Pasaran stok, seperti jenis pasaran kewangan yang lain, mempunyai sistem utamanya sendiri untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Pertumbuhannya yang pesat membawa kepada pengukuhan minat ekonomi terhadapnya, maka terdapat ramai orang yang sangat berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasaran ini. Membeli stok dianggap sebagai jalan termudah untuk memperolehi keuntungan, tetapi ia juga penyebab utama kekecewaan dengan keputusan pelaburan yang dibuat. Kebanyakan kegagalan boleh dielak sekiranya anda dilengkapi dengan pengetahuan dan kesabaran.
Bilakah anda perlu menjual stok? Ini adalah soalan yang tepat untuk diajukan kepada diri sendiri sebelum membuka langkah, tetapi ada satu perkara lagi yang perlu dipertimbangkan. Menjana keuntungan dengan stok hanya melibatkan dua keputusan: anda beli pada waktu yang tepat, dan juga menjual pada waktu yang tepat. Masa sangat penting di sini; kedua-dua keputusan ini perlu dilaksanakan dengan betul untuk mengembangkan kemahiran dan mencapai tahap yang diinginkan.
Sekiranya anda ingin mengetahui perbezaan utama antara forex dan stok, sila ikut pautan ini.
Membeli dan Menjual Stok
Jumlah wang yang anda jana sangat ditentukan oleh harga beli. Ya, anda boleh bersikap kritis terhadap kenyataan tersebut, tetapi inilah cara ia berfungsi apabila berkaitan pasaran stok – keuntungan dan kerugian anda sangat bergantung kepada saat aset tersebut dibeli. Sekiranya anda terlepas masa yang tepat untuk menjual, faedah membeli pada masa yang tepat akan lenyap. Harga saham, terutamanya apabila kita bercakap tentang syarikat besar, berubah di bursa saham pada setiap saat – tunggu sahaja harga untuk naik dan jual. Terdapat juga peluang yang besar untuk menggunakan pesanan renti rugi yang akan menutup kedudukan anda pada harga yang telah ditentukan tanpa sebarang risiko.
Malangnya, terdapat ramai pedagang yang menghadapi masalah sebenar dalam menjual stok kerana dikuasai oleh perasaan tamak. Ya, sesetengah pelabur terlalu obses untuk mendapat keuntungan yang lebih. Mereka telah bersedia untuk menanggung risiko walaupun sasaran harga mereka sudah tercapai dan hanya mengikuti kecenderungan pasaran secara membuta tuli tanpa menyedari ia masa yang tepat untuk menjual. Berita baiknya adalah terdapat beberapa strategi yang membantu mengenal pasti waktu anda perlu atau tidak perlu untuk menjual. Faktor penting bagi manusia dalam membuat keputusan adalah kita dikuasai oleh emosi, jadi strategi-strategi ini bertujuan untuk anda mengambil langkah-langkah yang lebih rasional.
Harga saham, terutama apabila kita bercakap tentang syarikat besar, berubah di bursa saham pada setiap saat – tunggu sahaja harga untuk naik dan jual.
Mari fikirkan satu senario:
Seorang pelabur akan membeli stok pada harga $15 dengan rancangan untuk menjualnya apabila harganya mencecah $20. Semuanya berjalan seperti yang dirancang, dan harganya telah mencecah $20. Tetapi tidak, pelabur ini ingin tunggu sedikit masa lagi, berharap harganya akan naik. Harga stok mencecah $22, dan kerasionalan pelabur sudah tidak diendahkan. Tanpa diduga, pelabur memerhatikan keadaan di mana harga stok sekarang adalah $18. Inilah realitinya. Pelabur hanya menjana $3 berbanding $5. Dia juga boleh kehilangan sejumlah wang dengan menjualnya pada harga $10. Ketamakan akan mengecewakan anda, percayalah.
Sekiranya anda termasuk dalam golongan yang menganggap pergerakan turun naik harga sebagai sebab utama untuk menjual stok, kami mempunyai berita buruk untuk anda – ini adalah perkara yang anda tidak patut lakukan. Kita beruntung jika mempunyai sebab yang sah untuk menekan butang jual dengan mengutamakan kerasionalan. Jadi, bagaimana cara untuk membuat keputusan bila hendak menjual stok? Berikut adalah isyarat-isyarat yang perlu anda ambil perhatian:
Harga Stok Naik Secara Mendadak
Pasaran stok adalah sangat tidak menentu, jadi terdapat kemungkinan yang tinggi untuk harga stok naik dalam masa beberapa saat. Dan inilah bahagian menarik di mana anda dapat memahami pendorong sebenar diri anda dan membuat kesimpulan. Terdapat ramai pelabur yang menganggap kenaikan harga yang mengagumkan ini sebagai lampu hijau untuk menunggu sedikit lama dan hasilnya, mengaut sejumlah besar wang merujuk kepada harga beli.
Pemenang pasaran atau para profesional sebenar mengamalkan sifat rendah diri dan kerasionalan. Mereka tidak obses dengan idea “Saya perlukan lebih banyak di sini, sekarang” kerana mereka memahami dengan jelas yang pasaran stok membenci konsep di mana ia dianggap sebagai loteri – anda tidak tahu apa yang akan berlaku. Mereka hanya fokus kepada penjualan stok.
Jangan memandang rendah stok yang murah selagi keadaan boleh berubah dengan cepat kerana spekulasi, dan harganya pasti akan naik, jadi anda hanya ambil harga yang ditawarkan oleh pasaran dan terus maju ke hadapan.
Sekiranya anda memiliki stok yang tidak stabil, lebih baik menjualnya ketika dead cat bounce (pemulihan jangka pendek dalam harga aset). Kenaikan harga yang mendadak juga mungkin berlaku kesan daripada berita tidak disangka yang kebiasaannya memegang posisi kenaikan tersebut dalam jangka masa pendek dan harus dianggap sebagai tanda yang serius untuk “tunggu sehingga mencapai sasaran”.
Sekiranya anda tergolong dalam mereka yang menganggap pergerakan turun naik harga sebagai sebab utama untuk menjual stok, kami mempunyai berita buruk untuk anda – ini adalah perkara yang anda tidak patut lakukan.
Harga Mencapai Sasaran Anda
Dipendekkan cerita, apabila harga mencapai sasaran anda – jual aset tanpa rasa ragu-ragu. Ini semua berkaitan dengan berpegang pada rancangan. Jangan kejar idea untuk tunggu lebih lama kerana terdapat banyak kes yang melibatkan kerugian. Ia adalah satu kesilapan untuk mempertimbangkan situasi satu ketika di mana anda menjual aset pada harga lebih tinggi sebagai strategi baharu. Tidak, anda hanya bernasib baik, dan kami amat menyarankan anda untuk melupakan pendekatan ini. Seperti yang telah disebutkan, utamakan kerasionalan dalam setiap tindakan yang menentukan posisi anda.
Membeli Stok adalah Satu Kesilapan
Tiada keperluan untuk rasa terhutang dengan stok yang merugikan. Anda mungkin sudah melakukan sedikit kajian sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu stok, tetapi pasaran yang bergerak pantas menentukan peraturannya sendiri. Terdapat kemungkinan yang anda akan membuat kesimpulan bahawa membeli stok bukanlah pelaburan yang menguntungkan disebabkan kesilapan analisis tertentu, berita yang tidak disangka, atau kesulitan syarikat yang tidak terduga yang tidak diketahui sebelum ini. Ia berlaku sepanjang masa, dan tidak perlu bersusah hati – jual sahaja stok tersebut, walaupun melibatkan kerugian.
Anda harus sentiasa bergantung kepada maklumat dan analisis anda, bukannya mengikuti sentimen pasaran secara membuta tuli. Sekiranya terdapat situasi apabila syarikat kehilangan kedudukannya kepada pesaing dan tidak memenuhi jangkaan keuntungan anda, ia adalah masa yang sesuai untuk menjual.
Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai petunjuk stok di sini.
Anda Hanya Perlukan Wang
Ya, ini mungkin sudah cukup jelas bagi anda sekarang, tetapi ramai pelabur bersedia untuk mengabaikan fakta yang menjual stok hari ini adalah idea yang lebih baik hanya kerana mereka tidak mampu untuk menunggu lebih lama dan perlukan duit dalam kadar segera. Ia adalah aset, dan ada sesetengah situasi dan masa tertentu orang perlu memanfaatkannya.
Sama ada anda mempunyai idea baharu untuk memulakan perniagaan sendiri atau membeli kereta, sentiasa ingat bahawa keputusan ini datang dari pilihan dan perancangan peribadi anda.
Kaedah
Setiap perkara mempunyai situasi tersendiri dan mungkin memerlukan pendekatan yang sama. Sentiasa ada kaedah tertentu yang anda perlu gunakan ketika buntu dan tidak menemui cara untuk menjual stok dengan keuntungan:
- Analisis fundamental adalah pendekatan tepat dan mudah yang membantu para pelabur membuat keputusan mengenai masa yang tepat untuk menjual stok. Konsep umum di sini adalah untuk membuat keputusan pelaburan yang dilengkapi dengan maklumat yang tersedia untuk umum yang mungkin akan mempengaruhi pembentukan harga aset. Maklumat sebegini boleh diperolehi daripada berita, laporan rasmi syarikat, atau perkhidmatan dalam talian yang lain.
- Kaedah kedua yang membantu anda untuk mengenal pasti waktu yang tepat untuk menjual stok adalah analisis teknikal. Ia mewakili data statistik di mana teori kebarangkalian adalah faktor yang penting.
Kesimpulan
“Patutkah saya menjual stok saya sekarang?” – inilah soalan yang sering pelabur ajukan kepada diri sendiri. Dalam jangka masa panjang, penting untuk para pelabur mencipta peraturan sendiri dalam urusan pembelian dan penjualan stok, peraturan yang akan menjalankan tugas mereka untuk mencapai matlamat pelaburan. Di sinilah meletakkan keutamaan yang betul sangat penting kerana ia menentukan kejayaan anda sebagai ahli pasaran. Bahagian berkaitan emosi dapat mempengaruhi proses membuat keputusan, jadi selarikan dengan data dan ketepikan perasaan anda. Inilah cara anda akan memahami cara untuk membeli dan menjual stok dengan jayanya. Kerasionalan adalah raja. Setiap masa.