Laporan Pasaran Buruh AS Menjadi Tumpuan Perhatian

Sejak awal minggu ini, dolar telah menunjukkan dinamik yang negatif terhadap mata wang dunia yang lain. Indeks dolar (#DX) mencapai paras bulanan terendah. Seperti yang dijangka, Fed merendahkan kadar faedah utamanya sebanyak 25 mata asas kepada 1.50-1.75%. Bank Pusat berasa bimbang tentang situasi ekonomi yang tidak menentu di negara. Pengawal selia berkata pelarasan dasar monetari selanjutnya akan bergantung pada laporan ekonomi akan datang.

dx-finviz-2019-10-31
Sumber: finviz.com

Pada masa ini, pelabur-pelabur sedang mengamalkan sikap tunggu dan lihat sebelum penerbitan laporan pasaran AS untuk bulan Oktober pada hari Jumaat, 01 November. Statistik-statistik ini boleh mempengaruhi pandangan Fed mengenai pelarasan dasar monetari yang selanjutnya.

Laporan terkini dari AS adalah samar-samar. Data awal ADP menandakan peningkatan dalam bilangan individu yang bekerja dalam sektor bukan pertanian negara sebanyak 125K, iaitu lebih tinggi berbanding nilai yang diramalkan sebanyak 120K. Pada masa yang sama, indeks keyakinan pengguna menurun kepada 125.9 berbanding jangkaan pasaran pada 128.0. Sepanjang minggu lepas, tuntutan awal pengangguran telah meningkat daripada 213K kepada 218K.

us-nonfarm-2019-10-31
Sumber: tradingeconomics.com

Pakar-pakar menjangkakan penurunan dalam indikator utama pasaran buruh: bilangan individu yang bekerja dalam sektor bukan pertanian AS akan menurun daripada 136K kepada 89K; pertumbuhan purata pendapatan sejam adalah 0.3% (m/m) berbanding nilai sebelumnya iaitu, 0.4% (m/m); kadar pengangguran akan meningkat kepada 3.6%. Kami mencadangkan anda supaya memberi perhatian kepada perbezaan nilai-nilai indikator yang sebenar dan yang diramalkan.

Mari kita pertimbangkan corak teknikal semasa untuk pasangan mata wang EUR/USD

  • Paras Sokongan: 1.11200, 1.10750, 1.10400
  • Paras Rintangan: 1.11700, 1.12000, 1.12500
  • market-news-eurusd-2019-10-31

    Untuk pasangan mata wang EUR/USD, sentimen bulis wujud. Instrumen perdagangan mencapai paras bulanan tertinggi. Buat masa ini, sebut harga EUR/USD sedang mengukuh berhampiran paras rintangan utama, 1.11700. Tanda 1.11200 adalah sokongan "cermin". Euro mempunyai potensi untuk pemulihan seterusnya. Indikator mengisyaratkan kuasa pembeli:

    • - Harga menjadi tetap di atas 50 MA dan 100 MA;
    • - Histogram MACD berada dalam zon positif dan terus menaik.

    Kami mencadangkan anda untuk membuka kedudukan dari paras-paras utama.

    Jika statistik dari AS ternyata lemah, kami menjangkakan pertumbuhan sebut harga EUR/USD yang seterusnya. Pergerakan cenderung ke arah 1.12200-1.12600.

    Alternatif lain adalah penurunan dalam pasangan mata wang EUR/USD kepada 1.10800-1.10500.

    Pengesahan dan titik kemasukan pasaran perlu dilihat pada rangka masa yang lebih rendah. Apabila menjejak kedudukan, kami mencadangkan penggunaan “trailing stop.”

    by JustMarkets, 2019.11.01

    Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

    Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi