Justmarkets | JUST COMFORTABLE TRADING

Cara Mencipta Pelan Perdagangan untuk Forex

Pengenalan

Benjamin Franklin berkata, "Gagal membuat persiapan bermaksud sedang bersedia untuk gagal.” Kata-kata ini sememangnya benar terutamanya apabila berkaitan dunia kewangan. Untuk berjaya dalam pasaran forex, seseorang perlu menetapkan matlamat yang tepat dan membina satu peta jalan yang holistik untuk mencapai matlamat tersebut. Berbuat demikian bukan sahaja memerlukan masa, bahkan pengetahuan dan disiplin yang tinggi. Untuk menjadikan perjalanan anda lebih mudah, kami telah mengumpulkan beberapa cadangan penting tentang cara untuk membina pelan pelaburan forex yang baik.

Untuk berjaya dalam pasaran forex, seseorang perlu menetapkan matlamat dan membina perancangan yang holistik untuk mencapai matlamat tersebut.

Apa itu Pelan Perdagangan Forex?

Pelan boleh didefinisikan sebagai langkah-langkah berstruktur dengan tempoh akhir yang telah dirancang untuk mencapai sesuatu objektif. Dan tidak banyak perbezaan antara panduan perdagangan forex dengan skema tindakan yang lain, kecuali ia bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari perdagangan mata wang. Satu pelan yang baik harus menjawab persoalan tentang apa, bila dan bagaimana. Jadi semasa membuat panduan perdagangan peribadi anda, jangan lupa untuk bertanya diri sendiri tentang soalan-soalan berikut. Apa yang ingin saya capai? Bila saya perlukan selesaikan sesuatu perkara? Dan, yang terakhir, bagaimana cara untuk saya boleh mencapai perkara yang saya mahukan?

Kenapa Anda Perlukan Pelan?

Sekiranya anda masih tidak pasti sama ada anda perlu meluangkan masa dalam membuat persiapan untuk aktiviti perdagangan anda, kami berharap 9 hujah ini dapat meyakinkan anda:

  • Pelan memudahkan perdagangan dari sudut praktikal dan psikologi. Ia menjadi lebih sukar untuk tunduk kepada dorongan yang tidak rasional dan membuat kesilapan jika anda mempunyai panduan.
  • Persiapan membantu dalam menjangkakan cabaran yang mungkin akan menghalang dan seterusnya mencari jalan penyelesaian sebelum cabaran ini muncul. Skema tindakan yang di draf dengan baik mendorong anda untuk berfikir, "Apa yang saya akan lakukan sekiranya sesuatu berlaku?"
  • Tiada matlamat tanpa tempoh akhir. Pelan yang teratur bukan sahaja membantu merumuskan pencapaian anda, tetapi menentukan rangka masa untuk setiap langkah.
  • Sekiranya anda gagal ketika strategi dicatatkan, ia menjadi lebih mudah untuk menganalisis kesalahan anda dan membuat pembetulan. Sekiranya anda tidak mempunyai strategi, sukar untuk mencari punca masalah tersebut.
  • Ia menjadi lebih mudah untuk menilai prestasi anda berdasarkan pelan sendiri. Merujuk kepada senarai perkara yang telah anda lakukan, anda dapat menyatakan perkara yang telah dijalankan dengan baik dan apa yang boleh dilakukan dengan lebih baik lagi.
  • Perancangan membantu membina disiplin kendiri dan membuat sedikit kesilapan. Mereka yang mengabaikan peringkat persediaan cenderung untuk menjadi lebih kurang teratur dan kurang tegas dalam usaha untuk mencapai sesuatu.
  • Proses perancangan mendorong seseorang itu untuk berfikir di luar kotak dan membuahkan idea-idea baru. Berfikir melangkaui masa hadapan memerlukan kreativiti. Dalam mencari jawapan kepada soalan “bagaimana” akan membawa anda kepada idea-idea yang inovatif.
  • Mempunyai strategi yang dirancang dengan baik meletakkan anda pada kedudukan di mana sebarang kesilapan boleh diperbetulkan dengan mudah dan dengan kerugian yang minimum. Walaupun anda tersadung, anda akan bangkit dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak mempunyai pelan.
  • Dan yang terakhir, mungkin ini terlalu ketara, tetapi kami tetap ingin menyatakannya: jika anda patuh kepada strategi yang baik, kebarangkalian untuk gagal akan berkurang dengan banyak.

Panduan Pelan Perdagangan

Pertama sekali, pelan harus ditulis. Sekiranya anda mempunyai panduan dalam bentuk idea abstrak, ia hampir sama buruk dengan tidak mempunyai panduan sama sekali. Maka, buat satu fail dalam komputer anda di mana anda menyimpan semua skema perdagangan anda.

Terdapat beberapa elemen penting yang anda perlu sertakan dalam pelan. Perkara paling penting adalah matlamat anda. Ingat, perkara pertama yang anda perlu tanya pada diri sendiri adalah, “Apa yang saya ingin kecapi?” Jawapan kepada soalan ini akan menjadi sumber motivasi anda dan membantu anda untuk kekal di landasan yang betul.

Kedua, anda perlu menentukan saiz pelaburan anda dan risiko yang anda sanggup ambil seimbang dengan dana anda. Katakan anda tetapkan pelaburan pada 2%. Jadi, jika anda berdagang $1000, senario terburuk bagi anda adalah anda kehilangan $20.

Perkara penting lain yang anda perlu sertakan dalam pelan perdagangan adalah alat analisis. Ia membantu sekiranya anda memikirkan terlebih dahulu tentang cara anda akan menganalisis isyarat perdagangan dan penunjuk teknikal yang akan anda gunakan. Analisis pasaran secara holistik membantu anda mengurangkan kerugian atau meramalkan tindakan harga.

Anda juga patut sertakan isyarat masuk dan keluar pasaran. Ia satu idea yang buruk untuk masuk dan keluar perdagangan secara rawak. Jika anda tidak meramalkan keadaan untuk anda masuk dan keluar dari perdagangan, anda mungkin akan mengalami kerugian atau sekurang-kurangnya mendapat keuntungan yang sedikit dari yang sepatutnya jika anda menyelesaikan perancangan anda.

Tidak kurang pentingnya adalah menentukan paras henti. Penetapan ini akan mengelakkan anda dari kerugian berlebihan dan membolehkan anda mendapat keuntungan yang lebih besar dari perdagangan anda.

"Pelan baik yang dilaksanakan hari ini adalah lebih baik dari pelan hebat yang dilaksanakan esok." George S. Patton

Tip Pelan Perdagangan

  • Tulis pelan anda supaya ia tidak kelihatan terlalu abstrak dan mudah untuk dikaji semula dan diikuti.
  • Pastikan matlamat anda jelas dan realistik kerana ia hanya akan memberi kekecewaan dalam menggapai sesuatu yang tidak boleh dicapai.
  • Pelan tidak boleh statik. Keadaan pasaran yang paling boleh diramalkan juga tidak dapat menjamin yang pendekatan anda tidak memerlukan perubahan mengikut persekitaran pasaran. Sentiasa kaji semula dan sesuaikan panduan anda berdasarkan keadaan pasaran.
  • Tentukan perkara dalam strategi anda yang tidak boleh diubah walau dalam apa keadaan sekalipun. Walaupun pasaran tidak stabil dan anda harus menyesuaikannya, mesti ada strategi utama yang tidak akan berubah sama sekali.
  • "Pelan baik yang dilaksanakan hari ini adalah lebih baik dari pelan hebat yang dilaksanakan esok." Kata-kata daripada George S. Patton. Jika anda rasa yang anda sudah lama mencipta strategi dan ia masih lagi jauh dari kesempurnaan, hentikannya dan cuba uji strategi yang anda ada. Jika anda tidak pasti, cuba pada pelaburan yang lebih kecil. Jangan jadikan persediaan anda yang tidak berpenghujung itu sebagai alasan untuk menunda perdagangan anda.
  • Cari contoh pelan perdagangan, tetapi jangan tiru orang lain. Walaupun mereka katakan ia berfungsi untuk mereka, tidak bermaksud ia akan berfungsi untuk anda. Persediaan yang baik adalah berdasarkan matlamat peribadi anda, bukannya matlamat orang lain. Dengan itu, perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah dengan melihat contoh pelan perdagangan secara teliti, tapis perkara yang anda boleh gunakan untuk diri sendiri, tetapi jangan ulang kesemuanya secara membuta tuli.
  • Analisis prestasi anda. Catatkan keputusan anda pada setiap penutupan hari perdagangan. Jika hasilnya lebih teruk berbanding yang anda jangkakan, tanya diri sendiri tentang perkara yang anda boleh lakukan untuk memperbaikinya.

Uji strategi anda bersama JustMarkets

Berusaha dalam memberi pengalaman perdagangan yang terbaik, JustMarkets menawarkan syarat-syarat yang menarik, termasuk spread yang kecil, peluang leveraj yang tinggi, dan komisen pengeluaran 0%. Buka akaun dan laksanakan pelan perdagangan forex anda dengan syarat yang paling menguntungkan.

Langgan buletin harian kami untuk sentiasa menerima maklumat tentang berita ekonomi utama dan data teknikal.

Uji strategi anda bersama JustMarkets

Secara statistiknya, hanya sebilangan kecil pedagang forex yang mempunyai pelan. Malah, mereka yang mempunyai pelan juga gagal untuk mengikutinya. Inilah sebabnya ramai orang mengalami kerugian wang, dan inilah sebabnya pasaran kewangan menjadi sesuatu yang mengaibkan dalam kebanyakan masyarakat. Sebaliknya, pedagang yang berjaya mengatakan ia disebabkan panduan perdagangan yang dibuat dengan baik.

Pelan yang baik wujud dalam bentuk penulisan yang mempunyai matlamat dan objektif yang jelas serta tarikh akhir untuk setiap langkah. Ia boleh dan harus disesuaikan mengikut situasi semasa pasaran. Mengikut peta jalan yang terperinci dapat menyelamatkan anda dari banyak kesilapan perdagangan dan membawa anda kepada pendapatan yang lebih tinggi.

oleh JustMarkets, 02/06/2021

Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi