Justmarkets | JUST COMFORTABLE TRADING

Kebingungan Psikologi: Sebab Pedagang Cenderung untuk Mengelak Kerugian berbanding Mengumpul Keuntungan

Why Traders Tend to Sit Out Losses Rather Than Accumulate Profits

Dalam dunia perdagangan, proses membuat keputusan sangat dipengaruhi oleh faktor-faktor psikologi yang boleh memberi kesan kepada tingkah laku pedagang dan hasil perdagangannya. Satu daripada fenomena tersebut yang diperhatikan dalam perdagangan adalah kecenderungan pedagang untuk mengelakkan kerugian berbanding mengumpul keuntungan. Tingkah laku ini berakar umbi dalam pelbagai kecenderungan kognitif dan tindak balas emosi yang boleh menghalang kebolehan seseorang pedagang mengoptimumkan prestasi perdagangan mereka.

Mengelak Kerugian

Salah satu sebab utama pedagang cenderung untuk mengelak kerugian berbanding mengumpulkan keuntungan adalah konsep dalam mengelak kerugian. Mengelak kerugian merujuk kepada kecenderungan psikologi untuk individu mengalami rasa sakit yang cepat disebabkan kerugian berbanding rasa gembira disebabkan untung. Akibatnya, pedagang mungkin lebih cenderung untuk bertahan pada kedudukan yang sedang rugi, berharap ia akan kembali untung berbanding mengunci kerugian itu dan meneruskan perdagangan. Mengelak kerugian ini boleh membawa kepada peluang-peluang yang terlepas dan memberi kesan negatif kepada prestasi keseluruhan pedagang.

Takut Menyesal

Rasa takut menyesal juga banyak mempengaruhi perasaan berat hati untuk menerima kerugian. Pedagang mungkin berasa ragu-ragu untuk menerima kerugian disebabkan rasa menyesal membuat keputusan yang salah. Rasa takut ini boleh membawa kepada tiada tindakan yang diambil, menyebabkan pedagang bertahan pada kedudukan yang rugi, berharap pasaran akan berbalik, mengelakkan rasa kesal disebabkan mengakui kesilapan yang dibuat. Akan tetapi, sifat ini boleh menghalang pedagang daripada mengurangkan kerugian mereka dengan lebih awal, membawa kepada akibat negatif yang selanjutnya.

Falasi Kos Hangus

Falasi kos hangus adalah satu kecenderungan kognitif yang menyumbang kepada kecenderungan untuk mengelakkan kerugian. Pedagang mungkin berasa tertarik untuk terus melabur dalam kedudukan yang rugi disebabkan mereka telah melabur masa, usaha dan modal yang banyak. Falasi ini boleh membawa kepada rasa berat hati untuk keluar daripada perdagangan yang rugi, kerana pedagang berusaha untuk menerima keputusan lalu mereka dan mengelak daripada mengakui bahawa sumber-sumber yang telah dilaburkan itu tidak boleh diperoleh semula. Akibatnya, pedagang akan bertahan pada kedudukan rugi dengan lebih lama, membawa kepada kerugian yang lebih banyak dari masa ke masa.

Hubungan Emosi

Hubungan emosi pada sesuatu perdagangan atau aset juga boleh mempengaruhi keputusan pedagang untuk menerima kerugian. Pedagang mungkin membentuk hubungi emosi dengan kedudukan yang rugi, membawa kepada rasa setia atau hubungan yang menghalang keupayaan mereka untuk membuat keputusan yang rasional dan objektif. Kecenderungan emosi ini boleh menghalang pedagang daripada mengurangkan kerugian mereka dan beralih kepada peluang yang lebih menjanjikan.

Mengatasi Kecenderungan untuk Mengelak Kerugian

Bagi mengatasi kecenderungan untuk menerima kerugian berbanding mengumpul keuntungan, pedagang mesti membentuk kesedaran kendiri dan mengenali serta mengurangkan kecenderungan psikologi ini. Melaksanakan strategi pengurusan risiko, seperti menetapkan pesanan henti rugi dan mengikut nisbah risiko-ganjaran yang telah ditetapkan boleh membantu pedagang untuk menguruskan dan keluar dari kedudukan rugi dengan proaktif. Tambahan lagi, menerapkan pendekatan yang berdisiplin dan sistematik dalam perdagangan, berasaskan analisis menyeluruh dan pematuhan pada rancangan perdagangan, boleh membantu mengurangkan pengaruh kecenderungan emosi dan falasi kognitif.

Kesimpulan

Kecenderungan pedagang mengelak kerugian berbanding mengumpul keuntungan sebenarnya telah berakar umbi dalam kecenderungan psikologi dan tindak balas emosi. Dengan memahami impak mengelak kerugian, takut menyesal, falasi kos hangus dan hubungan emosi, pedagang boleh berusaha membentuk pendekatan yang lebih berdisiplin dan rasional dalam perdagangan. Melalui kesedaran kendiri, pengurusan risiko dan pematuhan rancangan perdagangan, para pedagang boleh mengurangkan impak negatif kecenderungan ini dan mengoptimumkan prestasi perdagangan mereka.

Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi