Justmarkets | JUST COMFORTABLE TRADING

Simposium Jackson Hole Akan Menentukan Sentimen Pasaran Kewangan

Pada hari Khamis, simposium ekonomi tahunan akan bermula di Jackson Hole. Wakil-wakil Bank Pusat, menteri-menteri kewangan, pakar-pakar ekonomi terkemuka dan ketua-ketua perbadanan kewangan yang besar akan menyertainya. Pelabur-pelabur akan memberi tumpuan kepada ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell yang dijadualkan pada hari Jumaat, 17:00 (GMT+3:00). Pegawai mungkin menghantar kemas kini tentang ramalan ekonomi serta menandakan prospek untuk dasar monetari Fed.

Perlu diingat pada bulan Julai, Bank Pusat AS telah menurunkan julat kadar faedah utama sebanyak 25 mata asas kepada 2.00-2.25%. Menurut minit FOMC, pelarasan dasar monetari Fed selanjutnya akan ditentukan berdasarkan data ekonomi yang baharu. Ahli pasaran kewangan berasa bimbang tentang kemungkinan kemelesetan ekonomi di tengah-tengah songsangan keluk hasil bon kerajaan AS. Washington dan Beijing masih tidak dapat menyelesaikan pertikaian perdagangan. Jangkaan inflasi adalah lemah yang mungkin memaksa Fed bertindak lebih agresif dari segi memudahkan dasar monetari. Donald Trump terus mengkritik Bank Pusat secara aktif kerana dolar yang kukuh dan percaya ia satu keperluan untuk memotong kadar faedah utama sebanyak 100 mata asas pada masa terdekat. Buat masa ini, lebih daripada 98% ahli pasaran kewangan percaya yang Fed akan menurunkan julat kadar faedah utama kepada 1.75-2.00% semasa mesyuarat pada bulan September.

cme-fedwatch-tool-2019-08-22
Sumber: cmegroup.com

Kami mencadangkan anda supaya memberi perhatian kepada komen-komen yang dibuat oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell pada sidang media di Jackson Hole.

Mari kita pertimbangkan corak teknikal semasa untuk pasangan mata wang EUR/USD

  • Paras Sokongan: 1.10650, 1.10300, 1.10000
  • Paras Rintangan: 1.11100, 1.11550, 1.11850
  • market-news-2019-08-22

    Sejak awal minggu ini, pasangan mata wang EUR/USD telah berada dalam trend sisi. Trend sehala tidak diperhatikan. Instrumen perdagangan membentuk paras utama sokongan dan rintangan berikut: masing-masing 1.10650 dan 1.11100. Indikator tidak memberi isyarat yang tepat:

    • - 50 MA telah melintasi 200 MA;
    • - Histogram MACD berhampiran dengan tanda 0.

    Kami mencadangkan pembukaan kedudukan daripada paras-paras utama.

    Jika harga menjadi tetap di bawah paras sokongan 1.10650, sebut harga EUR/USD dijangka akan jatuh. Pergerakan cenderung ke arah 1.10300-1.10000.

    Alternatif lain adalah pemulihan sebut harga EUR/USD kepada paras 1.11500-1.11750.

    Pengesahan dan titik kemasukan ke pasaran perlu dilihat pada rangka masa yang lebih rendah. Apabila menjejak kedudukan, kami mencadangkan penggunaan ‘trailing stop.’

    by JustMarkets, 2019.08.23

    Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

    Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi