Bank pusat adalah bank yang akan menyediakan kemudahan kewangan kepada kerajaan dan juga bank komersial negaranya.

Fungsi utama bank pusat adalah:

  • membekalkan wang dan peraturan kadar pertukaran;
  • mengawal pengeluaran wang negara;
  • memberi pinjaman dan menerima deposit daripada bank komersial, dan mengawal aktiviti mereka;
  • mengurus hutang negara;
  • menyelenggarakan kadar rizab emas negara;
  • berinteraksi dengan bank pusat lain.

Terdapat 4 cara bagaimana bank pusat boleh mempengaruhi pasaran tukaran asing:

  • Pertukaran kadar faedah. Bank pusat meningkatkan kadar faedah dengan menjadikan mata wang negara kelihatan menarik kepada pelabur, tetapi merumitkan bank komersial. Untuk pelabur, simpanan dalam mata wang negara akan membawa lebih banyak pulangan, namun bagi bank komersial, ia akan menyebabkan situasi di mana pinjaman wang daripada bank pusat akan menjadi lebih membebankan, lalu ia akan mencetuskan keadaan di mana kadar faedah untuk pinjaman dan deposit orang ramai akan meningkat. Dengan memotong kadar faedah, proses akan bertukar.
  • Instrumen pasaran kewangan. Ini selalunya melibatkan transaksi secara langsung dengan keselamatan dalam pasaran terbuka. Pembelian keselamatan oleh bank pusat akan menjurus kepada peningkatan rizab, di mana ia akan meningkatkan jumlah pinjaman kepada perusahaan dalam pelbagai sektor ekonomi, atau pinjaman kepada bank komersial, lalu pinjaman akan diberikan kepada perusahaan pula( bergantung pada struktur interaksi dalam sesebuah negara). Dalam keadaan ini, bank pusat akan merangsang aktiviti ekonomi. Dengan menjual keselamatan, rizab bank akan berkurang maka keupayaan kredit terhadap bank juga akan berkurang, lalu menyebabkan kelembapan ekonomi.
  • Pertukaran keperluan rizab. Dengan mengubah syarat-syarat ini, bank pusat boleh mengehadkan jumlah kredit yang akan diberikan oleh bank komersial, menyebabkan perubahan jumlah wang dalam negara.
  • Operasi pertukaran asing. Bank pusat boleh terlibat dalam operasi pasaran mata wang asing untuk melemahkan/menguatkan mata wang negara (campur tangan) atau sebaliknya dan memegang pasaran mata wang hingga satu tahap. Ia dilakukan dengan menanam atau mengecualikan mata wang negara ke dalam atau daripada pasaran antarabangsa. Selain itu, bank pusat juga boleh meletakkan aset mereka dalam bank pusat lain dan menukar mata wang asing secara langsung.

Bank pusat seperti Federal Reserve System (Amerika Syarikat), European Central Bank (Eropah), Bank of England (Great Britain), Bank of Japan (Jepun), Swiss National Bank (Switzerland), Bank of Canada (Kanada), Reserve Bank of Australia (Australia) dan Reserve Bank of New Zealand (New Zealand) adalah antara bank pusat yang terbesar dan paling berkuasa dalam dunia, dan ia boleh memberi impak pada Forex.

Federal Reserve System U.S.A.

Federal Reserve System U.S.A.

Federal Reserve System (FRS atau FED) di Amerika Syarikat telah ditubuhkan pada tahun 1913 dan berfungsi sebagai sebuah bank pusat Amerika Syarikat. Negara itu memiliki pengaruh utama terhadap bank, walaupun dana dimiliki oleh pemegang saham swasta dengan status istimewa.
FED adalah bank pusat paling berkuasa di dunia. Disebabkan USD adalah mata wang rizab dunia, FED mempunyai impak yang besar terhadap nilai mata wang yang lain.
Jawatankuasa: Federal Open Market Committee (FOMC), mempunyai 7 ketua Council of the Federal Reserve dan 5 presiden bagi 12 cawangan bank pusat. Jawatankuasa ini akan menetapkan kadar faedah.
Objektif: menstabilkan harga dan menjaga perkembangan ekonomi Amerika Syarikat.
Mesyuarat: 8 kali setahun.

European Central Bank

European Central Bank

European Central Bank (ECB) ditubuhkan pada tahun 1998. Bank pusat ini merupakan pihak yang bertanggungjawab dengan kewangan bagi Zon Eropah, diikuti oleh European Monetary Institute (EMI). EMI memainkan peranan penting dalam menyediakan pengenalan kepada kitaran satu mata wang Eropah.
Jawatankuasa: 6 ahli ECB Governing Council dan ketua bagi 12 bank pusat negara dalam zon Eropah. Mereka membuat keputusan tentang polisi kewangan.
Objektif: kestabilan harga, perkembangan dan penyelenggaraan harga pengguna tahunan di bawah 2%. Pihak bank cuba untuk menghalang peningkatan kos mata wang Eropah kerana kebergantungan eksport zon Eropah.
Perjumpaan: 2 minggu sekali. Walaubagaimanapun perjumpaan untuk polisi kewangan akan diadakan sebanyak 11 kali setahun dan diikuti dengan sidang media.

Bank of England

Bank of England

Bank of England (BOE) adalah sebuah bank persendirian pada tahun 1694 sebelum ia mula berperanan sebagai bank pusat bagi Great Britain pada tahun 1946 selepas pemiliknegaraan. BOE dianggap sebagai salah sebuah bank pusat paling berpengaruh di dunia.
Jawatankuasa: ketua BOE, 2 timbalan ketua, 2 eksekutif dan 4 pakar luar. Jawatankuasa ini bertanggungjawab terhadap polisi kewangan.
Objektif: menyokong dasar dan kestabilan kewangan dan mengekalkan inflasi pada tahap 2%. Hakikatnya, jika kadar inflasi kurang dari tahap ini, bank pusat akan melakukan segala-galanya untuk meningkatkannya kembali kepada 2%.
Perjumpaan: sekali sebulan.

Bank of Japan

Bank of Japan

Bank of Japan (BOJ) ditubuhkan pada tahun 1873 berdasarkan peraturan Undang-undang Bank Pusat, yang dipengaruhi oleh undang-undang Amerika Syarikat tahun 1863. Bank ini memiliki status sebagai syarikat joint-stock yang merupakan ciri utama nya. Kerajaan Jepun adalah pemilik 55% daripada modal. Baki 45% pula dipegang oleh syarikat insurans, institusi kewangan dan pelabur lain.
Jawatankuasa: ketua bank, dua timbalan dan 6 ahli. Jawatankuasa bertanggungjawab terhadap polisi kewangan.
Objektif: menyokong harga dan kestabilan kewangan Jepun. Sama seperti ECB, BOJ juga akan menghalang peningkatan nilai mata wang negara kerana kebergantungan pada eksport negara.
Perjumpaan: sekali atau dua kali sebulan.

Swiss National Bank

Swiss National Bank

Swiss National Bank ditubuhkan pada tahun 1907. Bank pusat ini memiliki dua ibu pejabat utama: satu di Bern manakala satu lagi di Zürich.
Jawatankuasa: ketua bank, timbalan dan seorang ahli. Jawatankuasa akan membuat keputusan terhadap kadar faedah. Tidak seperti bank pusat yang lain, SNB hanya akan menetapkan kadar faedah.
Objektif: memastikan kestabilan harga dan menghalang peningkatan kadar mata wang negara secara melampau (kerana kebergantungan pada eksport negara).
Perjumpaan:sekali dalam 3 bulan.

Bank of Canada

Bank of Canada

Bank of Canada (BOC) bermula pada tahun 1935. Ibu pejabat utama bagi bank pusat ini adalah di Ottawa.
Jawatankuasa: ketua bank dan 5 timbalan. Jawatankuasa bertanggungjawab membuat keputusan tentang dasar kewangan.
Objektif: menetapkan integriti dan nilai mata wang, mengekalkan inflasi pada tahap 1% sehingga 3%.
Perjumpaan: 8 kali setahun.

Reserve Bank of Australia

Reserve Bank of Australia

Reserve Bank of Australia (RBA) secara rasminya menjadi sebuah bank pusat sejak tahun 1960, selepas mendapat hak daripada Commonwealth Bank of Australia.
Jawatankuasa: ketua bank, timbalan, menteri kewangan dan 6 ahli bebas, yang dilantik oleh kerajaan. Jawatankuasa bertanggungjawab terhadap dasar kewangan.
Objektif: memastikan kestabilan kewangan dan perkembangan ekonomi, menetapkan pekerjaan penuh dan peningkatan pendapatan negara, dan mengekalkan inflasi pada tahap 2% hingga 3%.
Perjumpaan:sekali sebulan, kecuali pada bulan Januari.

Reserve Bank of New Zealand

Reserve Bank of New Zealand

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) ditubuhkan pada tahun 1934. Bank pusat ini dimiliki sepenuhnya oleh New Zealand. Ciri utamanya adalah pengawalan ketat ke atas pelaksanaan matlamat. Jika gagal, ketua bank akan ditukar.
Jawatankuasa: keputusan akhir bagi dasar kewangan dibuat oleh ketua bank.
Objektif: memastikan harga, kadar faedah, kadar pertukaran dan juga ekonomi berada dalam keadaan yang stabil, sambil berperanan untuk mengekalkan inflasi pada tahap 1.5%.
Perjumpaan: 8 kali setahun.