Justmarkets | JUST COMFORTABLE TRADING

GBP Sedang Menguji Paras $1,31. Laporan Pasaran Buruh AS Menjadi Perhatian

Indeks USD menunjukkan trend positif. Sejak awal bulan, USD mengukuh berbanding sekumpulan mata wang lain sebanyak lebih daripada 0.75%. Indikator baru-baru ini menguji paras maksimum tahunan. Permintaan USD masih kekal disebabkan perkembangan dalam rundingan Washington/Beijing dan pertumbuhan kadar hasil bon Perbendaharaan AS.

dx-finviz-2019-03-07.png
Sumber: finviz.com

Paun British mula menurun selepas perhimpunan yang lama sejak pertengahan bulan Februari. Para pelabur mula mengekalkan kedudukan disebabkan keadaan yang tidak jelas berkenaan Brexit. Pada minggu ini, wakil parti Buruh mengatakan bahawa mereka tidak akan menyokong perjanjian yang dibuat oleh Theresa May dengan EU dan rundingan bersama Brussel «tidak menunjukkan kejayaan.» Sebut harga GBP/USD berada berhampiran paras minimum mingguan disebabkan perbincangan yang mencapai jalan buntu. Menurut Reuters, pakar-pakar meramalkan GBP boleh kehilangan sehingga 9% daripada nilai semasa terhadap USD dan mencapai paras $1.20 sekiranya Brexit disimpulkan tanpa perjanjian tersebut.

Ahli pasaran kewangan sedang menanti laporan Pasaran Buruh AS yang akan dikeluarkan pada 8 Mac, 15:30 (GMT+2:00). Laporan ini seharusnya memberi kesan terhadap dinamik dan keseimbangan kuasa pada pasangan mata wang utama. Laporan terkini AS agak positif, cth., pada bulan Februari, Indeks Kepercayaan Pelanggan mencapai 131.4 berbanding jangkaan 124.7. PMI bukan perindustrian meningkat daripada 56.7 kepada 59.7. Menurut ADP, bilangan pekerja dalam industri bukan pertanian adalah 183000 berbanding yang diramalkan iaitu, 189000.

us-non-farm-2019-03-07.png
Sumber: finviz.com

Pakar-pakar menjangkakan bahawa pada bulan Februari, bilangan pekerja bukan pertanian di AS akan berkurang daripada 304K kepada 180K. Tahap pengangguran juga seharusnya menurun daripada 4% kepada 3.9%. Pertumbuhan gaji purata seharusnya mencapai 0.3%. Anda perlu memerhatikan perbezaan antara data yang diramalkan dan data sebenar.

Gambaran Teknikal Semasa GBP/USD

  • Paras sokongan: 1.31000, 1.30000, 1.29350
  • Paras rintangan: 1.31850, 1.32650, 1.33500
  • market-news-2019-03-07.jpg

    GBP/USD sedang bergerak secara mendatar. Paras utama sokongan dan rintangan adalah 1.31000 dan 1.31850. Indikator tidak memberi isyarat yang tepat:

    • - 50 МА telah melintasi 200 МА;
    • - Histogram MACD berada dalam zon negatif.

    Anda seharusnya membuka kedudukan daripada paras-paras utama.

    Jika laporan pasaran buruh AS adalah positif, sila jangka bahawa sebut harga akan turun ke sekitar 1.30000.

    Secara alternatif, sebut harga boleh menjadi tetap di atas 1.31850, dan anda perlu mempertimbangkan untuk membeli GBP/USD. Harga akan bergerak ke arah 1.32500-1.33000.

    Pengesahan dan titik kemasukan ke pasaran akan terletak pada rangka masa yang lebih kecil. Gunakan ‘trailing stop’ apabila membuat kedudukan.

    JustMarkets, 2019.03.07

    Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

    Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi