Program Ganjaran IB

Sertai dan terima sehingga $2,000 setiap bulan sebagai tambahan kepada pendapatan utama rakan kongsi
Sertai sekarang

Dapatkan lebih banyak ganjaran untuk aktiviti klien-klien anda

Tarik perhatian klien-klien baharu dan tingkatkan aktiviti perdagangan klien-klien sedia ada. Dengan hanya menumpukan kepada dua matlamat, anda boleh gandakan pendapatan anda dan menerima keuntungan tambahan pada setiap bulan.

  • $100
  • $250
  • $500
  • $1000
  • $1500
  • $2000

Objektif #1

Membawa klien-klien baharu:
1 klien

Objektif #2

Meningkatkan volum:
100 lot
Sertai sekarang

Berapa banyak wang yang boleh anda terima?

Anda boleh mendapat ganjaran kesetiaan selain daripada pendapatan standard anda di bawah terma-terma Program IB kami.

  • Klien baharu dengan deposit
    10
    Jumlah volume dagangan
    1000 lot
    Ganjaran bulanan anda:
    $1000
  • Klien baharu dengan deposit
    15
    Jumlah volume dagangan
    1500 lot
    Ganjaran bulanan anda:
    $1500
  • Klien baharu dengan deposit
    20
    Jumlah volume dagangan
    2000 lot
    Ganjaran bulanan anda:
    $2000
  • Klien baharu dengan deposit
    1
    Jumlah volume dagangan
    100 lot
    Ganjaran bulanan anda:
    $100
  • Klien baharu dengan deposit
    3
    Jumlah volume dagangan
    250 lot
    Ganjaran bulanan anda:
    $250
  • Klien baharu dengan deposit
    5
    Jumlah volume dagangan
    500 lot
    Ganjaran bulanan anda:
    $500
Sertai sekarang

Ulasan Rakan Kongsi Kami

Semuanya dibayar tepat pada masanya tanpa kelewatan. Saya suka JustMarkets kerana kejujuran mereka dan memberi ganjaran besar. Teruskan!
Patrick Edwards
Saya telah menyertai beberapa Program IB dan ini adalah yang terbaik. Ganjaran saya semakin bertambah setiap bulan, Terima kasih!
Mahmud Adam
Terima kasih JustMarkets atas peluang hebat bekerja dari rumah.
Ram Howe
Mereka sememangnya yang terbaik dalam memudahkan sesuatu perkara dan sangat memahami rakan kongsi. Mereka mempunyai penyampaian perkhidmatan yang baik.
Kutloano Kgaswane

Soalan Lazim

  • Jumlah Volum Dagangan ialah jumlah yang didagangkan oleh semua klien IB dalam satu bulan kalendar.

  • Setiap rakan kongsi IB JustMarkets dibenarkan untuk menyertai program ganjaran.

  • Klien boleh berdagang pada kedua-dua platform MetaTrader 4 dan MetaTrader 5. Jumlah perdagangan di kedua-dua terminal akan diambil kira.

  • Ganjaran bulanan dikreditkan ke akaun IB anda pada hari pertama bekerja bagi bulan berikutnya.

Terma dan Syarat Program Ganjaran IB:
  • Terma dan Syarat penyertaan dalam Program Ganjaran ("program ganjaran") Introducing Broker ("IB") akan berkuat kuasa sepanjang tempoh program ganjaran dan dikenakan kepada semua IB. Semua rakan kongsi JustMarkets ("Syarikat") yang bekerja di bawah program IB adalah layak untuk menyertai program ganjaran. Dengan menyertai program ganjaran, IB menerima Terma dan Syarat ini.
  • Program ganjaran akan menjadi sebahagian daripada Program Rakan Kongsi umum, dan semua syarat dan terma Perjanjian Introducing Broker akan diguna pakai dalam program ganjaran.
  • Program ganjaran akan menetapkan syarat-syarat untuk IB menerima ganjaran tambahan selain daripada syarat-syarat dalam terma umum Program Rakan Kongsi dan Perjanjian IB. Ganjaran ini hendaklah diberikan apabila syarat-syarat tertentu dipenuhi, sebagai contoh, apabila klien baharu dirujuk ke syarikat, atau volum perdagangan (lihat di bawah) bagi semua klien mencapai amaun tertentu. Syarat-syarat yang tepat akan disediakan kemudian di laman web kami semasa program ganjaran berlangsung.
  • Klien yang dirujuk ke syarikat hanya akan dikira bagi tujuan program ganjaran sekiranya syarat-syarat berikut dipenuhi:
    • 4.1 – Klien tidak dirujuk dan didaftarkan sebelum ini;
    • 4.2 – Klien hendaklah membuat Deposit Kali Pertama dalam tempoh 30 hari selepas dia dirujuk;
    • 4.3 – Deposit pertama boleh dibuat dalam satu atau dua transaksi ataupun lebih transaksi yang berasingan dengan syarat jumlah semua transaksi dalam tempoh 30 hari selepas klien dirujuk ke syarikat tidak kurang daripada $100 atau nilai yang setara;
    • 4.4 – Hanya klien yang sudah lulus pengesahan (Identiti dan Alamat Kediaman) dalam tempoh 30 hari selepas mendaftar menggunakan pautan rakan kongsi IB yang akan diambil kira.
  • Bagi tujuan program ganjaran ini, volum keseluruhan perdagangan bermaksud jumlah perdagangan dalam satu bulan kalendar bagi semua klien yang telah dirujuk ke Syarikat oleh IB. Bagi tujuan pengiraan volum keseluruhan perdagangan, klien-klien yang dirujuk pada bulan semasa dan klien yang dirujuk lebih awal akan diambil kira.
    • Volum keseluruhan perdagangan merangkumi volum FX dan instrumen yang lain dan dikira dengan andaian 1 lot perdagangan sama dengan $100,000.
    • Volum FX: 1 lot = 1 lot apa-apa Instrumen FX.
    • Volum Lain: 1 lot = $100,000 daripada Volum perdagangan.
    • Volum Perdagangan = Nilai Instrumen / $100,000.
  • Volum perdagangan dikira tanpa mengira jenis platform. Klien-klien boleh berdagang pada platform MetaTrader 4, MetaTrader 5.
  • Untuk tujuan pengiraan volum keseluruhan perdagangan, hanya aktiviti perdagangan dalam akaun Sebenar: Standard Cent, Standard, Pro dan Raw Spread akan dikira.
  • Apabila syarat-syarat program ganjaran dipenuhi, imbuhan untuk program ini akan dibayar ke akaun IB pada hari pertama bekerja dalam bulan tersebut selepas bulan di mana syarat-syarat tersebut telah dipenuhi.
  • Syarikat berhak untuk menghalang dan/atau mengecualikan IB daripada menyertai program ganjaran sekiranya terdapat pelanggaran mana-mana syarat Perjanjian Klien, Perjanjian IB atau polisi Syarikat dan sekiranya apa-apa aktiviti penipuan dikesan.
  • Sebarang pertanyaan, cadangan dan tuntutan tentang program ganjaran hendaklah dihantar ke alamat e-mel Syarikat di [email protected].
  • Apa-apa situasi yang tidak dirangkumi dalam peraturan ini akan diselesaikan mengikut keputusan muktamad Syarikat.
  • Tarikh mula program ganjaran adalah 1 September 2020. Program ganjaran serta terma dan syarat ini akan berkuat kuasa sehingga pemberitahuan selanjutnya daripada Syarikat berkenaan tarikh akhir program seperti yang diterangkan di bawah.
  • Syarikat berhak untuk mengubah, mengemas kini terma dan syarat ini atau membatalkan program ganjaran ini pada bila-bila masa dengan pemberitahuan di laman web Syarikat dan/atau melalui e-mel.
Baca lebih lanjut