Justmarkets | JUST COMFORTABLE TRADING

Pakatan Keselamatan Blockchain China untuk Menentang Penipuan

Syarikat teknologi China, Tencent bekerjasama bersama kerajaan China untuk mewujudkan Pakatan Keselamatan Blockchain China. Pakatan terbaru tersebut akan menentang masalah-masalah keselamatan yang berkaitan dengan penggunaan teknologi blockchain.

Di Beijing pada 21 Jun, Forum Keselamatan Blockchain China telah berlangsung di mana Naib Presiden Tencent, Bin Ma telah memberitahu mengenai pembentukan pakatan yang direka untuk meningkatkan keselamatan teknologi blockchain. Pakatan Keselamatan Blockchain China akan terdiri daripada Tencent, CTMA (Persatuan Perdagangan Teknologi China – Chinese Technology Trade Association), Pusat Penyelidikan Aplikasi Blockchain China dan 20 institusi awam dan swasta yang lain.

Matlamat pakatan tersebut adalah untuk memastikan kesihatan dan perkembangan mampan blockchain serta perlindungan terhadap penggunanya dari penipuan.

"Kami bersedia untuk mengambil bahagian dalam pembinaan industri blockchain di bawah nama Tencent. Kami berharap untuk memberi sumbangan kepada keselamatan blockchain di China," kata Ma Bin semasa sidang tersebut.

Persidangan di Beijing telah diadakan berikutan pertambahan bilangan jenayah dalam bidang blockchain dan mata wang kripto negara. Terbaru, kira-kira 13000 pelabur telah menjadi mangsa dalam piramid penipuan, di mana mereka telah melabur hampir $13 juta di dalam projek.

Walau bagaimanapun, kerajaan China melihat "generasi baharu" teknologi dalam blockchain. Pada Jun tahun ini, Akademi Sains China telah mengumumkan penubuhan sebuah pusat penyelidikan untuk mengkaji data yang banyak dan teknologi daftar yang telah diedarkan.

oleh JustMarkets, 25/06/2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi