Justmarkets | JUST COMFORTABLE TRADING

Bagaimana cara untuk meningkatkan kemungkinan kejayaan dalam perdagangan Forex?

How to increase the likelihood of success in Forex trading?

Nasihat ini bersifat objektif, tetapi berdasarkan tahun-tahun pengalaman pedagang.

1. Sentiasa letakkan henti rugi

Jangan dengar pedagang yang mencadangkan supaya henti rugi tidak dibuat, merujuk kepada fakta bahawa pasaran yang “memburu” henti rugi ini. Ya, benar, tetapi henti rugi diperlukan untuk kawalan risiko. Tempat untuk meletakkan henti itu adalah soalan lain. Tetapi, ia seharusnya sentiasa dibuat. Secara statistik, pedagang yang meletakkan henti rugi atau keluar kedudukan dengan kedudukan baharu dalam arah bertentangan akan menjana wang. Dan sesiapa yang berdagang tanpa henti rugi seperti bermain loteri. Jadi, jika anda ingin menjadi pedagang berjaya, pertama sekali, sentiasa letakkan henti rugi dan tetapkan had kerugian maksimum setiap hari/minggu, di mana apabila ia dicapai, anda akan menutup terminal anda. Ingat, jika anda tidak meletakkan henti rugi – anda bukan pedagang, tetapi suka bertaruh dan lambat laun, pasaran akan menghukum anda. Tiada dana lindung nilai, syarikat perdagangan proprietari, atau pelabur yang mencukupi akan memberi anda wang untuk pengurusan jika anda berdagang tanpa henti rugi atau jika anda tidak lindung nilai risiko tersebut.

2. Kawal risiko

Kawal risiko anda – ia satu prinsip. Sebab utama kebanyakan pedagang mengalami kerugian ialah perdagangan berisiko tinggi. Masalah ini timbul disebabkan sifat tamak, tidak sabar dan harapan yang tinggi. Kebanyakan pedagang baharu ingin mendapat segalanya untuk kaya dengan cepat. Tetapi, anda tahu yang itu hanyalah mitos bukan?

3. Bangunkan strategi perdagangan anda

Kebanyakan pelabur berdagang dalam pasaran mengikut gerak hati dan akibatnya, mereka kehilangan deposit. Bagaimana anda tahu sekiranya anda mempunyai strategi atau tidak? Sangat mudah. Jika anda mempunyai peraturan tertentu (keadaan pasaran) untuk masuk pasaran, mengekalkan dan mengeluarkan kedudukan, berserta peraturan pengurusan risiko, dan semua perkara ini ditulis pada kertas – anda mempunyai strategi. Jika tidak – anda tidak mempunyai sistem.

4. Jangan beralih dari satu strategi ke strategi lain

Ini merupakan satu kesilapan yang sangat umum yang dibuat oleh pedagang. Selalunya, jika pedagang mendapat beberapa henti rugi atau hari yang rugi secara berturut-turut, dengan kebarangkalian yang tinggi, dia menyemak semula strategi dan cuba memperbaikinya, membuat pengubahsuaian, tetapi sebagai peraturan, ini hanya akan membawa kepada hasil yang teruk. Pengujian semula ialah asas untuk menjadi seorang yang profesional. Ya, ia merupakan proses yang membosankan, tetapi ia satu-satunya cara yang akan mengajar anda cara untuk berdagang pada dasarnya.

5. Rugi itu perkara normal

Kerugian adalah seperti barang guna habis di dalam kereta. Perkara utama ialah kerugian seharusnya berada dalam sistem dan tidak melebihi risiko yang ditetapkan. Menghentikan sistem itu lebih baik berbanding keuntungan yang tidak sistematik kerana dalam kes kedua – ia merupakan perdagangan intuitif yang membawa maksud bertaruh.

6. Jangan berdagang mengikut emosi

Perdagangan mengikut emosi ialah cara untuk jatuh. Semua orang memahaminya, tetapi masih ada yang berdagang secara emosi. Mengapa? Kerana perdagangan emosi itu lebih mudah, terutamanya dalam membuat keputusan, membenarkan perdagangan. Meskipun anda mempunyai strategi menguntungkan yang telah diuji pada sejarah, anda boleh kerugian wang yang banyak dengan mudah kerana satu contoh kelemahan emosi. Perdagangan emosi ini begitu sukar untuk dihilangkan. Anda mesti menggunakan kedah komprehensif di sini, daripada merancang waktu perdagangan anda sehingga latihan fizikal dan rohani.

7. Jangan terlebih berdagang

Satu lagi masalah untuk kebanyakan pedagang. Pilih perdagangan dengan kemungkinan yang tinggi dan nisbah risiko/ganjaran yang bagus. Pemilihan ini memerlukan banyak kesabaran. Jika anda terus duduk di terminal, melihat carta, anda akan mula mencari urus niaga yang sebenarnya tiada, dan jangan lupa tentang kesihatan anda. Peringatan akan membantu anda.

8. Jangan terlebih berfikir

Tidak kira betapa paradoksikal bunyi ayat ini, anda tidak boleh terlalu berfikir dalam berdagang. Apabila pedagang mula berfikir tentang sama ada dia boleh masuk berdagang, dia akan mula ragu-ragu dan mula berasa tidak selamat. Bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini? Anda mendapat isyarat pada sistem – anda menetapkan pesanan perdagangan dan ikut urus niaga seperti rancangan. Tiada isyarat – tiada urus niaga. Jika ini bukan masalahnya, ia bermaksud sama ada anda berdagang secara tidak sistematik atau anda melencong daripada strategi asal.

9. Anggap perdagangan sebagai satu perniagaan

Perdagangan sama seperti perniagaan lain, dan anda mesti memperlakukannya dengan sewajarnya.

Jika anda ingin menjadi pedagang yang profesional, anda mesti dedikasikan masa dan wang yang mencukupi untuknya.

10. Pilih broker yang berkualiti.

Tiada komen lanjut. Anda tahu tempatnya.

Mula berdagang

by JustMarkets, 2022.11.22

Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi