Pelabur Menanti Statistik Penting dari AS

Semasa sesi terakhir, perdagangan pasangan mata wang utama agak aktif. Pada masa yang sama, trend sehala tidak diperhatikan. Indeks dolar (#DX) sedang menguji paras terendah bulanan. Dalam dua minggu yang lepas, julat utama 94.60-95.00 telah terbentuk. Beberapa laporan ekonomi yang lemah, kejatuhan pasaran saham AS dan peningkatan konflik perdagangan menambah tekanan kepada mata wang AS. Pada masa ini, ahli pasaran kewangan sedang menjangkakan pemacu-pemacu tambahan.

USD
Sumber: finviz.com

Pada minggu ini, beberapa statistik penting dari Amerika Syarikat akan dikeluarkan, di mana ia akan memberi kesan kepada keseimbangan kuasa mata wang utama dalam jangka masa pendek. Laporan-laporan ini juga mungkin mempengaruhi pandangan Fed mengenai dasar monetari akan datang.

Kami mencadangkan anda untuk memberi perhatian kepada indeks pembuatan dari Bank Rizab Persekutuan Philadelphia yang akan dikeluarkan pada hari Khamis (15:30 GMT+3:00). Indeks ini menentukan kesejahteraan sektor pembuatan daerah Rizab Persekutuan Philadelphia dan mempunyai pengaruh yang kukuh terhadap dinamik mata wang AS. Pakar-pakar menjangkakan bahawa pada bulan Oktober, angka akan menurun daripada 22.9 kepada 20.0. Kami mencadangkan anda untuk mengambil kira perbezaan antara nilai-nilai yang sebenar dan yang diramal.

US Philadelphia Fed
Sumber: tradingeconomics.com
Mari kita pertimbangkan corak teknikal semasa pasangan mata wang EUR/USD
  • Paras sokongan: 1.15400, 1.14650
  • Paras rintangan: 1.16000, 1.16450, 1.17250
EUR/USD pattern

Pada masa ini, pasangan mata wang EUR/USD sedang didagangkan secara mendatar. Corak teknikal adalah tidak jelas. Instrumen perdagangan sedang menguji paras sokongan dan rintangan utama: iaitu1.15400 dan 1.16000. Indikator tidak menghantar isyarat yang tepat:
- Harga telah menjadi tetap di antara 50 MA dan 200 MA;
- Histogram MACD berada dalam zon positif, tetapi di bawah garis isyarat.

Kami mencadangkan anda untuk membuka kedudukan terbuka dari paras utama.

Jika statistik-statistik dari AS bertukar menjadi positif, kami menjangkakan penurunan selanjutnya dalam sebut harga EUR/USD. Pergerakan cenderung ke arah zon permintaan tempatan 1.14650-1.14350.

Alternatif lain ialah pertumbuhan pasangan mata wang EUR/USD ke paras 1.16500-1.17000.

Pengesahan dan titik kemasukan ke pasaran perlu dilihat pada rangka masa yang pendek. Apabila mengikut kedudukan, kami mencadangkan penggunaan trailing stop.

oleh JustMarkets, 17/10/2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi