Justmarkets | JUST COMFORTABLE TRADING

Mesyuarat Fed Menjadi Tumpuan Perhatian

Suapan berita akan dipenuhi dengan banyak peristiwa dalam minggu perdagangan ini. Bank-Bank Pusat terkemuka akan membuat keputusan mengenai dasar monetari selanjutnya. Siaran-siaran ekonomi yang penting juga akan dikeluarkan. Pelabur-pelabur terus memantau rundingan dagangan antara Washington dan Beijing, proses Brexit dan situasi dalam pasaran minyak selepas serangan di Arab Saudi. Buat masa ini, indeks dolar (#DX) sedang mengukuh berhampiran paras terendah bulanan. Ahli pasaran kewangan telah mengambil sikap tunggu dan lihat.

dx-2019-09-16
Sumber: finviz.com

Peristiwa penting adalah mesyuarat Fed yang dijadualkan pada 18 September. Sebelum ini, Donald Trump berkali-kali mengkritik Bank Pusat kerana dasar "dolar kukuh" dan mengehendaki kitaran yang lama dan agresif bagi mengurangkan kadar faedah. Laporan-laporan ekonomi terkini dari AS adalah samar-samar. Dolar AS berada dalam tekanan disebabkan kelembapan pertumbuhan ekonomi global serta songsangan keluk hasil bon kerajaan AS.

dx-2019-09-05.png
Sumber: cmegroup.com

Kebanyakan pakar bersetuju yang Fed akan menurunkan julat kadar faedah utama sebanyak 25 mata asas kepada 1.75%-2.00%. Kami mencadangkan anda supaya memberi perhatian kepada komen-komen yang dibuat oleh wakil-wakil Bank Pusat serta kemas kini ramalan ekonomi. Wakil-wakil Fed mungkin menunjukkan pelarasan tambahan bagi kadar dasar monetari.

Mari pertimbangkan corak teknikal semasa bagi pasangan mata wang USD/JPY

  • Paras Sokongan: 107.450, 106.650, 105.750
  • Paras Rintangan: 108.250, 108.800, 109.250
marketnews-usdjpy-2019-09-16

Pasangan mata wang USD/JPY menjadi stabil selepas peningkatan yang ketara sejak awal bulan ini. Instrumen perdagangan sedang mengukuh. Buat masa ini, paras sokongan dan rintangan masing-masing adalah 107.450 dan 108.250. Permintaan untuk mata wang "safe haven" telah disambung semula disebabkan situasi yang tegang di Timur Tengah. Indikator-indikator tidak memberi isyarat yang tepat:

  • - Harga mengukuh berhampiran 50 MA;
  • - Histogram MACD berada dalam zon positif, tetapi telah mula menurun.

Kami mencadangkan anda supaya membuka kedudukan daripada paras-paras utama.

Sekiranya Fed mengeluarkan ramalan ekonomi yang lemah dan menandakan penurunan kadar yang agresif dalam kadar faedah, anda perlu melihat titik kemasukan ke pasaran untuk membuka kedudukan pendek. Matlamat segera untuk ambil keuntungan adalah paras sokongan "cermin" 106.650.

Alternatif lain adalah peningkatan sebut harga USD/JPY kepada 108.800-109.250.

Apabila menjejak kedudukan, seseorang hendaklah menggunakan "trailing stop."

by JustMarkets, 2019.09.17

Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi