Bank Thailand Telah Membenarkan Bank-Bank Komersial Berurusan dengan Mata Wang Kripto

Bank Thailand telah membenarkan bank komersial tempatan untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti mata wang kripto dengan syarat bank-bank ini akan mendapatkan kebenaran daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Thailand (SEC).

Menurut set peraturan yang telah dikeluarkan, kini bank-bank komersial dan institusi-institusi kewangan di Thailand serta syarikat subsidiari mereka, seperti pengurus aset, broker dan syarikat insurans, dll., adalah dibenarkan untuk melabur dalam kripto dan mengeluarkan token digital dalam kes-kes tertentu, tetapi pada masa yang sama, mereka perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu yang disenaraikan di dalam set.

Seterusnya, syarikat-syarikat subsidiari akan dibolehkan berdagang mata wang kripto dan juga dapat mengeluarkan token digital jika mereka diberi kebenaran oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Thailand (SEC) bagi broker atau Pejabat Thailand untuk Suruhanjaya Insurans (OIC) bagi syarikat-syarikat insurans. Syarikat subsidiari baharu yang ditubuhkan untuk melabur dalam kripto akan perlu memohon kebenaran daripada Bank Thailand.

Bank-bank komersial dan syarikat-syarikat kewangan Thailand adalah dilarang daripada membuat sebarang urus niaga mata wang kripto yang berkaitan dengan pelanggan atau mengeluarkan token digital. Selain itu, semua aktiviti mesti tertakluk kepada "pengurusan risiko yang ketat". Tetapi mereka berhak untuk menasihatkan klien tentang melabur dalam mata wang digital.

Walau bagaimanapun, fakta dan syarat-syarat baharu ini harus dianggap sebagai peningkatan berhubung dengan pasaran kripto. Malah, baru-baru ini, pada bulan Februari tahun ini, Bank Negara Thailand telah mengharamkan syarikat-syarikat kewangan dari melabur dan berdagang dengan mata wang kripto. Jadi, kita boleh katakan yang Thailand telah bergerak ke arah membenarkan kripto.

oleh JustMarkets, 08/08/2018

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi