Setiap klien hanya boleh menggunakan satu akaun Standard, Pro atau
Raw Spread miliknya untuk menyertai peraduan.
Sila ambil maklum bahawa semua instrumen akan tersedia semasa tempoh perdagangan,
tetapi hanya keputusan pasangan perdagangan XAU/USD diambil kira untuk peraduan ini.
Untuk menjadi peserta peraduan, pedagang perlu membuat deposit ke akaun perdagangan dengan pembayaran
sekali berjumlah sekurang-kurangnya $100 dalam tempoh pendaftaran peraduan. Selepas itu, pedagang
dikehendaki mendaftar dalam peraduan menggunakan nama samaran dalam bahagian "Bonus dan Promosi" di tab
"Sertai Peraduan".
Sila ambil perhatian bahawa hanya akaun yang didepositkan dengan jumlah minimum
diperlukan boleh didaftar untuk menyertai peraduan.
Pemindahan dalaman wang dari satu akaun ke akaun lain tidak dianggap sebagai deposit.
Pendaftaran peraduan bermula pada
18 Mac dan berakhir pada 31 Mac 2021.
Tempoh perdagangan peraduan bermula
dari 1 April sehingga 15 April 2021.
Tiga hadiah wang tunai yang hebat akan diberikan kepada 3 pedagang teratas dengan mata Profit
tertinggi:
– $500 untuk tempat pertama;
– $250 untuk tempat kedua;
– $100 untuk tempat ketiga.
Dalam peraduan ini, mata Profit dikira sebagai amaun keuntungan perdagangan dalam USD yang didarab dengan
bilangan hari untung.
Amaun Profit dikemas kini sekali sehari pada waktu tengah malam GMT+2. Penunjuk ini termasuklah amaun
perdagangan tertutup dan amaun untung/rugi apungan pada perdagangan terbuka.
Hari-hari untung dikira sebagai bilangan hari apabila klien berjaya menjana sekurang-kurangnya satu US
sen (pada urus niaga terbuka dan tertutup).
Sebagai contoh:
Klien berdagang dalam pertandingan selama 5 hari dan menerima “amaun Profit” sebagai penunjuk pada
setiap hari (Setiap hari berikutnya merangkumi hari sebelumnya):
Hari1: + $200
Hari2: + $180
Hari3: + $180
Hari 4: + $400
Hari 5: + $350
Seperti yang boleh dilihat, klien kita menjana $200 pada hari pertama, mengalami kerugian sebanyak $20
pada hari kedua, tidak berdagang pada hari ketiga dan menjana $220 pada hari keempat, dan kerugian $50
pada hari kelima.
Sekarang, mari kita andaikan berapakah jumlah mata Profit yang akan dilihat oleh klien dalam jadual
keputusan pada setiap hari:
Hari 1: laporan tiada lagi, ia akan dijana pada hari seterusnya
Hari 2: 200 × 1 (satu hari menguntungkan) = 200 Mata Profit
Hari 3: 180 × 1 (satu hari menguntungkan) = 180 Mata Profit
Hari 4: 180 × 1 (satu hari menguntungkan) = 180 Mata Profit
Hari 5: 400 × 2 (dua hari menguntungkan) = 800 Mata Profit
Hari 6: 350 × 2 (dua hari menguntungkan) = 700 Mata Profit
Hadiah wang tersebut akan dikreditkan ke dalam baki akaun perdagangan pemenang yang menyertai
promosi dalam masa 3 hari selepas peraduan berakhir dan akan boleh dikeluarkan atau digunakan untuk
perdagangan selanjutnya.
Syarikat berhak untuk mengubah, mengemas kini atau membatalkan promosi ini tanpa notis awal.
Dalam kes alamat IP atau data peribadi yang sepadan, atau tanda-tanda lain akaun adalah milik klien
berbeza, akaun tersebut boleh dihalang daripada menyertai peraduan.
Tiada had untuk perkongsian hasil rakan kongsi daripada akaun perdagangan yang menyertai peraduan.