ada ketikanya emosi anda terus mendesak untuk “Buka trade lagi!” atau “Nanti reversal akan berlaku!”. Seperti yang dinyatakan oleh Jocko Willink: “Jangan motivasikan diri anda. Disiplinkan diri anda.”
- Ikut strategi — jangan ubah ketika keadaan pasaran tidak menentu
- Jangan trade mengikut emosi.
- Terima kerugian tanpa mengharapkan keajaiban.
2. Kebebasan datang daripada kawalan
Terdapat sebilangan trader yang menganggap disiplin sebagai satu bentuk kekangan. Namun, ia sebenarnya menawarkan kebebasan kepada kita. Apabila anda mempunyai peraturan yang jelas dan mengikutinya, anda tidak lagi terperangkap dengan keputusan yang tidak strategik atau pasaran yang tidak menentu. Anda perlu mengawal diri anda sendiri – dan seterusnya modal anda. Dalam buku beliau, Jocko Willlink mengingatkan “Disiplin adalah tunjang kepada kualiti terbaik,”
- Setkan stop-loss order.
- Jangan risikokan kerugian yang lebih daripada apa yang anda mampu tanggung.
- Jangan sesekali cuba untuk “win back” selepas dagangan anda gagal.
3. Kekuatan sebenar terletak pada kawalan diri
Pasaran memang ‘kejam. Jika anda tidak tahu menunggu saat yang tepat, tidak tahu bila anda perlu keluar dari dagangan atau berhenti pada waktu yang sesuai, ‘hukuman’ menanti mereka yang tidak bersedia. Trader yang berani bukanlah mereka yang membuka dagangan secara agresif, tetapi mereka sabar menunggu momen terbaik untuk memasuki pasaran. Dalam bukunya, Jocko Willink menegaskan “Tiada proses tanpa pengorbanan. Tiada kemajuan tanpa penderitaan.”
- Bersabar — pasaran sentiasa menawarkan peluang.
- Tunggu isyarat pengesahan sebelum memasuki dagangan.
- Jika tiada set-up (isyarat, potensi, trend dan faktor lain) dalam trading — jangan berdagang
4. Persediaan lebih penting daripada hasil
Trader yang bagus boleh diibaratkan seperti seorang askar: tidak sesekali ke medan perang tanpa persediaan. Anda perlu memahami strategi anda, mengujinya, merekodkan dagangan dan menganalisis kesilapan yang dilakukan. Hanya dengan cara ini anda dapat meningkatkan kemahiran dan memaksimumkan keuntungan. Jocko Willink mengingatkan kita, “Setiap kemenangan sudah ditentukan sebelum pertempuran bermula”.
- Rekodkan dan analisis semua trade.
- Belajar dari kesilapan dan jangan ulanginya.
- Terus belajar dan capai kemajuan.
5. Displin dalam hidup = disiplin dalam trading
Jika anda ingin berdisiplin dalam trading, anda perlu berdisiplin dalam hidup. Trader yang berjaya ialah mereka yang tahu bagaimana mengawal diri, bukan sahaja di hadapan carta, tetapi juga dalam kehidupan seharian. Seperti mana yang dikatakan oleh Willink, “Kawal hari anda, jika tidak ia akan mengawal anda,” ujar Willink lagi.
- Ikuti rutin harian
- Kekalkan kesihatan fizikal dan mental.
- Lindungi modal dagangan anda dan jangan ambil risiko yang tidak perlu.
Disiplin bukanlah satu kekangan, tetapi kunci kepada kebebasan. Ia memberi ruang untuk anda mengawal diri sendiri dan hasil dagangan anda. Tanpa disiplin, trading sekadar satu “perjudian” yang bergantung pada nasib. Namun, dengannya, ia boleh menjadi satu sumber pendapatan yang stabil. Anda ingin berjaya? Jadilah sesorang yang berdisplin dan sudah pasti usaha keras anda akan diterjemahkan di pasaran.