Justmarkets | JUST COMFORTABLE TRADING

Statistik Buruh AS bagi Bulan Mei Menjadi Tumpuan Perhatian

Dolar AS menunjukkan trend negatif berbanding pesaing-pesaing utamanya. Indeks dolar (#DX) telah mencapai paras terendah selama tiga bulan. Permintaan aset berisiko telah meningkat dengan ketara di tengah-tengah penarikan sekatan secara perlahan-lahan dan harapan untuk pemulihan ekonomi global di seluruh dunia. Mata wang AS berada dalam tekanan disebabkan bantahan besar-besaran dan gangguan di seluruh Amerika Syarikat. Ahli pasaran kewangan juga memantau perkembangan selanjutnya konflik antara Washington dan Beijing.

dx-finviz-2020-06-04
Sumber: finviz.com

Pada masa ini, pelabur telah mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum penerbitan laporan pasaran buruh AS bagi bulan Mei pada hari Jumaat, 05 Jun. Statistik-statistik ini mungkin memberi impak terhadap penjajaran selanjutnya kuasa pada major mata wang.

Laporan terkini dari AS adalah samar-samar. Data awal daripada ADP menunjukkan penurunan dalam bilangan individu yang bekerja dalam sektor bukan pertanian negara sebanyak 2760K, iaitu agak tinggi berbanding nilai ramalan -9000K. PMI bukan pembuatan ISM naik kepada 45.4 daripada 41.8. Pada masa yang sama, indeks keyakinan pengguna dikira pada 86.6 berbanding jangkaan pasaran, 88.0.

us-nonfarm-2020-06-04
Sumber: tradingeconomics.com

Pakar-pakar menjangkakan laporan yang agak pesimistik berkenaan pasaran buruh: bilangan individu yang bekerja dalam sektor bukan pertanian AS akan menurun sebanyak 8 juta; pertumbuhan purata pendapatan setiap jam akan menurun daripada 4.7% (m/m) kepada 1.0% (m/m); kadar pengangguran akan meningkat daripada 14.7% kepada 19.8%. Kami mencadangkan anda supaya memberi perhatian kepada perbezaan antara nilai-nilai sebenar dan ramalan.

Mari pertimbangkan pola teknikal semasa pasangan mata wang USD/JPY

  • Paras Sokongan: 108.70, 108.40, 107.90
  • Paras Rintangan: 109.15, 109.50, 110.00
  • mn-2020-06-04

    Sentimen bulis wujud pada pasangan mata wang USD/JPY. Pada masa ini, instrumen perdagangan stabil. Sebut harga USD/JPY mengukuh. Pasaran sokongan dan rintangan tempatan masing-masing adalah 108.70 dan 109.15. Indikator memberi isyarat kuasa pembeli:

    • - Harga telah menjadi tetap di atas 100 MA;
    • - Histogram MACD berada dalam zon positif.

    Walau bagaimanapun, kami mencadangkan anda supaya membuka kedudukan daripada paras-paras utama.

    Jika harga ditetapkan di atas 109.15, kami menjangkakan pertumbuhan selanjutnya bagi sebut harga USD/JPY. Pergerakan cenderung ke arah paras 110.00.

    Alternatif lain adalah penurunan dalam pasangan mata wang USD/JPY kepada 108.40-108.00.

    Apabila menjejak kedudukan, kami mencadangkan penggunaan ‘trailing stop.’

    by JustMarkets, 2020.06.05

    Artikel ini menggambarkan pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan, dan/atau tawaran, dan/atau permintaan berterusan untuk melakukan urus niaga kewangan, dan/atau jaminan, dan/atau ramalan untuk peristiwa-peristiwa akan datang.

    Buka Akaun

Dapatkan Analisis Percuma

* ruang yang diperlukan
Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi