Justmarkets | JUST COMFORTABLE TRADING

Pelabur Menunggu Data Pasaran Buruh AS

Dalam sesi terkini, dolar AS telah menunjukkan pelbagai trend berbanding pesaing-pesaing utamanya. Indeks dolar (#DX) berada dalam trend sisi (97.10-97.70). Pelabur masih berasa bimbang tentang peningkatan mendadak dalam bilangan individu dijangkiti COVID-19 yang boleh menyebabkan kerosakan lebih besar terhadap ekonomi global. Baru-baru ini, jumlah bilangan individu yang dijangkiti telah mencecah 10.5 juta. Wakil-wakil bank pusat telah mengumumkan hasrat mereka untuk mengambil lebih banyak langkah bagi mengekalkan aktiviti ekonomi. Pada masa yang sama, siaran ekonomi terbaru menunjukkan pemulihan ekonomi global secara beransur-ansur. Kebanyakan indeks saham telah mendapatkan semula sebahagian besar kerugian.

dx-2020-07-01
Sumber: finviz.com

Buat masa ini, ahli pasaran kewangan mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum penerbitan laporan pasaran buruh AS bagi bulan Jun, pada hari Khamis, 2 Julai. Statistik-statistik ini boleh memberi impak ketara terhadap dinamik major mata wang.

Laporan terkini dari AS adalah samar-samar. Data awal daripada ADP menunjukkan peningkatan individu bekerja dalam sektor bukan pertanian negara sebanyak 2.369K, iaitu lebih rendah berbanding nilai ramalan pada tahap 3.000K. Indeks keyakinan pengguna naik kepada 98.1 berbanding jangkaan pasaran 91.8. PMI pembuatan naik mendadak kepada 52.6 daripada 43.1.

non-farm-2020-07-01
Sumber: tradingeconomics.com

Mari pertimbangkan pola teknikal semasa pasangan mata wang EUR/USD

  • Paras Sokongan: 1.1170, 1.1070, 1.0995
  • Paras Rintangan: 1.1285, 1.1345, 1.1415
  • mn-2020-07-01

    Pada masa ini, pasangan mata wang EUR/USD sedang mengukuh. Tiada trend tertentu. Buat masa ini, paras sokongan dan rintangan masing-masing adalah: 1.1170 dan 1.1285. Indikator tidak memberi isyarat yang tepat:

    • - Harga telah menjadi tetap antara 50 MA dan 100 MA;
    • - Histogram MACD telah mula menurun.

    Kami mencadangkan anda membuka kedudukan daripada paras-paras utama.

    Jika harga menjadi tetap di bawah paras sokongan 1.1170, kami menjangkakan penurunan dalam sebut harga EUR/USD. Pergerakan cenderung ke arah 1.1100-1.1050.

    Alternatif lain adalah pertumbuhan pasangan mata wang EUR/USD kepada 1.1345-1.1400.

    Pengesahan dan titik kemasukan pasaran perlu dilihat pada rangka masa yang lebih rendah. Apabila menjejak kedudukan, kami cadangkan penggunaan ‘trailing stop.’

    by JustMarkets, 2020.07.02

    Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

    Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi