Justmarkets | JUST COMFORTABLE TRADING

Bank Pusat Arab Saudi dan Ripple Menjadi Rakan Kongsi

Perbadanan Monetari Arab Saudi (Saudi Arabian Monetary Authority, SAMA), yang berfungsi sebagai bank pusat negara mula bekerjasama dengan Ripple. Pengawal selia berhasrat untuk menguji penyelesaian teknologi xCurrent daripada Ripple, di mana ia menjanjikan penambahbaikan infrastruktur pembayaran dan membolehkan pelaksanaan segera transaksi merentasi sempadan.

"Program perintis ini adalah yang pertama dilancarkan oleh Bank Pusat. Bank-bank yang terlibat [di dalam Kerajaan Arab Saudi] akan menggunakan xCurrent untuk pemindahan segera bayaran yang dihantar ke dalam dan ke luar negara dengan lebih telus dan kos yang lebih rendah," kata Ripple.

Sebagai balasan, SAMA akan memaklumkan institusi perbankan di negara ini berkenaan penggunaan teknologi xCurrent dalam aktiviti mereka. Perbadanan Monetari Arab Saudi adalah pengawal selia kedua selepas Bank England, yang telah melancarkan projek yang sama dengan kerjasama Ripple. Selain itu, perlu diingat bahawa Western Union pada baru-baru ini telah mula menguji pembayaran berdasarkan penyelesaian teknologi dari Ripple.

Teknologi ‘blockchain’ menjadi satu kelaziman dalam bidang perbankan. Setakat ini, ia masih tidak diketahui dengan tepat bagaimana Bank Pusat Arab Saudi akan menggunakan Ripple. Mungkin ia akan membangunkan penyelesaian inovatifnya sendiri berdasarkan xCurrent.

oleh JustMarkets, 16/02/2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi