Justmarkets | JUST COMFORTABLE TRADING

Kami Menanti Statistik Buruh dari AS

Dolar AS telah menjadi stabil berbanding mata wang dunia yang lain selepas kejatuhan ketara sejak akhir bulan Mei. Pada masa ini, indeks dolar (#DX) berada dalam trend sisi. Julat perdagangan utama ialah 96.80-97.30. Dolar AS masih berada dalam tekanan di tengah-tengah peningkatan prospek untuk menurunkan kadar faedah oleh Fed dalam tahun ini. Wakil Bank Pusat berasa bimbang tentang inflasi yang rendah serta konflik yang semakin meruncing dalam dunia perdagangan. Pengerusi Fed, Jerome Powell berkata yang pengawal selia sedang mengikuti pertikaian negara-negara lain dengan teliti, dan bersedia untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang stabil. Mengikut kepada CME FedWatch Tool, lebih daripada 55% ahli pasaran kewangan percaya yang Fed mungkin mengurangkan julat kadar faedah utama semasa mesyuarat pada 31 Julai.

finviz-dx-2019-06-06
Sumber: finviz.com

Pada masa ini, para pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum penerbitan laporan pasaran buruh AS bulan Mei pada hari Jumaat, 07 Jun. Statistik ini boleh memberi kesan kepada pendapat Fed berkenaan dasar monetari selanjutnya.

Laporan terbaru dari AS adalah samar-samar. Data awal daripada ADP menunjukkan penurunan bilangan individu yang bekerja dalam sektor bukan pertanian negara kepada 27K, lebih rendah berbanding nilai yang diramalkan, iaitu 180K. Pada masa yang sama, PMI bukan pembuatan ISM meningkat daripada 55.5 kepada 56.9. Indeks keyakinan pengguna meningkat kepada 134.1 berbanding jangkaan pasaran pada 130.1.

us-nonfarm-2019-06-06
Sumber: tradingeconomics.com

Pakar-pakar menjangkakan data yang bercampur pada pasaran buruh: bilangan individu yang bekerja dalam sektor bukan pertanian AS akan menurun kepada 185,000; pertumbuhan purata pendapatan sejam akan menjadi 0.3% (m/m) berbanding nilai sebelumnya 0.2% (m/m); kadar pengangguran akan kekal pada paras yang sama, iaitu 3.6%. Kami mencadangkan anda supaya memberi perhatian kepada perbezaan nilai-nilai sebenar dan yang diramalkan.

Mari kita pertimbangkan corak teknikal semasa pasangan mata wang USD/JPY

  • Paras sokongan: 107.850, 107.400, 107.000
  • Paras rintangan: 108.500, 109.000, 109.750
  • market-news-usdjpy-2019-06-06.jpg

    Pada masa ini, pasangan mata wang USD/JPY sedang mengukuh selepas kejatuhan yang berterusan. Corak teknikal adalah samar-samar. Instrumen perdagangan sedang menguji paras utama sokongan dan rintangan: masing-masing pada 107.850 dan 108.500. Isyarat-isyarat indikator adalah berbeza:

    • - harga telah menjadi tetap di bawah 50 MA dan 100 MA;
    • - histogram MACD terus menaik.

    Kami mencadangkan anda membuka kedudukan daripada paras-paras utama.

    Jika statistik dari AS ternyata lemah, kami menjangkakan kejatuhan seterusnya dalam sebut harga USD/JPY. Pergerakan cenderung ke arah 107.300-107.000.

    Alternatif lain ialah pemulihan pasangan mata wang USD/JPY kepada paras 109.000.

    Pengesahan dan titik kemasukan ke pasaran hendaklah dilihat pada rangka masa yang lebih rendah. Apabila menjejak kedudukan, kami mencadangkan penggunaan trailing stop.

    JustMarkets, 07/06/2019

    Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

    Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi