Pertemuan terbaru di Oval Office antara Donald Trump dan Vladimir Zelensky, yang dilaporkan berakhir dalam situasi tegang, membangkitkan persoalan tentang masa depan sokongan AS terhadap Ukraine. Pertemuan ini telah mencetuskan perbahasan di Eropah dan juga pasaran kewangan. Mari kita lihat beberapa senario yang mungkin berlaku susulan perbalahan diplomatik ini.

Ke Mana Haluan Ukraine dan Eropah?

1. Sokongan Amerika Syarikat Semakin Melemah

Hingga ke saat ini, AS masih menjadi sekutu utama Ukraine, di mana kuasa dunia tersebut membekalan bantuan ketenteraaan dan kewangan. Namun, selepas konflik dengan Zelensky, Presiden Trump telah mengumumkan bantuan tersebut akan disemak semula. Situasi ini boleh mencetuskan masalah yang serius untuk Kiev, terutamanya jika Rusia mengambil kesempatan untuk menguatkan tekanan.

2. Peranan baharu Eropah

Tindakan AS mengurangkan bantuan boleh memaksa Eropah untuk menggalas tanggungjawab lebih besar terhadap keselamatan Ukraine. Beberapa pemimpin Eropah telah menyatakan sokongan kepada Zelensky dan sedang mempertimbangkan untuk menambah bekalan senjata atau misi pendamai. Namun, dengan kemelut ekonomi yang sedang berlaku, sama ada negara-negara EU bersedia mengambil langkah sebegitu, masih menjadi persoalan.

3. A crack in NATO Perpecahan dalam NATO

Jika ketegangan antara Trump dan Zelensky berlanjutan sehingga menyebabkan keretakan hubungan antara AS dan sekutu Eropahnya, ia boleh melemahkan NATO. Keretakan dalam pakatan ini boleh dieksploitasi oleh pihak yang mahu menggoyahkan kesatuan Barat, terutamanya dalam isu keselamatan di Eropah Timur

Reaksi Pasaran Kewangan

1. Volatility Saham

Pasaran sentiasa memberi reaksi secara berhati-hati terhadap ketidakstabilan geopolitik, dan insiden ini tidak terkecuali. Dalam tempoh beberapa jam selepas berita perbalahan antara Trump dan Zelensky dikeluarkan, indeks saham menunjukkan pergerakan harga dalam pelbagai arah, dan pelabur telah mula mencari aset yang lebih stabil.

2. Turun naik mata wang

Euro mungkin menerima tekanan jika Eropah perlu membelanjakan lebih banyak wang bagi menyokong Ukraine. Pada masa yang sama, sebagai mata wang yang selamat, dolar AS mungkin akan mengukuh buat sementara waktu.

3. Risiko dagangan

Jika AS memutuskan untuk mengubah pendekatannya terhadap Ukraine, dagangan global mungkin akan terkesan. Syarikat dari Eropah yang bekerjasama dengan syarikat AS mungkin terpaksa berdepan dengan risiko tambahan dan ketidaktentuan untuk tempoh lebih panjang.

Ancaman Tarif Trump dan Implikasinya

Selain daripada isu Ukraine, Trump juga sekali lagi membangkitkan isu tarif, dengan mengancam untuk menaikkan duti import daripada Mexico, Kanada, China dan Eropah. Ancaman tersebut telah mula mencetuskan kebimbangan pelabur dan syarikat besar, kerana kenaikan tarif tersebut boleh mendorong kepada:

  • Inflasi meningkat — harga barang import akan lebih mahal dan memberi kesan terhadap pengguna, seterusnya mengurangkan kuasa membeli.
  • Pertumbuhan ekonomi lebih perlahan — perang tarif mungkin membantutkan dagangan global, menjejaskan ekonomi dunia.
  • Tekanan pada pasaran saham — terutamanya terhadap saham syarikat yang bergantung pada logistik antarabangsa dan eksport.
  • Melemahkan mata wang rakan dagangan AS — konflik dagangan boleh menekan mata wang pasaran membangun serta mata wang Eropah.

Kesimpulan

Perbalahan antara Trump dan Zelensky bukan sekadar satu episod perbincangan yang tegang, sebaliknya ia mungkin menjadi isyarat perubahan global akan berlaku dalam keseimbangan kuasa dunia. Ukraine mungkin berdepan dengan cabaran baru, Eropah pula mungkin terpaksa menyemak polisi keselamatannya, dan pasaran kewangan mungkin mengalami tempoh ketidakstabilan. Ancaman tarif Trump, yang boleh menjejaskan dagangan global dan mencetuskan ketidakstabilan ekonomi yang baharu, semakin menambah tekanan. Kita hanya mampu tunggu dan lihat apakah langkah sebenar yang menyusul selepas kenyataan berani Trump itu.