Justmarkets | JUST COMFORTABLE TRADING

Pihak Berkuasa Thailand Akan Mengawal Mata Wang Kripto

Ketua Bank Pusat Thailand, Veerathai Santiprabhob melaporkan perkembangan undang-undang mengenai peraturan menyeluruh mata wang kripto. Langkah-langkah ini adalah penting, terutama sekali untuk mengelak daripada pengubahan wang haram, pelepasan cukai dan penipuan.

Rang undang-undang akan menentukan peraturan untuk mengawal mata wang digital, prosedur untuk menjalankan ICO serta peranan semua ahli pasaran: pedagang, orang tengah, saham dan platform perdagangan. Jabatan Hasil Thailand juga akan mempertimbangkan pengenalan cukai sebanyak 10% untuk pendapatan daripada perdagangan mata wang kripto.

Ketua Bank Pusat menambah bahawa undang-undang baharu dijangka akan siap dalam masa sebulan. Di bawah peraturan baru, mata wang kripto akan diklasifikasikan sebagai aset digital, bukan mata wang, bermaksud Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Thailand (Securities and Exchange Commission of Thailand, SEC) akan mengawal pasaran kripto.

"Saya bersetuju dengan Kementerian Kewangan [pendapat] untuk membiarkan SEC menjadi satu-satunya organisasi yang mentadbir aset digital, ini kerana ia telah menyelia keselamatan dan mempunyai kefahaman yang mendalam mengenai aset digital," kata bekas Menteri Kewangan Thailand, Korn Chatikavanij.

Secara umumnya, pengenalan undang-undang baharu adalah berita positif untuk pasaran mata wang kripto disebabkan kerajaan Thailand tidak melarang perdagangan kripto, sebaliknya membuat kemajuan mengenainya. Walau bagaimanapun, ia masih tidak diketahui dengan tepat bagaimana undang-undang itu akan dilaksanakan. Jadi, pastikan anda kekal berhubung untuk maklumat mengenai isu ini.

oleh JustMarkets, 15.03.2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi