Justmarkets | JUST COMFORTABLE TRADING

Pelabur Menunggu Data Pasaran Buruh AS

Sejak awal minggu ini, dolar AS telah kehilangan asasnya berbanding pesaing-pesaing utamanya. Indeks dolar (#DX) telah dikemas kini pada paras terendah tempatan dan mencapai 93.60. Para pelabur masih berasa bimbang tentang penularan virus COVID-19 yang semakin cepat. Buat masa ini, jumlah individu yang dijangkiti COVID-19 di seluruh dunia telah mencapai 34 juta. Ahli pasaran kewangan memberi tumpuan kepada perdebatan antara Presiden Donald Trump dan calon Demokratik, Joe Biden. Ia perlu diingat bahawa pilihan raya presiden AS telah dijadualkan pada 3 November 2020. Kami juga mencadangkan anda supaya mengikut maklumat terkini berkenaan rundingan dalam Kongres AS mengenai pakej langkah-langkah yang baharu untuk merangsang ekonomi berserta situasi berkenaan Brexit.

dx-finviz-2020-10-01
Sumber: finviz.com

Pada masa ini, ahli pasaran kewangan mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum penerbitan laporan pasaran buruh AS bagi bulan September pada hari Jumaat, 2 Oktober. Statistik-statistik ini mungkin memberi impak yang ketara ke atas dinamik major mata wang.

Laporan terkini dari AS agak optimistik. Data awal daripada ADP menunjukkan peningkatan dalam bilangan individu yang bekerja dalam sektor bukan pertanian negara sebanyak 749K, lebih tinggi berbanding nilai ramalan, 650K. Indeks keyakinan pengguna naik kepada 101.8 daripada 86.3. Pada masa yang sama, PMI pembuatan ISM menurun kepada 55.4 daripada 56.0.

non-farm-2020-10-01
Sumber: tradingeconomics.com

Mari kita pertimbangkan pola teknikal semasa bagi pasangan mata wang EUR/USD

  • Paras sokongan: 1.1700, 1.1675, 1.1615
  • Paras rintangan: 1.1770, 1.1845, 1.1900
  • mn-eurusd-2020-10-01

    Pada masa ini, pasangan mata wang EUR/USD sedang mengukuh. Tiada trend yang ditetapkan. Pasaran sokongan dan rintangan tempatan masing-masing adalah 1.1700 dan 1.1770. Indikator tidak memberi isyarat yang tepat:

    • - Harga telah menjadi tetap antara 50 MA dan 100 MA;
    • - Histogram MACD mula naik.

    Kami mencadangkan anda supaya membuka kedudukan dari paras-paras utama.

    Jika harga menjadi tetap di atas paras rintangan 1.1770, kami menjangkakan pemulihan selanjutnya dalam sebut harga EUR/USD. Pergerakan cenderung kepada 1.1820-1.1860.

    Alternatif lain ialah penurunan pasangan mata wang EUR/USD ke paras 1.1650-1.1610.

    Titik pengesahan dan kemasukan ke pasaran hendaklah dilihat pada rangka masa yang lebih rendah. Apabila menjejak kedudukan, kami mencadangkan penggunaan "trailing stop."

    by JustMarkets, 2020.10.02

    Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

    Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi