Justmarkets | JUST COMFORTABLE TRADING

Statistik Pasaran Buruh AS Sedang Menjadi Tumpuan

Indeks dolar (#DX) menunjukkan trend menaik. Sepanjang bulan lalu, dolar AS kukuh berbanding sekumpulan mata wang dunia dengan 2%. Baru-baru ini, indikator sedang menguji paras tahunan tertinggi. Permintaan untuk mata wang AS masih tinggi di tengah-tengah prospek untuk mengetatkan dasar monetari oleh Fed serta laporan ekonomi yang optimistik. Menurut minit FOMC, kebanyakan ahli politik Fed menyokong peningkatan seterusnya dalam kadar faedah. Pada masa ini, lebih daripada 70% ahli pasaran kewangan menjangkakan Bank Pusat akan meningkatkan julat kadar faedah utama kepada 2.25%-2.50% pada mesyuarat di bulan Disember.

Peristiwa penting pada minggu ini adalah penerbitan laporan pasaran buruh AS untuk bulan Oktober pada hari Jumaat, 2 November (14:30 GMT+2:00). Statistik-statistik ini boleh memberi kesan yang ketara terhadap dinamik dan penjajaran tenaga pada mata wang utama. Laporan terkini daripada Amerika Syarikat adalah tidak jelas. Kritikan Donald Trump mengenai dasar Fed serta peningkatan konflik perdagangan antara Amerika Syarikat dan China memberi tekanan tambahan. Washington berhasrat untuk memperkenalkan duti untuk semua baki import dari China menjelang awal Disember kecuali persetujuan bersama yang bermanfaat dicapai antara White House dan Celestial Empire.

nonfarm 2018
Sumber: tradingeconomics.com

Pakar-pakar menjangkakan bahawa pada bulan Oktober, bilangan orang yang bekerja dalam sektor bukan pertanian AS akan meningkat kepada 191,000. Pada masa yang sama, kadar pengangguran akan meningkat sebanyak 0.1% kepada 3.8%. Pertumbuhan purata gaji sejam adalah 0.2% (m/m) berbanding dengan nilai sebelumnya, iaitu 0.3% (m/m). Kami mencadangkan anda untuk memberi perhatian kepada perbezaan di antara nilai-nilai sebenar dan yang diramalkan.

Mari kita pertimbangkan corak teknikal semasa untuk pasangan mata EUR/USD
  • Paras sokongan: 1.13000, 1.12500, 1.12000
  • Paras rintangan: 1.13750, 1.14300, 1.15000
EUR/USD pattern

Euro terus kehilangan asas berbanding dolar AS. Sepanjang tempoh dua minggu lepas, penurunan sebut harga EUR/USD adalah melebihi 200 mata. Mata wang tunggal mendekati paras minimum tahunan (1.13000). Rajah analisis teknikal klasik ‘Descending Channel’ telah terbentuk dalam instrumen perdagangan yang bertindak sebagai kesinambungan untuk trend terkini. Indikator menunjukkan kuasa penjual:
- harga telah menjadi tetap di bawah 50 MA dan 200 MA;
- histogram MACD berada dalam zon negatif dan terus menurun.

Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya kedudukan dibuka dari paras-paras utama.

Pasangan mata wang EUR/USD cenderung untuk menurun. Jika harga menjadi kukuh di bawah paras 1.13000, ia perlu untuk mempertimbangkan penjualan EUR/USD. Pergerakan cenderung kepada 1.12500-1.12000.

Pilihan alternatif. Jika statistik pasaran buruh AS ternyata lemah, pasangan mata wang EUR/USD mungkin akan menguji 1.14300-1.14650 sekali lagi.

Pengesahan dan titik kemasukan ke pasaran perlu dicari pada rangka masa yang rendah. Apabila mengikut kedudukan, kami mencadangkan penggunaan trailing stop.

oleh JustMarkets, 01/11/2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi