Mengapa JustMarkets?
Mengapa JustMarkets?
JustMarkets merupakan broker yang membantu orang ramai mendapat keuntungan daripada pasaran kewangan dengan menyediakan keadaan-keadaan yang bermanfaat.
Dipercayai oleh pedagang
JustMarkets telah memperoleh kepercayaan lebih daripada berjuta-juta klien dari 160+ negara. Syarikat kami adalah salah satu broker utama yang popular di dunia. Kami menghargai kepercayaan para klien kami dan kekal komited dalam menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai dan mewujudkan perhubungan jangka panjang dengan pedagang dan rakan kongsi kami.Kualiti
Kami sentiasa kekal terkini dengan trend-trend baharu untuk memperbaiki dan meluaskan perkhidmatan kami untuk para pedagang dan rakan kongsi. Matlamat kami adalah untuk memberi mereka peluang melakukan perkara kegemaran mereka dan tidak terganggu dengan perkara-perkara lain.
Keprofesionalan
Asas kejayaan kami adalah kumpulan profesional dengan latar belakang kewangan yang kukuh dan berpengalaman. Kumpulan kami sentiasa bersedia untuk membantu para pelanggan dan mengatur persekitaran pekerjaan yang terbaik untuk mereka.
Kebolehpercayaan
Para klien kami hanya mendapat sebut harga bank-bank terbesar dunia. Maklumat peribadi dan kewangan mereka selamat daripada pintasan pihak ketiga. Semua pelanggan dilindungi sepenuhnya daripada baki negatif dalam akaun mereka.
MISI KAMI
Untuk mewujudkan suasana perdagangan yang mudah dan telus agar semua pedagang boleh mencapai potensi penuh pelaburan mereka. Kami berusaha untuk menawarkan spread, pelaksanaan dan perkhidmatan unggul.
VISI KAMI
Untuk menjadi broker tumpuan pelanggan di dunia, tempat untuk semua boleh berdagang dan melabur dalam cara yang mudah dan telus.
NILAI-NILAI TERAS
Pelanggan Diutamakan
- Semua perkara yang kami lakukan adalah untuk keutamaan pelanggan kami. Dengan mengemas kini perkhidmatan atau mencipta perkhidmatan baharu, kami berusaha untuk menjadikannya mudah dan selesa buat para pelanggan.
- Kami bekerja keras untuk membina kepercayaan pelanggan dan mengekalkannya.
- Kami memberi tumpuan kepada pelanggan kami. Walaupun kami memerhatikan pesaing kami, kami sentiasa memikirkan pelanggan-pelanggan kami.
- Kami berfikir dalam cara yang berbeza dan sentiasa mencari jalan untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan kami.
Kepercayaan
- Kami mendengar dengan teliti, bercakap jujur dan melayan yang lain dengan rasa hormat.
- Kami mengutarakan kelemahan dan matlamat kami walaupun dengan berbuat demikian akan membuat kami kelihatan pelik atau memalukan. Kami mendorong diri dan kumpulan kami ke arah yang terbaik.
- Kami mendapatkan kepercayaan dengan membuat dan menunaikan janji. Kami kotakan setiap kata-kata kami dan bertanggungjawab atas perbuatan kami.
- Kami bercakap secara langsung kepada sesiapa mengenai masalah, kami tidak menyembunyikan atau bergosip apa-apa perkara.
- Kami bertanggungjawab untuk mencabar keputusan dengan rasa hormat apabila kami tidak mempersetujuinya, meskipun berbuat demikian itu tidak menyelesakan atau memenatkan. Kami mempunyai kepercayaan dan kami degil. Sebaik sahaja satu keputusan dicapai, kami melaksanakan dengan sepenuhnya.
Pembelajaran berterusan
- Kami sentiasa belajar dan mencari cara untuk memperbaiki diri. Kami berminat untuk kemungkinan baharu dan berusaha untuk menerokainya.
- Kami menganggap setiap kes sebagai pengalaman atau satu lagi peluang untuk belajar (terutamanya apabila kes tersebut cukup rumit).
- Kami berminat dalam mencari ilmu berbanding membuktikan diri kami.
- Kami menghargai memberi dan menerima maklum balas yang kerap dan membuka minda kepada penambahbaikan diri.
- Kami belajar dan berkongsi ilmu dengan orang sekeliling kami.
- Dunia sentiasa berubah dan ia menjadi tugas kami untuk berubah mengikutinya. Ia tidak penting sama ada anda ubah diri sendiri atau membuat perubahan, kedua-duanya adalah jenis perubahan yang terbaik.
- Kami sentiasa mempersoalkan kepercayaan kami, dan pada masa yang sama masih berupaya untuk membuat keputusan.
Bersemangat tentang kerja
- Kami gembira dengan kerja kami, suka perkara yang kami lakukan dan berasa seronok.
- Kami menghargai kreativiti dan inovasi sokongan.
- Kami mencipta dan menetapkan arah cita-cita yang membawa kepada hasil
- Kami mencabar diri, memberi motivasi dan melangkaui batasan sendiri.
- Kami mencipta penyelesaian bersama-sama, bukannya menyalahkan atau mengkritik yang lain.
- Kami menjaga dan membantu antara satu sama lain untuk bangkit dan berkembang.
Didorong Keputusan
- Kami fokus kepada input kritikal perniagaan dan menyampaikannya dengan kualiti yang betul dan tepat pada masanya. Membuat keputusan yang efisien dan pelaksanaan segera adalah penting untuk kekal relevan.
- Untuk mencapai kejayaan, kami mesti memiliki standard yang sangat tinggi serta bekerja dengan lebih keras dan bijak berbanding yang lain.
- Kami lebih suka menyelesaikan tugas berbanding bercakap mengenainya.
- Kami lebih suka kerja automatik berbanding manual.
- Kami utamakan penambahbaikan pada 20% yang akan memberi kami 80% kesannya.
- Kami sentiasa melepasi halangan dan mendorong diri kami untuk menawarkan produk, perkhidmatan dan proses berkualiti tinggi.
Pemilikan
- Kami mempunyai pandangan jangka panjang dan tidak berputus asa pada nilai-nilai jangka panjang untuk keputusan jangka pendek.
- Kami tidak pernah mengatakan “itu bukan tanggungjawab saya.” Kami beroperasi pada semua peringkat, kekal fokus pada butiran, memeriksa dengan kerap dan berasa ragu-ragu apabila metrik dan insiden berbeza. Tiada tugas yang dibiarkan tanpa ditangani.
- Setiap daripada kami bertanggungjawab untuk melindungi semua maklumat dan teknologi yang kami gunakan dan cipta setiap hari.
- Kami berusaha untuk mencapai lebih banyak perkara dengan usaha yang sedikit. Batasan melahirkan daya reka, kecukupan diri dan keberanian. Tiada mata tambahan untuk senarai kakitangan, saiz peruntukan atau perbelanjaan tetap yang bertambah.
- Kalau bukan sekarang, bila? Kalau bukan saya, siapa? Jika anda tidak suka dengan sesuatu dan tahu cara yang lebih baik – pergi dan lakukannya. Tidak boleh buat sendiri? Cari pemilik sumber, jual idea, dapatkan keistimewaan dan lakukannya. Merungut itu senang, tetapi mengubah dunia sekeliling anda adalah lebih rumit dan menarik.
- Kami memahami bahawa diri kami adalah punca untuk segala perkara yang berlaku, semua perkara bergantung kepada diri kami, bermaksud kami boleh mengubah setiap perkara yang kami mahu.