Ray Dalio ialah salah seorang pelabur paling berpengaruh pada zaman ini dan merupakan pengasas Bridgewater Associates, salah satu hedge fund terbesar di dunia. Bridgewater dikenali dengan pendekatan unik dalam pengurusan aset dan strategi dagangan moden. Dalam artikel ini, kami akan melihat dari segi taktik utama dalam trading yang digunakan oleh hedge fund Ray Dalio dan kelas aset dalam portfolio dana tersebut.
Bridgewater Associates ditubuhkan pada tahun 1975, dan telah berkembang menjadi hedge fund terbesar di dunia, dengan aset dibawah pengurusan dana ini berjumlah lebih $150 bilion. Syarikat ini terkenal dengan pendekatan pelaburan yang inovatif serta falsafah prinsip ketelusan radikal dan analitik big data. Antara strategi teras dana ini adalah makroekonomi global dan arbitaj.
Strategi Hedge Fund Ray Dalio
Bridgewater secar aktif menggunakan analisis makro global untuk meramal pergerakan harga dalam pasaran. Dana ini menganalisis aspek ekonomi, politik, dan sosial yang mempengaruhi pasaran kewangan global. Pendekatan ini membolehkan dana ini membuat keputusan berasaskan data dalam pelaburan yang melibatkan pelbagai kelas aset di seluruh dunia.
Salah satu daripada strategi yang digunakan oleh dana ini ialah “Pure Alpha”. Objektif strategi ini adalah untuk menjana pulangan absolute profit (keuntungan secara konsisten) tanpa mengira keadaan pasaran. Dana ini mengunakan model matematik yang sofistikated untuk mengenal pasti anomali dan memanfaatkan perubahan harga pasaran dalam jangka masa pendek dan panjang.
Ray Dalio membangunkan konsep All Weather Portfolio untuk mengurangkan risiko dalam semua situasi pasaran. Portfolio ini dipecahkan kepada pelbagai kelas aset untuk kekal kukuh semasa tempoh inflasi, deflasi, pertumbuhan dan kemelesetan ekonomi. Prinsip asasnya adalah untuk mengimbangkan aset bagi melindungi modal dan menjana pulangan yang stabil untuk tempoh jangka masa panjang.
Bridgewater menggunakan analitik big data dan teknologi kecerdasan buatan untuk menambah baik keputusan yang diambil dalam dagangan. Strategi ini membolehkan dana tersebut meramalkan pergerakan harga di pasaran dengan lebih tepat dan mengadaptasi strategi yang sesuai dengan perubahan ekonomi.
Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan dana ini adalah budaya korporat yang menekankan ketelusan penuh. Dalam budaya ini, pekerja boleh memberi pendapat secara terbuka dan turut serta dalam proses membuat keputusan. Konsep keterbukaan ini mewujudkan persekitaran untuk saling bertukar idea dan membolehkan dana ini memanfaatkan collective intelligence untuk menambah baik strategi yang digunakan.
Kelas Aset Dagangan Bridgewater
Bridgewater Associates menguruskan portfolio yang merangkumi pelbagai jenis kelas aset:
-
Ekuiti
Dana ini melabur dalam ekuiti di pasaran yang telah matang dan sedang berkembang, dengan menggunakan analisis makroekonomi untuk memilih sektor dan syarikat yang berpotensi.
-
Bon
Bridgewater melabur secara aktif dalam bon kerajaan dan korporat dari pelbagai negara. Strategi ini membolehkan Bridgewater mempelbagaikan portfolio serta mengurangkan risiko.
-
Komoditi
Pelaburan dalam komoditi (minyak, emas, produk pertanian) merupakan elemen penting dalam portfolio dana ini. Kelas aset ini membantu melindungi daipada risiko berkaitan inflasi atau peristiwa geopolitik.
-
Mata wang
Bridgewater melabur dalam dagangan mata wang, menggunakan strategi arbitaj dan ramalan makroekonomi untuk menjana keuntungan.
-
Derivatif
Dana ini menggunakan pasaran derivatif seperti options dan futures untuk melindungi nilai serta memanfaatkan ketidakstabilan pasaran.
Pegangan pelaburan terbesar oleh Bridgewater Associates berdasarkan pemfailan Borang 13F (2024-11-13) yang terkini.
Ticker | Name | Holding ($mil) | % Of Portfolio |
IVV | iShares Trust – iShares Core S&P 500 ETF | 1,282.20 | 7.30% |
IEMG | iShares, Inc. – iShares Core MSCI Emerging Markets ETF | 1,020.70 | 5.80% |
GOOGL | Alphabet Inc. | 726.3 | 4.10% |
NVDA | NVIDIA Corporation | 577.4 | 3.30% |
SPY | SPDR S&P 500 ETF Trust | 480.2 | 2.70% |
META | Meta Platforms, Inc. | 459.2 | 2.60% |
MSFT | Microsoft Corporation | 374.4 | 2.10% |
PG | The Procter & Gamble Company | 277.4 | 1.60% |
AMZN | Amazon.com, Inc. | 263 | 1.50% |
AAPL | Apple Inc. | 240.4 | 1.40% |
AMD | Advanced Micro Devices, Inc. | 240.2 | 1.40% |
JNJ | Johnson & Johnson | 238.2 | 1.30% |
WMT | Walmart Inc. | 229.7 | 1.30% |
LRCX | Lam Research Corporation | 225.3 | 1.30% |
CEG | Constellation Energy Corporation | 199.7 | 1.10% |
MRK | Merck & Co., Inc. | 176.5 | 1.00% |
PDD | PDD Holdings Inc. | 168.8 | 1.00% |
V | Visa Inc. | 167.6 | 0.90% |
AVGO | Broadcom Inc. | 164.8 | 0.90% |
VWO | Vanguard International Equity Index Funds – Vanguard FTSE Emerging Markets ETF | 163.8 | 0.90% |
KO | The Coca-Cola Company | 160.3 | 0.90% |
KLAC | KLA Corporation | 156 | 0.90% |
COST | Costco Wholesale Corporation | 149.7 | 0.80% |
MBB | iShares Trust – iShares MBS ETF | 135.7 | 0.80% |
QCOM | QUALCOMM Incorporated | 135.5 | 0.80% |