Laporan Inflasi di AS Akan Menentukan Sentimen pada Mata Wang Utama

Pada minggu lepas, indeks dolar AS (#DX) beralih daripada tahap tertinggi tahunan dan bergerak ke arah penurunan. Konflik perdagangan antara AS dan China masih menjadi tumpuan orang ramai. AS mengenakan cukai tambahan bernilai $ 37 bilion ke atas barangan dari China. Donald Trump memaklumkan bahawa beliau boleh mengenakan tarif tambahan berjumlah $ 500 bilion sekiranya China mengambil tindakan balas.

Tekanan tambahan ke atas mata wang AS adalah disebabkan oleh laporan yang tidak jelas berkenaan pasaran buruh AS untuk bulan Jun. Dalam sektor bukan pertanian negara, 213,000 kerja baharu telah diwujudkan di mana ia lebih tinggi berbanding jangkaan pasaran sebanyak 200,000. Pada masa yang sana, pertumbuhan purata gaji sejam berkurang daripada 0.3% kepada 0.2%. Kadar pengangguran meningkat daripada 3.8% kepada 4.0%.

Pada masa ini, perhatian ahli pasaran kewangan bertumpu pada laporan inflasi di AS. Indeks asas harga pengguna menunjukkan perubahan dalam harga barangan dan perkhidmatan, kecuali makanan dan tenaga. Ini adalah cara utama untuk mengukur perubahan dalam trend pembelian dan inflasi dalam negara. Ia perlu diambil kira bahawa statistik ini boleh mempengaruhi penjajaran selanjutnya tenaga pada pasangan mata wang utama dan pandangan Fed terhadap peningkatan kadar faedah utama.

US Core Inflation Rate
Sumber: tradingeconomics.com

Pakar-pakar menjangkakan bahawa pada bulan Jun, inflasi pusat akan kekal pada paras yang sama, iaitu 0.2% (secara bulanan); dari segi tahunan, indikator akan meningkat daripada 2.2% kepada 2.3%. Kami mencadangkan anda untuk memberi perhatian kepada perbezaan antara nilai-nilai sebenar dan yang diramalkan.

Mari kita lihat corak teknikal semasa pasangan mata wang EUR/USD
  • Paras sokongan: 1.16500, 1.15500
  • Paras rintangan: 1.17500, 1.18250, 1.19400
EUR/USD Pattern

Pada masa ini, sebut harga EUR/USD sedang menguji paras rintangan tempatan pada 1.17500. Sokongan utama adalah 1.16500. Instrumen perdagangan telah bertindak dengan baik pada angka pembalikan klasik Triple bottom. Corak teknikal semasa menunjukkan pembetulan pasangan mata EUR/USD yang selanjutnya. Kami mencadangkan untuk membuka kedudukan daripada paras utama.

Jika harga menjadi tetap di atas 1.17500, pemulihan EUR/USD yang selanjutnya adalah dijangka. Sasaran paling dekat untuk mengunci keuntungan adalah paras rintangan 1.18250. Dalam jangka masa sederhana, instrumen perdagangan mungkin boleh mencapai 50.0%-61.8% zon pembetulan.

Pilihan alternatif. Jika harga menjadi tetap di bawah sokongan utama 1.16500, penting untuk mempertimbangkan jualan EUR/USD. Tahap sasaran pergerakan adalah 1.16000-1.15500.

Pengesahan dan titik kemasukan ke pasaran perlu dilihat pada jangka masa yang lebih rendah. Apabila mengikut kedudukan, penggunaan "trailing stop" adalah dicadangkan.

oleh JustMarkets, 12/07/2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi