Trading Forex memerlukan pelaksanaan order yang pantas dan tepat. Namun, apa yang sebenarnya berlaku ketika trader klik butang “Buy” atau “Sell” dalam terminal MetaTrader? Mari kita lihat proses order lebih mendalam – bermula daripada menghantar sehinggalah kepada pelaksanaan order.

1. Penghantaran Order dari Terminal Trading
Apabila trader memasukkan order (market order atau pending order) melalui MetaTrader, terminal trading akan menghantar permintaan (request) ke server broker. Pada peringkat ini, terminal tersebut akan menyemak butiran order: sama ada dana dalam akaun mencukupi dan juga jika permintaan tersebut mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Jika terdapat kesilapan atau parameter yang tidak dipatuhi, permintaan tersebut tidak akan dihantar ke proses selanjutnya, dan server broker tidak akan melaksanakannya.
2. Penghantaran Order ke Pusat Data Broker
Selepas proses pengesahan, order tersebut akan dihantar ke server borker. Untuk mengurangkan kelewatan dan mempercepatkan proses pelaksanaan, broker menggunakan pusat data yang ditempatkan di lokasi strategik di seluruh dunia (cth., New York, London, Singapura). MetaTrader menggunakan rangkaian server teragih (distributed) untuk mengantar order ke pusat data terdekat, sekaligus mengelakkan kelewatan.
Apa yang berlaku pada order jika pusat data mengalami masalah?
Jika pusat data di mana order dihantar mengalami masalah atau kegagalan, senario berikut mungkin berlaku:
- Dihala semula melalui server backup – MetaTrader menggunakan sistem server teragih, dan sekirarnya satu pusat data mengalami masalah, order tersebut boleh dihala semula secara automatik ke pusat data yang lain.
- Kelewatan dalam pelaksanaan – jika server backup mengendalikan terlalu banyak order, pemprosesan mungkin menjadi lambat.
- Pembatalan order – sebagai langkah terakhir, sekiranya semua cara tidak boleh diteruskan dan permintaan tidak dapat diproses, order tersebut boleh dibatalkan atau dikembalikan semula ke terminal bersama mesej ralat.
3. Pemindahan Order ke Penyedia Likuiditi
Bergantung pada model pelaksanaan broker tersebut (A-Book atau B-Book), sesebuah order boleh:
- Kekal dengan broker (jika menggunakan model B-Book, skema market maker akan digunakan);
- Order boleh dipindahkan ke pasaran interbank (jika broker menggunakan model A-Book dan memindahkan dagangan tersebut ke penyedia likuiditi (provider). Jika order dihantar ke pasaran interbank, ia akan melalui ECN (Rangkaian Komunikasi Elektornik) atau penyedia likuiditi, yang akan melaksanakan order pada harga terbaik pada masa itu.
Dalam situasi apakah penyedia likuiditi boleh menolak order?
Penyedia likuiditi boleh menolak sesebuah order atas beberapa faktor:
- Volatility tinggi: jika pasaran bergerak terlalu pantas, harga mungkin berubah sebelum order dilaksanakan.
- Likuiditi tidak mencukupi: Jika jumlah order tidak mencukupi untuk harga yang diminta, order tersebut tidak akan dilaksanakan.
- Sekatan dalam dagangan: terdapat penyedia likuidit tertentu yang mengenakan sekatan atau had untuk order atau aset jenis tertentu.
- Masalah teknikal: isu sambungan, kelewatan, atau kegagalan sistem mungkin menyebabkan order ditolak.
Sekiranya order ditolak, ia boleh disebut harga semula atau reqouted (menawarkan harga baru untuk instant execution) atau ditolak sepenuhnya.
4. Pelaksanaan Order
Apabila order sampai ke proses pelaksanaan terakhir (broker atau penyedia likuiditi), ia akan dilaksanaan pada harga semasa pasaran. Jika model Market Execution digunakan, trader akan menerima harga semasa yang paling hampir. Jika Instant Execution digunakan, broker mempunyai pilihan sama ada melaksanakan order pada harga yang diminta atau menolak order tersebut disebabkan harga telah berubah.
5. Pengesahan Pelaksanaan Order dan Maklum Balas
Selepas order dilaksanakan, maklumat tentang transaksi tersebut dihantar kembali melalui rangkaian; dari penyedia likuiditi (atau broker) ke pusat data, kemudian ke server trading broker dan kembali ke terminal trader. Keseluruhan proses berlaku dalam masa milisaat, tetapi ketepatan dan kelajuan pelaksanaan bergantung pada kualiti infrastruktur broker. Selain itu, faktor volatility tinggi dalam pasaran dan model pelaksanaan broker mungkin menyebabkan risiko slippage ketika order dilaksanakan.
Risiko slippage ini berlaku disebabkan apabila pasaran mengalami volatility tinggi, harga berubah lebih pantas berbanding masa diambil untuk proses pelaksanaan order dilengkapkan. Satu lagi contoh yang jarang berlaku adalah apabila trader menetapkan stop-loss (pending market order) semasa berita penting dikeluarkan. Ketika order tersebut sedang diproses pada server, harga berubah secara drastik yang memihak kepada trader, dan harga baru yang dikembalikan ke terminal memberi keuntungan yang tidak disangka kepada trader.
Rantaian Pemprosesan Order di MetaTrader
Untuk memberi gambaran visual terhadap keseluruhan proses, kita boleh bezakan urutan peringkat berbeza seperti berikut:
- Server broker akan menyemak order untuk memastikan order tersebut mematuhi terma dan persekitaran dagangan.
- Pusat data broker – menghantar order ke pusat data terdekat untuk mengurangkan kelewatan.
- Penyedia Likuiditi / ECN (untuk A-Book) atau pemprosesan in-broker (untuk B-Book)
- Pelaksanaan order – pada harga pasaran oleh broke atau penyedia likuiditi.
- Pengembalian data – makumat tentang dagangan yang telah dilaksanakan dikembalikan semula mengikut urutan proses pelaksanaan secara terbalik.
Kesimpulan
Pelaksanaan order di MetaTrader adalah proses yang rumit dan pantas. Ia melibatkan beberapa peringkat: pengesahan, pindahan ke pusat data, penghantaran (sekiranya perlu) ke pasaran interbank dan pelaksanaan terakhir. Semakin dekat server broker dengan pusat data utama, lebih cepat sesebuah order dilaksanakan. Faktor ini penting untuk trader yang menggunakan strategi scalping atau beralgoritma. Dalam dagangan, memilih broker yang menyediakan perkhidmatan terbaik dan memiliki infrastruktur berkualiti adalah kunci kepada kejayaan.