Konsep pasangan mata wang adalah perkara yang membuatkan pasaran forex berbeza dengan pasaran kewangan yang lain. Di sinilah kita bercakap tentang membeli atau menjual satu mata wang dengan harga mata wang yang lain. Setiap pasangan mempunyai struktur di mana satu mata wang berperanan sebagai duit, dan satu mata wang lagi bertindak sebagai produk komoditi. Semua operasi perdagangan ini boleh berlaku disebabkan pengukuhan satu mata wang dan pelemahan mata wang yang lain, membolehkan pedagang mendapat keuntungan daripada turun naik kadar. Setiap pedagang terdedah kepada dua mata wang berbeza dan di sinilah bahagian menarik bermula; banyak peluang menguntungkan dengan adanya cara untuk mengukur kekuatan satu mata wang berbanding mata wang yang lain. Meter kekuatan mata wang memberikan maklumat berharga untuk membuat keputusan perdagangan yang dapat menghindari risiko.

Setiap pedagang terdedah kepada dua mata wang berbeza dan di sinilah bahagian menarik bermula; banyak peluang menguntungkan dengan adanya cara untuk mengukur kekuatan satu mata wang berbanding mata wang yang lain.

Apa itu Meter Kekuatan Mata Wang (Currency Strength Meter - CSM)?

Sebagai seorang pedagang, anda harus tahu mata wang yang mengukuh atau lemah untuk memperoleh peluang perdagangan yang menguntungkan. Di sini terdapat panduan visual yang berguna dipanggil meter kekuatan mata wang yang kebiasaannya digunakan di platform perdagangan seperti MT4, MT5, atau platform lain yang menyokong alat direka khas ini. Untuk mencipta data yang tepat dan komposit, penunjuk alat ini menggunakan perbezaan kadar pertukaran pasangan mata wang yang ada untuk urusan jual beli. Anda sudah tahu tentang penunjuk teknikal yang menunjukkan keadaan semasa pasaran, jadi ia lebih kepada memberitahu anda bila anda patut bertindak. Apabila berkaitan dengan meter kekuatan mata wang, pedagang dengan mudah dapat mengetahui mata wang yang berbaloi untuk diberi perhatian.

Sebagai contoh, meter kekuatan mata wang mengukur kekuatan semua mata wang yang berpasangan dengan dolar Amerika untuk menentukan kekuatan dolar Amerika dan seterusnya mengumpulkan ukuran tersebut untuk menentukan nilai dolar Amerika.

Salah satu keadaan pasaran yang standard adalah apabila terdapat mata wang yang kuat, ia mungkin terus meningkat keesokannya dan mata wang yang lemah akan terus jatuh untuk keesokannya. Bagaimana kita boleh membuat keputusan yang mendatangkan keuntungan di sini? Jika wujud peluang untuk menggabungkan mata wang yang kuat dengan lemah, pedagang boleh menambah satu lagi strategi perdagangan yang lengkap dalam koleksi mereka dengan pendekatan ini.

Mari bayangkan yang paun British menaik berbanding semua utama (mata wang utama) dan dolar Amerika jatuh berbanding mata wang lain, jadi pedagang forex berkemungkinan akan mempertimbangkan untuk membeli pasangan mata wang GBP/USD dan memperolehi keuntungan dari mata wang asas yang sedang menaik (paun British) dan kejatuhan mata wang yang disebut harga (dolar Amerika).

Tiada keperluan untuk mata wang yang naik atau turun berbanding semua mata wang lain yang ada dalam pasaran untuk dianggap sebagai mata wang yang kuat atau lemah. Sekiranya mata wang meningkat berbanding mata wang utama, ia lebih daripada cukup untuk menggambarkannya sebagai mata wang yang kuat. Begitu juga, jika ia jatuh berbanding mata wang utama, ia masih boleh dianggap sebagai mata wang yang lemah. Jadi, wujud peluang bagi pedagang untuk memadankan mata wang ini untuk menjalankan operasi perdagangan dengan peluang yang cukup baik untuk menutup perdagangan dengan keuntungan.

Bagaimana ia Berfungsi?

Perkara yang harus anda ingat mengenai bekerja dengan alat ini adalah rangka masa itu penting. Satu mata wang yang sama boleh menjadi kuat dan lemah pada rangka masa yang berbeza (dari satu minit hingga satu bulan). Jadi, penting untuk mengambil kira rangka masa yang anda gunakan ketika berdagang apabila memilih mata wang. Sebagai contoh, kekuatan dolar Kanada mungkin tinggi pada rangka masa hari ini, tetapi dalam kes analisis bulanan, ia boleh menjadi antara yang terlemah dalam senarai. Meter kekuatan mata wang forex dianggap membantu dalam langkah-langkah kecil harian untuk membuka kedudukan pendek, tetapi ia kebiasaannya lebih baik untuk meluaskan peluang perdagangan anda dan memilih perdagangan panjang.

Anda lihat, keputusan perdagangan yang dibuat pada rangka masa yang lebih tinggi seperti W (satu minggu) atau MN (satu bulan) boleh menjadi lebih pasti dan tepat. Anda harus ingat bahawa ada pelbagai jenis berita yang boleh menyebabkan ketidakstabilan dan kecelaruan pedagang dalam perdagangan mereka dengan menyebabkan gangguan sementara ini. Ya, kata utama di sini adalah “sementara”. Pokoknya adalah lebih baik meluaskan perspektif anda kerana terdapat banyak faktor yang boleh merosakkan kekuatan mata wang dalam rangka masa yang lebih rendah, manakala rangka masa lebih tinggi akan membawa keseimbangan dalam proses membuat keputusan.

Jika anda mahu elakkan kekeliruan, disarankan untuk kekal di rangka masa tertentu yang memenuhi keperluan perdagangan anda dan selari dengan gaya anda. Pedagang jangka pendek menjalankan operasi mereka menggunakan rangka masa 30-minit dan 1-jam, manakala mereka yang berpegang kepada aktiviti perdagangan jangka masa panjang menganggap rangka masa harian adalah lebih berguna. Walau bagaimanapun, tiada rangka masa khusus yang lebih atau kurang untungnya untuk perdagangan. Ia selalu bergantung kepada strategi dan beban kerja anda (jika perdagangan bukan sumber pendapatan utama anda).

Jangan mulakan perdagangan dengan dua mata wang yang kuat atau lemah dalam masa yang sama.

Katakanlah sesetengah mata wang ditandakan dengan warna hijau yang menunjukkan mata wang yang kuat, jadi perkara yang patut dibuat adalah memilih mata wang yang berwarna merah, melambangkan kelemahan mata wang ini. Oleh itu, pedagang mempunyai padanan antara mata wang yang kuat (hijau) dengan mata wang yang lemah (merah), membawa kepada pembelian mata wang hijau dan penjualan mata wang merah apabila pasaran memberi isyarat pembalikan atau pemecahan trend .

Currency Strength Meter

Kebanyakan meter kekuatan menyediakan sistem pengukurannya sendiri. Dalam kebanyakan kes, terdapat 0-10 ukuran kekuatan, jadi lebih dekat nombor tersebut kepada 10, semakin kuat mata wang tersebut. Ada kemungkinan juga nombor ini kurang dari 1.

Kebanyakan pedagang baharu menganggap CSM ini sebagai penyelesaian utama dan mengabaikan kepentingan analisis teknikal. Setiap perkara yang menentukan keputusan perdagangan anda adalah saling berkaitan. Alat ini boleh menunjukkan kepada anda jalan yang betul sekiranya anda menggabungkannya dengan penunjuk lain dan membuat analisis berdasarkan strategi anda memandangkan pasaran sangat tidak stabil dan situasi boleh berubah dalam sekelip mata. Pertimbangkan CSM sebagai asas kepada analisis anda, sebagai sesuatu yang anda boleh gunakan untuk memulakan perdagangan anda. Ia hanya membantu anda untuk menapis mata wang yang berbaloi untuk dianalisis berdasarkan rangka masa yang dipilih. Setelah anda menentukan mata wang pilihan, terdapat analisis carta dan pasaran yang menentukan jika ia berbaloi untuk didagangkan.

Pokoknya adalah lebih baik meluaskan perspektif anda kerana terdapat banyak faktor yang boleh merosakkan kekuatan mata wang dalam rangka masa yang lebih rendah, manakala rangka masa lebih tinggi akan membawa keseimbangan dalam proses membuat keputusan.

Terdapat banyak meter lebih maju yang analisis kekuatan mata wangnya adalah berdasarkan prestasi ekonomi dan data asas dalam formula mereka: ratusan ulasan ekonomi daripada ahli ekonomi berbeza telah dianalisis, menggunakan algoritma yang lebih canggih untuk mengenal pasti kekuatan mata wang berdasarkan potensi pertumbuhan atau kemelesetan ekonomi. Dari perspektif ini, ia menyediakan pedagang dengan maklumat bukan sahaja berdasarkan keadaan pasaran di masa lalu, malah membuka pintu kepada trend semasa dan akan datang yang mungkin mempengaruhi arah pasaran global. Pendekatan ini secara asasnya meningkatkan kebarangkalian perdagangan yang menguntungkan – tiada ruang untuk gagal dan ia membantu pedagang menjimatkan sejumlah besar masa mereka.

Mata Wang Kuat lwn. Lemah

Mengetahui mata wang mana yang lemah atau kuat adalah penting memandangkan ia menentukan keberuntungan aktiviti perdagangan anda. Seperti instrumen kewangan lain, mata wang cenderung membuat trend mengikut keadaan pasaran.

Terdapat sesetengah negara yang mempunyai mata wang yang kuat walaupun ketika ekonomi dunia tidak stabil disebabkan isu-isu politik, perubahan persekitaran, kekacauan orang ramai, wabak global, dll. Negara-negara tersebut dipanggil “safe haven” kerana kestabilan ekonomi dan politik, sama situasinya dengan mata wang mereka yang lebih cenderung untuk “kekal bertahan” pada masa-masa sukar.

Amerika Syarikat dianggap negara yang boleh menahan sebarang pergolakan global, jadi ia antara negara pertama yang disenaraikan sebagai “safe haven”; maka, mata wangnya kuat dan kurang berisiko untuk didagangkan. Bercakap mengenai alat yang dinyatakan di atas, kita faham bahawa mata wang yang lemah sama berharga dengan mata wang yang kuat dan dapat membawa anda ke puncak yang diinginkan jika anda membuat kerja rumah dan analisis pasaran A hingga Z untuk menjadi yang terbaik.

Kesimpulan Utama untuk Penggunaan Meter Kekuatan Mata Wang

Meter kekuatan mata wang sebagai penggalak perdagangan yang berjaya? Sentiasa ingat yang hubung kait antara mata wang sering berubah mengikut peristiwa dunia, dan ia boleh berlaku dengan sangat pantas. Jadi, mempertimbangkan prestasi mata wang di masa lalu sebagai alat untuk menilai hubung kaitnya adalah perkara sia-sia. Gunakan alat ini untuk menentukan maklumat berharga yang akan membantu anda mencari strategi yang memenuhi keperluan perdagangan anda dan meminimumkan risiko yang banyak dialami oleh mereka yang tidak menggunakan alat ini.

  • Jangan sesekali menggunakan meter kekuatan yang rawak. Seperti alat-alat yang lain, meter kekuatan mata wang menggunakan formula yang menentukan kekuatan/kelemahannya. Malangnya, terdapat banyak alat seperti ini, yang formulanya tidak standard dan hanya mengakses ciri-ciri teknikal. Sekiranya meter kekuatan ini tidak meliputi kriteria asas, ketepatan fungsi ramalannya boleh dianggap tidak penting.
  • Versi percuma alat ini menunjukkan keputusan dalam semua mata wang utama seperti USD, EUR, GBP, JPY, CAD, CHF, NZD, dan AUD. Walau bagaimanapun, anda boleh menjumpai meter kekuatan mata wang ini dengan mudah di atas talian. Ia merangkumi mata wang eksotik seperti TRY, HUF, HKD, dll. Perkara penting yang anda harus beri perhatian adalah alat CSM memberikan data yang lebih tepat untuk mata wang utama berbanding mata wang eksotik.

Kita harus faham bahawa mata wang yang lemah sama berharga dengan mata wang yang kuat dan dapat membawa anda ke puncak yang diinginkan jika anda membuat kerja rumah dan analisis pasaran A hingga Z untuk menjadi yang terbaik.

  • Penting untuk difahami bahawa meter kekuatan hanyalah alat teknikal, tidak lebih dari itu. Ia harus digunakan bersama dengan beberapa alat dan penunjuk yang lain. Anggap ini sebagai pengesahan atau pelengkap kepada keputusan yang anda dapat dari penunjuk perdagangan yang lain.
  • Kekuatan sesuatu mata wang harus dikira bertentangan dengan mata wang utama dalam forex. Dalam bahasa mudah, untuk membolehkan GBP mengukuh, ia harus kukuh berbanding USD, EUR, JPY, CAD, CHF, NZD, dan AUD. Ya, senario sebegini menunjukkan USD juga kuat berbanding mata wang lain yang kurang didagangkan.
  • Jangan lupa untuk meletakkan pesanan renti rugi dengan mempertimbangkan ketidaktentuannya. Jika anda tidak mengira purata pergerakan harga dalam rangka masa yang dipilih, kemungkinan besar pesanan renti rugi anda membawa anda keluar dari perdagangan sebelum ia sampai kepada had puratanya.
  • Alat ini tidak berkaitan dengan menghasilkan isyarat beli/jual. Anda harus menggali dengan lebih dalam sebelum anda membuat sebarang keputusan.

Kesimpulan

Ya, ia agak mencabar untuk memilih pasangan mata wang yang betul apabila terdapat banyak pilihan dalam pasaran forex. Tetapi sekali lagi, sebagai pencerahan untuk anda – meter kekuatan forex sangat membantu dalam perdagangan untuk tidak diendahkan. Alat ini sangat membantu terutamanya untuk pedagang baharu – tiada kepentingan untuk mereka menjadi pakar dalam dunia pertukaran wang asing, jadi mereka hanya pertimbangkan gambaran keseluruhan melalui grafik yang diberikan dan menilai mata wang yang kuat/lemah. Cara yang paling disarankan oleh pedagang profesional untuk menggunakan meter ini adalah sebagai pengesahan tambahan. Menentukan mata wang yang kuat dan lemah adalah langkah permulaan yang sangat penting. Selepas itu, keputusan anda untuk membeli atau menjual selalu bergantung kepada situasi semasa pasaran.

Inilah cara untuk anda tidak terlepas peluang membuat perdagangan yang berjaya tanpa meluangkan masa yang banyak untuk menganalisis carta dan pergerakan pasaran. Lakukan semua yang termampu untuk menggunakan alat ini dengan bijak dan semua yang ditawarkannya. Ya, anda sudah tahu caranya.