Justmarkets | JUST COMFORTABLE TRADING

Minit FOMC Akan Menentukan Sentimen Mata Wang Utama

Bermula dari pertengahan April, indeks dolar (#DX) telah menunjukkan trend menaik yang ketara. Dalam tempoh ini, dolar AS menjadi kukuh berbanding sekumpulan mata wang dunia sebanyak lebih daripada 4.5%. Buat masa ini, #DX sedang menguji paras tertinggi tahunan. Permintaan untuk mata wang AS masih tinggi di tengah-tengah kenaikan kadar hasil bon 10 tahun kerajaan AS. Indikator telah meningkat kepada paras tertinggi pada 2011 dan telah mencapai paras 3.12%.

Peristiwa utama dalam minggu perdagangan semasa adalah penerbitan minit mesyuarat FOMC pada 23 Mei (21:00 GMT+3:00). Laporan ini mempunyai impak ketara terhadap dinamik pasangan mata wang utama. Minit tersebut mendedahkan kedudukan Bank Negara AS dan beberapa wakil FOMC mengenai dasar monetari. Minit FOMC juga mengandungi maklumat mengenai peningkatan selanjutnya untuk kadar faedah utama Fed.

Perlu diingat semula yang tahun 2017, Fed telah menaikkan faedah utama sebanyak tiga kali. Pada tahun ini, Bank Pusat meramalkan kadar yang sama untuk mengetatkan dasar monetari. Pada masa yang sama, laporan ekonomi yang positif, peningkatan mendadak dalam kadar hasil bon kerajaan AS serta jangkaan inflasi yang optimistik memberi sebab kepada peningkatan agresif dalam kadar faedah. Sesetengah pakar mencadangkan yang pengawal selia mungkin meningkatkan kadar faedah sebanyak empat kali pada tahun ini.

US Fed Funds Rate
Sumber: tradingeconomics.com

Jika laporan FOMC membawa kepada ramalan ekonomi yang optimistik dan peningkatan kadar faedah yang lebih agresif, dolar AS akan terus kukuh berbanding mata wang utama lain.

Analisis data pertukaran CME (Chicago Mercantile Exchange) membenarkan paras opsyen faedah bagi pedagang-pedagang utama dibezakan untuk 04 Mei – 08 Jun:
  • Zon rintangan – 1.2150-1.2250
  • Zon sokongan – 1.1700-1.1800
  • Paras keseimbangan opsyen – 1.1975
EUR/USD Pattern

Buat masa ini, pasangan mata wang EUR/USD berada di bawah paras keseimbangan opsyen 1.1975, di mana ia menandakan sentimen bearis. Histogram MACD juga memberi isyarat kuasa penjual. Instrumen perdagangan adalah berpotensi cenderung untuk berkurang.

Jika harga menjadi tetap di bawah zon sokongan 1.1700-1.1800, sebut harga EUR/USD dijangka akan jatuh lagi. Matlamat terdekat ambil keuntungan adalah 1.16500.

Pilihan alternatif. Jika minit FOMC adalah pesimistik, pasangan mata wang EUR/USD mungkin menguji paras keseimbangan opsyen 1.1975.

Apabila menjejak kedudukan, gunakan trailing stop.

oleh JustMarkets, 22/05/2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi