Enam Kunci Kejayaan Pedagang Forex

Kejayaan seorang pedagang itu bergantung kepada dirinya sendiri, sama ada dia bersedia untuk berjaya atau tidak. Perlu diingat bahawa tiada cara segera untuk berjaya dalam dunia ini. Tiada jalan pintas untuk kebebasan. Segalanya memerlukan usaha dan pengorbanan, seseorang itu perlu mendalami apa yang dilakukannya secara fizikal dan mental. Menjadi seorang pedagang yang berjaya bukanlah perkara yang mudah, tetapi ia boleh dicapai. Menjana keuntungan adalah cara untuk pedagang memperoleh kejayaan dan keazaman yang tinggi adalah kuncinya.

Terdapat beberapa perkara penting dalam pasaran Forex di mana setiap pedagang perlu mengetahuinya. Mari kita lihat dengan lebih terperinci.

1. Jangan panik dan jangan buka pesanan tanpa pengiraan!

Secara umumnya, matlamat utama mana-mana pedagang adalah untuk menjana keuntungan dan menambah kekayaan menggunakan pergerakan harga. Pedagang-pedagang yang terkenal seperti George Soros, Goldman Sachs, JP Morgan dan rakan-rakan mereka adalah individu-individu yang bertanggungjawab untuk pergerakan harga dalam pasaran Forex. Kita gelar mereka sebagai Pembuat Pasaran (Market Makers, MM). MM mempunyai modal besar yang boleh menggerakkan pasaran Forex, bahkan mereka boleh menggoncang kestabilan ekonomi sesetengah negara jika mereka ingin lakukannya. Pedagang runcit dengan keupayaan modal yang terhad adalah seperti ikan kecil melawan jerung.

Disebabkan panik, pesanan pedagang boleh ditutup oleh henti kerugian atau lebih teruk oleh 'stop out'.

Apabila MM membuka kedudukan pendek, harga mula naik dengan lancar dan beransur-ansur, selepas itu pergerakan menaik yang mendadak berlaku, di mana kemudiannya mula menjadi lemah secara perlahan-lahan. Proses ini dikenali sebagai "out of steam". Ia bermaksud MM berhenti membeli kerana mereka menganggap harga terlalu tinggi. Ini menyebabkan pergerakan sisi harga dan harga mendatar berlaku dalam pasaran. Dari saat itu, MM akan menunggu berita ekonomi yang penting, di mana ia akan menjadi momentum untuk mereka memperbaiki kedudukan (untuk terus membuka pesanan beli yang baru, membuka pesanan jual atau tidak melakukan apa-apa).

Apabila berita disiarkan, pasaran akan mula bergerak pantas dan huru-hara, harga akan turun dan naik dengan cepat. Ini adalah "shake out" yang disebabkan oleh MM. Selalunya, pedagang runcit terperangkap disebabkan situasi ini dan mula membuka urus niaga dengan cuai. Dia takut ‘ketinggalan’. Disebabkan rasa panik itu, pesanan pedagang mungkin ditutup oleh henti kerugian atau lebih teruk oleh ‘stop out’.

2. Mustahil untuk mengetahui sesuatu dengan pasti dalam Forex

Tiada kaedah analisis kewangan yang boleh meramal pergerakan harga dengan ketepatan 100%. Ia berlaku kerana pasaran Forex digerakkan oleh psikologi manusia. Keinginan untuk mendapatkan keuntungan, takut dengan kerugian, panik dan perasaan atau emosi lain mempengaruhi pergerakan pasaran Forex. Pepatah mengatakan: “Dalamnya lautan dapat diukur, dalamnya hati siapa tahu?”. Begitu juga dengan pasaran Forex.

Namun demikian, Forex mempunyai ingatan. Pergerakan harga berulang dari semasa ke semasa dan ia membantu pedagang untuk memahami pasaran Forex dan mencipta beberapa alat-alat untuk analisis perdagangan. Oleh yang demikian, kaedah-kaedah dan instrumen analisis teknikal yang popular seperti analisis Elliott Wave, analisis corak Gartley, analisis corak kaki lilin, analisis WD Gann, pelbagai penasihat pakar dan indikator telah dibangunkan.

3. Rendah diri dan berfikir sebelum membuat keputusan

Seperti yang telah dinyatakan, pasaran sukar untuk diramalkan. Ini bermaksud proses perdagangan memerlukan sedikit rasa rendah diri. Seorang pedagang perlu menghormati “kehendak” pasaran. Dia perlu berasa rendah diri untuk mengurus keadaan apabila pasaran bergerak melawan analisis dan strategi perdagangan.

Pedagang dengan strateginya dalam pasaran Forex adalah seperti pengembara yang berseorangan dengan alat GPS di dalam hutan. Tetapi pada masa-masa tertentu, GPS boleh mati dan pengembara tersebut pergi ke arah yang salah. Apabila dia sesat, dia cuba untuk mengingati perjalanannya semula, menyedari kesilapannya dan membuat keputusan yang membantunya untuk mencapai matlamat. Begitu juga semasa berdagang, jika anda merendah diri untuk berhenti seketika dan memikir semula semua kesilapan yang telah anda lakukan, anda akan mencapai matlamat perdagangan anda.

4. Sabar semasa berdagang

Rasa rendah diri membantu untuk bertenang dalam apa jua keadaan. Pedagang profesional adalah mereka yang memiliki kesabaran menunggu sehingga keadaan dalam pasaran Forex sesuai dengan strategi perdagangan mereka dan mereka berpeluang untuk menjana keuntungan. Kesabaran diperlukan bermula dari saat pesanan dibuka sehingga ia ditutup. Tetapi ia menjadi lebih penting ketika berada dalam urus niaga, apabila pedagang perlu memerhatikan pergerakan harga yang mana boleh bergerak ke mana-mana arah dan kekal tenang agar tidak menutup pesanan dengan terlalu awal atau terlalu lambat.

Nial Fuller, seorang pedagang profesional berkata bahawa haiwan yang begitu sesuai untuk menggambarkan dirinya sebagai seorang pedagang profesional adalah ALIGATOR. Buaya telah wujud di dunia ini selama berjuta-juta tahun. Aligator tidak membuang masanya untuk mangsa yang kecil. Ia menyimpan tenaganya untuk mangsa yang besar, kekal sabar dan menunggu dalam masa yang lama. Tetapi sebaik sahaja mangsa berada dalam kumpulan terkamannya, aligator tidak teragak-agak untuk menyerangnya. Sudah tentu pemburuan aligator itu tidak selalu berjaya. Tetapi haiwan ini mempunyai kesabaran untuk terus melakukan tugasnya dan akhirnya memperoleh matlamat yang diingini.

Disiplin membantu pedagang untuk berfikir dengan betul dan membuka serta menutup setiap pesanan tanpa rasa ragu-ragu dan takut.

5. Disiplinkan diri anda dan cipta pelan perdagangan yang tidak boleh dilanggar

Salah satu cara untuk menangani ketidaktentuan dalam pasaran Forex adalah dengan mendisiplinkan diri anda. Apabila sukar untuk meramal pergerakan pasaran, pedagang profesional melindungi akaun mereka dengan disiplin kendiri. Mereka mencipta pelan perdagangan di mana mereka tidak akan melanggarnya tanpa mengira apa jua keadaan pasaran.

Disiplin membantu pedagang untuk berfikir dengan betul dan membuka serta menutup setiap pesanan tanpa rasa ragu-ragu dan takut. Dia mempercayai keuntungan daripada strategi perdagangannya. Meskipun apabila pasaran bergerak secara bertentangan, pedagang kekal tenang dan menghormati kehendak pasaran. Situasi ini bukanlah satu kejutan untuk pedagang kerana dia terlebih dahulu telah memikirkan senario paling teruk yang boleh berlaku semasa berdagang.

6. Ingat, pasaran Forex adalah neutral

Pasaran Forex adalah neutral. Hanya pedagang yang memberi makna tertentu untuk setiap pergerakan harga. Mereka mentafsir situasi yang berlaku dalam pasaran Forex mengikut pengalaman dan ilmu yang mereka peroleh. Tetapi hakikatnya, pasaran Forex sebenar adalah neutral!

Bagi pedagang baru, carta Forex hanyalah alur yang bergerak ke atas dan ke bawah. Apabila pedagang mendapat sedikit pengalaman, pergerakan ini menjadi isyarat dengan maksud tertentu yang mana boleh digunakan dalam strategi perdagangannya. Jika pedagang terlupa mengenai ketidakpastian isyarat-isyarat tertentu dan yakin dengan maksudnya, dia mungkin terperangkap dalam keyakinannya sekiranya pasaran bergerak bertentangan dengan rancangannya.

Tetapi dengan memahami dan menerima hakikat bahawa pasaran Forex adalah neutral, pedagang profesional akan bebas daripada kepungan keyakinannya. Dia akan bertindak mengikut strategi dan rancangannya, tetapi juga akan mengingati kemungkinan hasil yang tidak diingini dari perdagangannya.

oleh JustMarkets, 18/07/2017

Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi