Pembelajaran

Jul 4

3 min dibaca

Leveraj besar – bagus atau tidak?

Leveraj besar – bagus atau tidak?

Tiada konsensus tentang nilai leveraj yang optimum untuk perdagangan. Ramai pedagang cenderung untuk mengekalkan nilai leveraj sekecil yang mungkin kerana ia menghalang mereka daripada membuka banyak kedudukan atau kedudukan dengan volum yang besar. Pedagang lain (kebanyakannya pedagang baharu) menganggap yang leveraj meningkatkan risiko pedagang dengan ketara.

Mari kita fahami secara ringkas tentang perkataan leveraj.

Leveraj di pasaran Forex – ialah nisbah amaun modal yang dipinjam daripada broker kepada bilangan dana yang dikendalikan oleh pedagang. Dalam kata lain, pedagang boleh memasuki transaksi dengan amaun yang lebih besar berbanding deposit pedagang.

Mari lihat satu contoh:

Berdagang di Forex di buat dalam bentuk lot standard. Satu lot bersamaan dengan 100,000 unit mata wang asas. Jadi, jika pedagang berdagang dolar AS (USD), membuka kedudukan dalam 1 lot standard, dia membeli/menjual 100,000 unit mata wang ini. Oleh itu, untuk berdagang dengan 0.1 lot, kita mempunyai 10 000 unit asas (100 000 × 0.1), dan 0.01 lot = 1 000 unit asas (100 000 × 0.01).

Andaikan pedagang mempunyai $200 dalam deposit. Leveraj pada akaun perdagangan sama dengan 1:200. Ia bermaksud yang pedagang boleh berdagang dengan amaun 200 kali lebih besar daripada saiz depositnya, cth. $40,000. Mari andaikan pedagang membuka kedudukan dengan 0.02 lot (2000 unit mata wang asas) pada pasangan mata wang EUR/USD. Dalam pasangan ini, mata wang asas ialah EUR. Oleh itu, paras margin untuk kedudukan ini ialah 2000 EUR/200 = 10 EUR. Oleh kerana deposit pedagang dinyatakan dalam USD, 10 EUR akan ditukarkan mengikut kadar di pembukaan kedudukan. Jika kadar pertukaran EUR/USD pada masa kedudukan dibuka ialah, contohnya, 1.0050, paras margin akan menjadi 10 x 1.0050 = 10.05 USD.

Adakah leveraj mempengaruhi risiko?

Leveraj hanya mempengaruhi margin. Semakin banyak leveraj yang anda miliki, semakin kurang margin yang anda perlu untuk membuka kedudukan, dan begitu juga sebaliknya. Semakin kurang leveraj anda, semakin tinggi margin yang anda perlukan untuk membuka kedudukan.

Jawapannya: kerugian adalah sama untuk kedua-dua akaun.

Inilah sebab frasa-frasa seperti “leveraj besar berisiko: atau “leveraj besar akan membuat deposit hilang dengan cepat” tidak mempunyai bukti. Leveraj membolehkan anda membuka lebih banyak kedudukan, tetapi keputusan untuk meningkatkan risiko bergantung pada pedagang, bukannya leveraj.

Ingat, jika pedagang menggunakan pengurusan wang yang bijak dan tahu cara untuk mengawal risiko, amaun leveraj tidak menjejaskan hasil pedagang. Jika pedagang tidak tahu cara yang mencukupi untuk menangani risiko, dia akan hilang akaun perdagangannya dengan cepat, akaun dengan Leveraj 1:10 dan 1:1000.

Sesetengah broker menawarkan kepada pedagang leveraj terapung. Apa itu leveraj terapung? Leveraj ini berbeza-beza secara automatik, bergantung pada jumlah volum kedudukan perdagangan pedagang. Apabila volum perdagangan meningkat, leveraj tersebut akan menurun. Wujud logik yang sama di sini. Semakin banyak deposit yang dimiliki pedagang, semakin kurang leveraj yang diperlukannya.

Selamat berdagang.