Justmarkets | JUST COMFORTABLE TRADING

Penunjuk Saham Terbaik

Penunjuk Saham Terbaik

Jika anda berada di peringkat awal kisah perdagangan anda, salah satu perkara paling penting yang harus anda kuasai adalah analisis teknikal. Analisis teknikal adalah disiplin perdagangan yang membantu meramalkan arah harga berdasarkan pola tingkah lakunya di masa lalu. Untuk membuat kesimpulan yang tepat dan menggunakan strategi yang sesuai, pedagang bergantung kepada pelbagai penunjuk saham. Baca artikel ini untuk mengetahui tentang penunjuk pasaran yang paling terkenal.

Apa itu penunjuk saham?

Penunjuk saham adalah alat yang membantu pedagang mengenal pasti pergerakan harga untuk sesetengah saham tertentu di masa akan datang. Ini termasuk purata bergerak (moving averages - MA), jalur Bollinger (Bollinger band), penunjuk MACD, dan pelbagai lagi. Penunjuk teknikal digunakan oleh pedagang untuk menganalisis secara strategik dan berdagang pasaran saham dalam cara yang paling menguntungkan. Penunjuk-penunjuk ini digunakan secara meluas dalam bidang analisis teknikal.

Jenis-jenis penunjuk saham

Sebagai permulaan, terdapat penunjuk duluan dan penunjuk susulan. Penunjuk duluan dicipta untuk meramalkan trend jangka masa pendek yang akan bermula. Pengayun stokastik (Stochastic oscillator), RSI, dan MACD adalah contoh untuk penunjuk duluan. Penunjuk susulan pula adalah melihat semula kepada sejarah prestasi dan membantu dalam menentukan trend. Penunjuk susulan yang sering digunakan adalah purata bergerak.

Setiap penunjuk duluan dan susulan boleh dirujuk dalam salah satu kumpulan berikut:

  • Penunjuk trend mengenal pasti arah dan kekuatan sesuatu trend. Kami akan mengulas penunjuk trend seperti purata bergerak (MA) dan MACD;
  • Penunjuk momentum mengukur kelajuan pergerakan harga dengan membezakan harga tutup semasa dengan harga tutup yang sebelumnya. Penunjuk momentum yang sering digunakan adalah Pengayun Stokastik dan RSI yang akan diterangkan dengan lebih lanjut di bawah;
  • Penunjuk ketidaktentuan mengenal pasti kadar perubahan harga, tetapi berbeza dengan penunjuk trend, ia mengabaikan arah perubahan ini. Jalur Bollinger dan Sisihan piawai patut disebut apabila bercakap tentang kumpulan penunjuk ini;
  • Penunjuk volum mengukur volum sesuatu trend.
Penunjuk Saham Terbaik

10 penunjuk perdagangan teratas

Purata Bergerak (Moving averages - MA)

Purata bergerak (MA) adalah petunjuk teknikal yang digunakan secara meluas. Ini adalah penunjuk susulan yang membantu menapis isyarat palsu dan menentukan purata harga pasaran saham. Purata bergerak (MA) mengenal pasti trend dan mengesahkan pembalikan. Apabila harga melepasi purata bergerak (MA), ia memberi isyarat yang instrumen tersebut berada dalam trend menaik, manakala harga yang bergerak di bawah purata bergerak (MA) dianggap berada dalam trend menurun. Apabila harga mengatasi purata bergerak (MA), ia menunjukkan pembalikan trend.

Konsep penting lain yang berkaitan dengan penunjuk ini adalah paras sokongan dan rintangan. Paras sokongan berfungsi sebagai had kepada julat pergerakan harga apabila harganya naik. Paras rintangan pula menjadi pembatas kepada julat harga ketika harga turun.

Purata bergerak (MA) menunjukkan sama ada harga trend sedang naik, turun atau hanya bergerak dalam julat. Ia juga menunjukkan sekiranya trend masih bergerak atau berlakunya pembalikan. Sebagai penunjuk susulan, purata bergerak (MA) tidak meramalkan trend masa akan datang, tetapi mengesahkan waktu pertukaran itu berlaku.

Purata bergerak eksponen (Exponential moving average - EMA)

Terdapat beberapa jenis penunjuk purata bergerak (MA). Purata bergerak eksponen (EMA) adalah salah satu penunjuk yang sering digunakan. Ia menjadikan data terkini sebagai data yang lebih signifikan berbanding data masa lampau yang membolehkannya memberi respons yang lebih pantas terhadap tindakan harga berbanding, misalnya, purata bergerak ringkas (simple moving average - SMA). Anda disarankan untuk menggunakan EMA bagi jangka masa pendek.

Pengayun stokastik

Pengayun stokastik adalah satu penunjuk momentum yang popular. Ia menunjukkan sekiranya pasaran terlebih beli atau terlebih jual dengan membandingkan harga tutup saham dengan julat harganya dalam jangka waktu yang lain. Nilai pengayun terikat antara 0 dan 100. Terdapat beberapa jenis pengayun stokastik seperti Pengayun stokastik laju dan Pengayun stokastik perlahan. Perbezaan antara kedua-duanya adalah pengayun stokastik laju lebih sensitif kepada perubahan mendadak dan bertindak balas dengan lebih cepat dengannya.

Indeks kekuatan relatif (Relative strength indeks - RSI)

RSI adalah penunjuk momentum lain yang direka untuk mengukur saiz dan kepantasan pertukaran harga dan mengenal pasti sama ada saham terlebih beli atau terlebih jual. Sama seperti pengayun stokastik, penunjuk ini berubah-ubah antara 0 dan 100. Merujuk kepada RSI mungkin membantu pedagang untuk menentukan isyarat keluar dan masuk pasaran.

Moving average convergence divergence (MACD)

Moving average convergence divergence (MACD) adalah salah satu penunjuk trend saham terkenal yang menggunakan dua purata bergerak (MA) (kebiasaannya EMA 12-hari dan 26-hari) untuk mengukur momentum saham dan mengenal pasti trendnya. Untuk mengira MACD, penganalisis menolak EMA 26-hari dari 12-hari.

Jalur Bollinger

Jalur Bollinger adalah penunjuk susulan yang bertujuan untuk menentukan apa yang harus dianggap sebagai harga tertinggi dan terendah untuk sesuatu saham. Jalur Bollinger dinamakan sempena nama penganalisis kewangan Amerika, John A. Bollinger yang mencipta penunjuk dan jalur (atau saluran harga) yang menunjukkan julat ketidaktentuan pada carta. Harga dianggap tinggi pada jalur atas dan rendah di jalur bawah.

Fibonacci retracement

Untuk memahami konsep penunjuk ini, anda harus memahami maksud ‘retracement’. Retracement merujuk kepada pembalikan harga dalam masa singkat semasa keseluruhan trend (menaik atau menurun). Ia tidak digunakan sebagai penunjuk untuk arah trend yang lebih besar. Fibonacci retracement melibatkan peletakan dua titik ekstrem (di bawah dan di puncak) yang dibahagikan oleh nisbah Fibonacci pada 23.6%, 38.2%, 50%, 61.8%, dan 100%. Penunjuk ini membantu mengenal pasti paras rintangan dan sokongan, meletakkan pesanan renti-rugi, dan menetapkan harga sasaran.

Awan Ichimoku

Awan Ichimoku (atau Ichimoku Kinko Hyo) melibatkan beberapa penunjuk teknikal yang membantu menentukan paras rintangan dan sokongan serta mengenal pasti momentum dan arah trend. Ia bertujuan untuk meningkatkan ketepatan ramalan pergerakan harga. Awan pada carta dibentuk oleh dua garisan. Trend dianggap menaik apabila harga berada di atas awan. Apabila harga berada di bawah awan, ia menunjukkan trend menurun. Jika harga berada dalam awan, tiada trend khusus atau dalam fasa peralihan.

Best Stock Indicators

Indeks berarah purata (Average directional index - ADX)

ADX menunjukkan kekuatan sesuatu trend, sementara penunjuk momentum, seperti penunjuk arah negatif (-DI) dan penunjuk arah positif (+DI) menunjukkan sekiranya trend sedang naik atau turun. Pasaran diyakini berada dalam trend sekiranya ADX melebihi 20. Jika penunjuk berada di bawah 20, pasaran dianggap "tanpa arah". Para pedagang menggunakan penunjuk untuk menapis isyarat buruk yang diberikan oleh petunjuk-petunjuk lain.

Sisihan piawai

Sisihan piawai (standard deviation) membantu menentukan saiz pergerakan harga dan sama ada harga akan mengalami turun naik harga yang lebih banyak atau tidak dengan membandingkan harga semasa dengan pergerakan harga masa lampau. Kebiasaannya, ia dilakukan dalam jangka masa 20 hari.

Amalan Terbaik

Untuk memanfaatkan perdagangan anda dengan sebaik-baiknya, kami menyarankan anda untuk sentiasa ingat perkara-perkara berikut sewaktu menggunakan penunjuk teknikal untuk saham:

  • Belajar kebaikan dan keburukan setiap penunjuk dan pilih penunjuk yang melengkapi strategi anda.
  • Jangan gunakan lebih dari 5 penunjuk dalam satu-satu masa. Pedagang biasanya mengambil kira sekitar 3 penunjuk untuk mencapai kesimpulan yang tepat.
  • Pilih penunjuk yang melengkapi dan tidak mengulangi antara satu sama lain.
  • Pilih penunjuk yang menyokong trend yang ditentukan oleh penunjuk lain untuk mengesahkan strategi anda.

Kesimpulan

Terdapat pelbagai jenis penunjuk yang mungkin sesuai untuk anda dalam membuat keputusan perdagangan. Penunjuk duluan direka untuk menjangka pergerakan harga pasaran di masa akan datang, sementara penunjuk susulan memberikan isyarat selepas trend bermula. Penunjuk boleh membantu mengenal pasti trend, momentum, ketidaktentuan, dan volum. Penunjuk saham yang paling penting adalah penunjuk yang melengkapi strategi anda dan membantu anda mencapai sasaran perdagangan. Dengan itu, selepas anda memilih penunjuk yang dibenarkan oleh objektif anda, ambil masa untuk menjadi mahir dengannya.

Ketahui lebih lanjut tentang trend pasaran dengan membaca Ramalan harian kami.

oleh JustMarkets, 31/05/2021

Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi