Pengenalan

Forex (FX) merujuk kepada pertukaran mata wang asing. Bayangkan anda pergi melancong ke luar negara. Salah satu perkara yang anda perlu lakukan adalah mendapatkan sejumlah wang tunai negara yang ingin dilawati. Jadi anda akan pergi ke bank dan menukar mata wang yang anda ada untuk mata wang negara yang akan dilawati. Pihak bank akan menukar wang ini pada kadar tertentu. Proses pertukaran mata wang ini dipanggil tukaran mata wang asing. Untuk membantu anda memahami cara pertukaran mata wang asing digunakan untuk mengaut keuntungan, kami telah mengumpulkan beberapa prinsip asas forex dalam artikel ini.

Perkara-perkara utama

  • Forex adalah pasaran tempat pertukaran mata wang berlaku.
  • Mata wang selalu didagangkan secara berpasangan, jadi instrumen perdagangan dalam pasaran forex dipanggil pasangan mata wang.
  • Forex menawarkan beberapa kelebihan berbanding pasaran lain, termasuk kecairan yang tinggi, kos transaksi yang rendah, dan keperluan deposit minimum yang rendah.
  • Risiko utama yang dikaitkan dengan forex adalah salah tafsir trend, risiko leveraj, dan risiko broker.

Apa itu Forex dan Bagaimana Ia Berfungsi?

Jadi, apa itu pasaran forex? FX didefinisikan sebagai pasaran untuk perdagangan mata wang. Dengan perolehan sebanyak trilion dolar setiap hari, pasaran forex kini menjadi pasaran terbesar di dunia. Pasaran ini tidak berpusat, dan perdagangan dilaksanakan secara elektronik di kaunter. Jika saham didagangkan di tempat tertentu (misalnya, Bursa Saham New York), mata wang didagangkan di seluruh dunia melalui rangkaian peniaga yang tidak berpusat.

Pasaran forex berfungsi berterusan dari Ahad pada jam 4 petang sehingga Jumaat jam 4 petang masa Sentral (CST). Jadual ini berlaku kerana rentas waktu yang luas di mana perdagangan forex dijalankan. Terdapat empat sesi perdagangan yang saling berterusan sepanjang hari. Ia adalah:

  • Sesi Pasifik
  • Sesi Asia
  • Sesi Eropah
  • Sesi Amerika Utara

Ahli Utama

Sesiapa sahaja yang membuat pertukaran mata wang adalah ahli pasaran forex. Mengenai jumlah perdagangan, pemain pasaran yang paling utama adalah bank pusat dan komersial. Syarikat besar dan dana lindung nilai juga memainkan peranan yang signifikan dalam pasaran forex. Broker dan pusat urus niaga berfungsi sebagai orang tengah antara pembeli dan penjual serta membuat perdagangan dapat diakses oleh ahli pasaran yang lain. Dan kumpulan terakhir adalah pedagang persendirian, termasuk mereka yang menukar wang untuk tujuan bukan komersial dan mereka yang membuat spekulasi terhadap turun naik kadar dan membuat keuntungan. Maka, sekiranya anda pernah membuat pertukaran mata wang, anda juga boleh menganggap diri anda sebagai ahli pasaran forex.

Perlindungan Nilai lwn. Spekulasi

Apabila bercakap tentang forex dalam erti komersial (luar dari contoh perjalanan kami), kami biasanya bercakap tentang perlindungan nilai atau spekulasi.

“Melindungi nilai” dalam dunia kewangan bermaksud menghadkan pendedahan kepada risiko yang berkait dengan pelaburan. Dalam forex, risiko ini adalah perubahan kadar mata wang yang tidak diduga. Syarikat yang mengendalikan perdagangan antarabangsa dan beroperasi dengan jumlah duit yang besar menanggung risiko kerugian kewangan kerana turun naik kadar mata wang. Untuk melindungi diri mereka daripada risiko ini, mereka menggunakan pasaran pertukaran mata wang asing.

Spekulasi dalam forex melibatkan perdagangan untuk keuntungan. Dan ini adalah sisi pasaran yang menarik minat pedagang individu. Jadi, dalam bahasa mudah, forex hanyalah proses pertukaran mata wang yang bertujuan untuk meraih keuntungan. Keputusan perdagangan adalah berdasarkan ramalan mengenai harga sesuatu mata wang di masa hadapan.

Sejarah Ringkas Mengenai Forex

Dalam definisinya yang luas, pertukaran mata wang telah muncul beribu tahun dahulu berikutan penggunaan wang yang pertama (batu atau kerang ketika itu). Walau bagaimanapun, tafsiran forex yang kontemporari mula berkembang selepas satu peristiwa bersejarah penting yang berlaku pada tahun 1973. Pada tahun ini, sistem Bretton Woods dihapuskan dan digantikan dengan sistem mata wang apungan bebas. Kadar tukaran apungan menguasai ekonomi dunia sekarang dan menyatakan hanya sedikit atau tiada campur tangan daripada pengawal selia dalam menentukan kadar sesuatu mata wang. Pada dasarnya, ia bermaksud kadar mata wang berubah-ubah berdasarkan bekalan dan permintaan sesuatu mata wang itu.

Sejak tahun 1973, forex telah mengalami beberapa peringkat transformasi. Kemunculan Internet dan perkembangan perisian perdagangan menjadikan ia mudah diakses oleh orang awam. Dengan pertambahan broker dan persaingan antara mereka yang semakin meningkat, spread menjadi semakin kecil, menjadikan forex sebagai pasaran yang lebih menarik untuk pedagang runcit.

Asas Perdagangan Forex

Sekiranya anda berfikir untuk membuka akaun perdagangan dan memulakan perdagangan, biarlah kami memperkenalkan anda kepada konsep utama forex. Memahaminya akan dapat membantu anda mencari jawapan kepada soalan “Bagaimana forex berfungsi?”.

Pasangan mata wang

Jadi apakah yang mereka dagangkan di pasaran forex? Instrumen kewangan bagi forex adalah pasangan mata wang. Satu pasangan mata wang terdiri daripada dua mata wang (mata wang asas dan mata wang disebut harga). Dalam pasangan EUR/USD, EUR adalah mata wang asas, dan USD adalah mata wang disebut harga. Mata wang asas adalah mata wang yang kita beli atau jual ketika pesanan dibuka. Mata wang yang disebut harga berfungsi untuk menggambarkan harga mata wang asas. Mari lihat contoh di bawah.

Josh adalah orang Amerika yang berkunjung ke Eropah untuk tempoh seminggu. Dia pergi ke bank dan membeli €500. Untuk mendapatkan euro, dia perlu membayar nilai dolar Amerika yang setara dengan €500. Di sini, EUR adalah mata wang asas, dan USD adalah mata wang yang disebut harga.

Sebut Harga

Setiap pasangan mata wang disertakan dengan sebut harga. Sebut harga adalah kadar pertukaran mata wang. Tidak seperti sebut harga di bank, sebut harga dalam terminal perdagangan akan kelihatan seperti 1.18096, menunjukkan elemen terkecil harga mata wang yang dikenali sebagai “pip”.

Jika Josh melihat EUR/USD = 1.18, dia dengan mudahnya boleh mengira jumlah mata wang disebut harga (USD) yang dia perlu bayar. 500 × 1.18 = $590.

Pip

Apabila menukar duit dalam jumlah yang besar (ini yang dilakukan oleh pedagang profesional), pergerakan kadar pertukaran yang sedikit pun dapat memberikan perbezaan. Tukaran yang terkecil adalah satu pip. Gambar di bawah menunjukkan contoh sebut harga. Pip adalah nombor terakhir dalam satu sebut harga. Jika ia berubah dari 1.17451 kepada 1.17452, kita akan katakan yang pasangan mata wang ini bertambah satu pip. 10 pip bersamaan 1 poin.

Apabila melihat carta dalam terminal perdagangan, mudah untuk melihat kekerapan sebut harga berubah. Satu ketika ia 1.18397, kemudian berubah menjadi 1.18395, dan kemudian kembali kepada 1.18397. Pergerakan ini dijustifikasikan oleh nisbah bekalan/permintaan yang ditentukan oleh semua pedagang yang berada dalam pasaran. Apabila beberapa pemain besar seperti pengilang kereta menukar ratusan juta dolar, sebut harga mungkin akan berubah dengan lebih dramatik berbanding hanya memperoleh atau kehilangan beberapa pip.

Bidaan dan tawaran

Harga mata wang kebiasaannya ditunjukkan dalam dua nombor. Ia dipanggil harga bidaan dan harga tawaran. Harga tawaran adalah harga yang anda perlu bayar untuk membeli satu unit mata wang. Sebaliknya, harga bidaan adalah harga yang akan anda dapat sekiranya menjual satu unit mata wang.

Sekiranya Josh membatalkan perjalanan pada hari yang sama dan berhasrat untuk menjual semula €500, dia akan melakukannya dengan kadar yang berbeza – $1.16 untuk €1. Jadi 500 × 1.16 = $580. Kesannya, dia akan kehilangan $10 kerana perbezaan bidaan dan tawaran.

Spread

Sekiranya anda pernah menukar duit di bank atau di kios pertukaran mata wang, anda juga mungkin menyedari harga beli dan harga jual sesuatu mata wang selalunya berbeza. Harga jual sentiasa lebih tinggi dari harga beli. Beli mata wang pada kadar yang rendah dan menjualnya pada kadar lebih tinggi menjadikan operasi sebegini menguntungkan pihak bank.

Dalam forex, perkara yang sama digunakan oleh broker. Mereka mendapat keuntungan daripada perbezaan harga bidaan dan harga tawaran, dikenali sebagai spread. Menjadi keutamaan bagi para pedagang untuk berdagang dengan broker yang mempunyai spread terendah. Mari kita lihat contoh di bawah.

Spread kebiasaannya rendah (1-3 mata) untuk pasangan mata wang yang popular, termasuk EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, USD/CAD, dll. Pasangan mata wang yang kurang didagangkan lebih cenderung untuk mempunyai spread yang lebih tinggi.

Lot

Pasangan mata wang didagangkan dalam kuantiti tertentu yang dipanggil lot. Saiz lot yang biasa adalah:

  • Lot standard yang bersamaan 100,000 unit mata wang asas;
  • Lot mini (atau 0.1 lot) bersamaan 10,000 unit mata wang asas;
  • Lot mikro (0.01 lot) membenarkan untuk berdagang 1,000 unit mata wang asas.

Broker

Broker forex adalah syarikat yang bertindak sebagai orang tengah antara pedagang dan pasaran mata wang serta menyediakan akses kepada platform perdagangan. Setiap broker Forex mempunyai syarat perdagangan yang berbeza, dan ia menjadi kepentingan pedagang untuk memilih broker yang paling berfaedah.

Apabila memilih broker, penting untuk mempertimbangkan faktor-faktor seperti:

  • Syarat-syarat perdagangan (spread yang kecil, tiada bayaran untuk pengeluaran, dll.);
  • Kepelbagaian instrumen (lebih banyak, lebih baik);
  • Sokongan pelanggan yang cekap (tersedia sepanjang masa);
  • Lesen (dianggap lebih selamat);
  • Platform perdagangan yang boleh dipercayai.

Leveraj

Leveraj adalah alat yang membolehkan pedagang memperoleh lebih keuntungan dengan pelaburan yang kecil. Dalam kata lain, ini adalah wang pihak ketiga yang digunakan dalam perdagangan seseorang yang bertujuan untuk menggandakan pendapatan. Jika anda, sebagai contoh, bersedia untuk mendepositkan dana sebanyak $1,000 dan memanfaatkan leveraj 1:100, anda boleh berdagang sebanyak $100,000. Pedagang profesional cenderung untuk menggunakan leveraj dengan kerap.

Jelas sekali, penggunaan leveraj bukan sahaja meningkatkan potensi keuntungan, bahkan menggandakan risiko kerugian kewangan. Walaupun terdapat mekanisme yang melindungi pedagang dari berakhir dengan baki negatif, penting untuk mempunyai kemahiran pengurusan risiko sebelum menggunakan leveraj.

Margin

Margin adalah istilah yang berkaitan dengan leveraj. Ia adalah jumlah duit yang perlu didepositkan oleh pedagang untuk memasuki kedudukan berleveraj. Jumlah duit yang diperlukan untuk mendapatkan leveraj dipanggil syarat margin. Syarat ini mungkin sekecil 1% dan sebesar 20% untuk berdagang. Saiz syarat margin bergantung kepada:

  • saiz leveraj yang pedagang inginkan;
  • pasangan mata wang yang pedagang ingin dagangkan.

Dalam contoh di atas, syarat margin untuk leveraj 1:100 adalah $1,000.

Cara untuk Berdagang Forex

Bagaimana Cara Meramalkan Harga Mata Wang?

Kini ia seharusnya sudah jelas bahawa untuk membuat keuntungan dalam forex, seseorang perlu membuat ramalan yang tepat mengenai harga mata wang tertentu di masa hadapan. Dua pendekatan utama untuk meramalkan pergerakan harga adalah melalui analisis fundamental dan teknikal. Analisis fundamental berkaitan dengan peristiwa politik dan makroekonomi yang dapat mempengaruhi harga mata wang. Ini mungkin termasuk segala perkara yang berkaitan dengan keputusan pilihan raya presiden AS sehingga keputusan Bank Jepun mengenai kadar faedah. Pedagang profesional mengikut berita ini untuk menambah baik pelan perdagangan mereka.

Analisis teknikal pula melibatkan kajian data pasaran masa lalu, seperti transformasi harga dan volum. Ia menggunakan pelbagai penunjuk teknikal yang menunjukkan sejarah pergerakan harga dalam jangka waktu tertentu. Penyokong analisis teknikal mempercayai bahawa tindakan harga cenderung untuk berulang, dan kajian mengenai pola harga membantu menentukan tempat harga akan berada pada waktu tertentu di masa hadapan. Walaupun kedua-dua jenis analisis ini mempunyai kelebihan dan kekurangan, kebanyakan pedagang cenderung membuat keputusan perdagangan mereka berdasarkan gabungan bukti daripada kedua-duanya.

Strategi perdagangan

Keputusan perdagangan yang baik dibuat berdasarkan strategi yang telah dihitung. Jika tidak, perdagangan akan bertukar menjadi perjudian, iaitu keuntungan dan kerugian yang ditentukan oleh nasib semata-mata. Masalahnya adalah keberuntungan jarang berlaku, dan taruhannya adalah tinggi. Inilah sebabnya penting untuk kekal menggunakan strategi baik yang memastikan anda berada di landasan yang betul. Pelan yang dirancang dengan baik boleh membantu anda menjawab persoalan tentang cara untuk berdagang mata wang dengan cara yang menguntungkan. Beberapa pendekatan perdagangan yang paling biasa termasuklah perdagangan kedudukan, perdagangan harian, perdagangan swing dan scalping. Pendekatan ini, apabila tiba masanya, menawarkan beberapa strategi untuk membantu pedagang mencapai matlamat mereka.

Strategi Perdagangan Terbaik untuk Pedagang Baharu

Separuh daripada kejayaan dalam forex adalah strategi yang dirancang dengan baik dan diuji semula. Strategi dalam forex adalah pelan tindakan yang tetap bermatlamat untuk memperoleh keuntungan daripada perdagangan mata wang. Terdapat banyak strategi dan variasi yang boleh dipilih. Walau bagaimanapun, bukan semua strategi ini sesuai untuk setiap pedagang. Strategi yang dipilih mesti dijustifikasikan oleh matlamat dan sumber yang dimiliki oleh seorang pedagang persendirian. Ini adalah antara sebab kenapa memilih strategi yang betul adalah penting dan berbaloi untuk diluangkan masa untuknya.

Jika anda ingin bermula dengan strategi yang ringkas dan efektif, kami mencadangkan untuk belajar berdagang berdasarkan paras Sokongan dan Rintangan. Kedua-duanya menggunakan penunjuk teknikal secara meluas yang membantu mengenal pasti bila harga akan bertukar arah. Strategi ini boleh dilaksanakan dalam 5 langkah mudah:

  • Mengenal pasti sokongan dan rintangan.
  • Tunggu pergerakan ke arah rintangan.
  • Tunggu penolakan harga di rintangan.
  • Buka kedudukan pendek (jual) pada lilin seterusnya selepas penolakan, menetapkan renti rugi di atas rintangan.
  • Keluar dari perdagangan apabila harga menghampiri sokongan.

Langkah yang sama boleh dibuat pada arah bertentangan (masuk pada sokongan, keluar pada rintangan). Dalam contoh di atas, pedagang boleh mengalami kerugian sekiranya harga melepasi paras rintangan dan mengaktifkan pesanan renti rugi. Dalam hal ini, pesanan akan ditutup secara automatik, dan pedagang akan mengalami kerugian yang kecil. Sebaliknya, pelaksanaan yang berjaya akan menghasilkan keuntungan yang lebih besar. Maka, memberi perhatian kepada nisbah risiko/ganjaran untuk setiap perdagangan adalah kunci kepada kejayaan.

Pasangan Mata Wang Mana yang Hendak Didagangkan?

Mata wang yang paling kerap didagangkan dalam pasaran forex sering dipanggil mata wang utama. Ia termasuk EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, USD/CHF, AUD/USD, GBP/JPY, EUR/JPY, dan USD/CAD. Pasangan ini menyumbang kepada 90% daripada jumlah dagangan. Pasangan yang lainnya adalah pasangan minor (GBP/CAD, CHF/JPY, NZD/JPY, dll.) dan pasangan eksotik (mata wang bagi ekonomi baru dan sedang membangun).

Pedagang memilih pasangan mata wang berdasarkan peluang potensi keberuntungan yang mereka lihat. Perlu diberi perhatian yang sesetengah pasangan mata wang berfungsi dengan baik kepada strategi tertentu dan gagal dengan strategi lain. Sebagai contoh, pedagang bawaan hadapan berminat kepada pasangan mata wang dengan spread kadar faedah yang besar (AUD/JPY dan NZD/JPY), sementara pedagang singkat (scalper) mencari pasangan yang kurang stabil.

Kami mencadangkan pedagang baharu untuk mempraktikkan perdagangan pada salah satu pasangan mata wang utama. Sebabnya adalah kerana pasangan utama kebiasaannya mempunyai spread yang kecil, mengurangkan kos transaksi anda.

Bagaimana untuk Berdagang Forex

Seperti jenis pelaburan lain, perdagangan forex diiringi oleh risiko tertentu. Ia boleh dibahagikan kepada:

  • Risiko berkaitan leveraj

    Forex menawarkan leveraj yang tinggi. Dari satu segi, ia perkara baik yang membolehkan para pedagang dengan deposit yang kecil meningkatkan pendapatan mereka. Dari segi lain, leveraj yang digunakan oleh pedagang yang kurang berpengalaman yang berdagang berdasarkan strategi yang tidak diuji boleh menyebabkan kerugian yang signifikan.

  • Salah tafsir trend

    Satu perkara tentang mata wang adalah terdapat banyak perkara yang mempengaruhi harganya. Sudah diperkatakan bahawa kebanyakan mata wang dunia didorong oleh bekalan dan permintaan. Apa yang menentukan bekalan dan permintaan? Faktor-faktor ini termasuklah kadar inflasi, prestasi ekonomi sesebuah negara, kadar faedah, dan sebagainya. Ini adalah sebab pergerakan harga sesebuah mata wang di masa hadapan mungkin sukar untuk diramalkan.

  • Risiko berkaitan broker

    Tidak memberi perhatian kepada syarat-syarat broker adalah salah satu kesilapan besar yang dibuat oleh pedagang baharu. Untuk memastikan broker yang anda ingin berurusan boleh dipercayai dan tidak akan berdagang berlawanan dengan anda, buat penyelidikan sendiri. Semak jika broker tersebut berlesen, baca dengan teliti tentang syarat perdagangan, dan semak ulasan mengenai broker.

Tetapi Mengapa Perlu Berdagang Forex?

Forex menawarkan banyak kelebihan berbanding pasaran lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada senarai di bawah.

  • Kecairan

    Mata wang menonjol berbanding aset lain sebagai aset yang paling cair. Kecairan aset tertentu adalah tahap aset itu mudah ditukarkan kepada aliran tunai. Memegang aset cair membolehkan pedagang bertindak balas dengan cepat terhadap pergerakan pasaran dan segera keluar dari perdagangan sekiranya pergerakan yang tidak diingini berlaku. Ini menjadikan forex satu pasaran yang menarik untuk pelabur. Kecairan yang tinggi juga bermaksud spread yang rendah, seperti yang anda sudah tahu, ia adalah satu kelebihan yang besar.

  • Perdagangan sepanjang masa

    Tidak seperti pasaran lain, forex menerima pedagang sepanjang masa, lima hari seminggu. Ini bermaksud anda boleh masuk dan biarkan perdagangan anda pada bila-bila masa anda rasa terbaik. Jika dibandingkan dengan saham – Bursa Saham New York sebagai contoh, ia beroperasi dari 9:30 pagi sehingga 4:00 petang ET, Isnin sehingga ke Jumaat.

  • Potensi keuntungan dari kenaikan dan kejatuhan harga

    Forex tidak memberikan sekatan kepada perdagangan arah, ini bermakna anda boleh menjana pendapatan sama ada harga aset bergerak ke atas atau ke bawah. Pedagang mengambil kedudukan panjang (membeli pasangan mata wang) apabila harga akan meningkat. Pedagang mengambil kedudukan pendek (menjual pasangan mata wang) apabila ia akan kehilangan nilainya. Menjual pasangan mata wang bermaksud melepaskan mata wang yang susut nilai (mata wang asas) yang menyebelahi mata wang disebut harga.

  • Kos transaksi yang rendah

    Secara umum, broker forex mempunyai yuran transaksi yang kecil sama ada dalam bentuk spread atau/dan yuran pengeluaran. Walaupun kos ini berbeza antara broker, secara umumnya, transaksi forex tidaklah mahal.

  • Syarat deposit minimum yang rendah

    Syarat deposit adalah berbeza antara broker, tetapi secara umumnya, titik ambang minimum untuk masuk adalah rendah berbanding pasaran lain. Sebagai contoh, anda boleh mula berdagang forex di JustMarkets dengan hanya $1. Walaupun pelaburan sekecil ini tidak menjanjikan pulangan yang lumayan, ia memberi peluang untuk belajar berdagang dengan risiko yang minimum.

Perisian Perdagangan Forex

Broker-broker menawarkan pelbagai jenis platform kepada klien mereka. Platform yang paling terkenal adalah MetaTrader 4 (MT4) dan versi naik taraf, MetaTrader 5 (MT5). MetaTrader terkenal di kalangan pedagang baharu dan yang berpengalaman. Perbezaan antara platform MT4 dan MT5 adalah MT5 mempunyai beberapa alat teknikal tambahan, sebagai contoh rangka masa tambahan. Walaupun dengan penambahbaikan ini, para pedagang lebih memilih MT4 kerana ia menawarkan fungsi lindung nilai. Kami mencadangkan anda mencuba kedua-dua platform ini dan memilih platform yang sesuai dengan anda.

Bagaimana untuk Mula Belajar Forex

Kami sangat menyarankan mereka yang berminat dengan perdagangan mata wang untuk membuka akaun demo dan mengambil masa serta berlatih untuk belajar tentang perdagangan forex. Ia adalah idea yang baik untuk membaca buku berkaitan forex. Anda boleh menjumpai bahan bacaan yang membantu dalam senarai 5 teratas kami. Satu daripada buku-buku ini mungkin menjadi tutorial perdagangan forex sebenar untuk anda dan membantu anda memahami apa itu strategi fx. Ingat bahawa latihan dan pembelajaran yang membawa individu seperti Warren Buffet dan George Soros ke tempat mereka berada sekarang. Hanya segelintir orang yang memutuskan untuk berlari dalam maraton jika mereka tidak mempunyai pengalaman untuk berlari jarak jauh. Begitu juga, tiada siapa patut merisikokan duit sendiri jika tidak pernah cuba berdagang sebelum ini.

Setelah yakin dengan pembelajaran forex anda dan mempunyai strategi yang telah diuji, mulakan akaun perdagangan sebenar, buat pelaburan, dan jana wang dari pasaran tukaran wang asing.