Penganalisis teknikal menggunakan carta dan graf untuk menganalisis trend, pola dan data pasaran yang lain untuk mengenal pasti isyarat beli dan jual. Konsep utama analisis teknikal adalah untuk menganalisis sejarah harga dan data volum untuk membuat ramalan tentang pergerakan harga di masa akan datang dalam pasaran kewangan. Ia berdasarkan kepercayaan yang harga dan pola volum pada masa lalu boleh memberi pandangan tentang kemungkinan trend akan datang, membolehkan pedagang dan penganalisis membuat keputusan perdagangan yang wajar. Analisis teknikal adalah berdasarkan konsep-konsep asas berikut:
Harga Pasaran Menggambarkan Semua Maklumat Yang Ada
Penganalisis teknikal percaya yang semua maklumat relevan, termasuk faktor ekonomi, kewangan, dan psikologi telah digambarkan dalam harga instrumen kewangan. Idea ini dikenali sebagai “Hipotesis Pasaran Cekap (Efficient Market Hypothesis – EMH)”. Oleh itu, analisis teknikal fokus kepada menganalisis pergerakan harga dan pola, bukannya cuba meramalkan faktor-faktor fundamental.
Trend Harga
Satu lagi kepercayaan utama analisis teknikal adalah pergerakan harga cenderung untuk mengikut trend. Trend-trend ini boleh dikategorikan sebagai trend pergerakan menaik, menurun atau sisi (pelbagai). Penganalisis teknikal berusaha untuk mengenal pasti dan mengikut trend ini untuk keuntungan. Sebagai peraturan, trend ditentukan melalui struktur pasaran, garis trend atau dengan menggunakan indikator trend.
Ulangan Pola Sejarah Harga
Penganalisis teknikal percaya yang pola sejarah harga seperti pola carta dan pola kaki lilin, cenderung untuk berulang sendiri. Dengan mengenali pola-pola ini, penganalisis boleh menjangkakan kemungkinan pergerakan akan datang.
Paras Sokongan dan Rintangan
Paras sokongan adalah titik harga di mana sekuriti cenderung mencari kepentingan beli dan berpotensi membalikkan pergerakan menurunnya. Paras rintangan adalah titik harga di mana kepentingan jualan sering muncul, berkemungkinan menghentikan trend menaik. Paras-paras ini membantu pedagang menetapkan titik masuk dan keluar.
Sentimen Pasaran
Sentimen pasaran Forex merujuk kepada sikap umum atau perasaan pedagang dan pelabur terhadap Forex pasangan mata wang tertentu. Ia menggambarkan pendapatan dan emosi kolektif ahli-ahli pasaran yang boleh mempengaruhi arah dan intensiti pergerakan harga. Sentimen harga boleh menjadi bulis (positif), bearis (negatif) atau neutral (sisi). Pedagang menganalisis sentimen pasaran untuk menilai kemungkinan kekuatan atau kelemahan mata wang dan membuat keputusan perdagangan yang wajar. Cara paling berkesan untuk mengukur sentimen pasaran biasanya adalah dengan melihat kedudukan terbuka simbol tertentu.
Analisis Volum
Volum adalah ukuran bilangan saham atau kontrak yang didagangkan dalam tempoh masa yang diberi. Volum boleh memberi pandangan tentang kekuatan atau kelemahan pergerakan harga. Sebagai contoh, pergerakan harga yang penting dengan volum tinggi dianggap lebih dipercayai berbanding pergerakan yang serupa dengan volum rendah. Disebabkan pasaran Forex adalah tempat perdagangan tak berpusat, cth. tiada satu tempat perdagangan seperti NYSE contohnya, indikator perdagangan di sini kurang bermaklumat berbanding di bursa lain. Walau bagaimanapun, disebabkan sebut harga pasangan mata wang diterbitkan daripada harga niaga hadapan mata wang, pedagang Forex boleh menggunakan volum bursa CME untuk menganalisis pasangan mata wang di Forex.
Indikator dan Pengayun
Analisis teknikal sering menggunakan pelbagai indikator dan pengayun seperti purata bergerak, Pencapahan/Penumpuan Purata Bergerak (Moving Average Convergence/Divergence – MACD), Indeks Kekuatan Relatif (RSI) dan Pengayun Stokastik untuk memberikan maklumat tambahan dan mengesahkan atau menentang isyarat harga.
Pengenalpastian Pola
Penganalisis teknikal menggunakan pola carta (cth. kepala dan bahu, bendera, segi tiga, wedge) dan pola kaki lilin untuk mengenal pasti kemungkinan pembalikan atau kesinambungan harga. Pola-pola ini dibentuk oleh data sejarah harga dan digunakan untuk membuat keputusan perdagangan.
Rangka Masa
Analisis teknikal boleh digunakan pada pelbagai rangka masa, daripada carta intrahari (minit atau jam) sehingga carta jangka panjang (harian, mingguan atau bulanan). Pedagang memilih rangka masa berdasarkan objektif dan strategi perdagangan mereka. Ia sentiasa disarankan untuk menggunakan 2-3 rangka masa untuk analisis yang lebih tepat bagi memahami perkara yang sedang berlaku dengan lebih baik.
Psikologi Ahli Pasaran
Analisis teknikal mengambil kira emosi dan tingkah laku ahli-ahli pasaran. Diandaikan yang rasa takut dan tamak yang mendorong pergerakan pasaran dan emosi-emosi ini boleh dilihat dalam pola dan trend harga.
Pengurusan Risiko
Penganalisis teknikal meletakkan penekanan yang tinggi pada pengurusan risiko. Ini termasuk menetapkan pesanan henti rugi untuk mengehadkan kerugian yang mungkin dan mematuhi pelan perdagangan yang menentukan kriteria masuk dan keluar dalam perdagangan.
Penting untuk mengambil tahu bahawa analisis teknikal bukanlah tidak pernah dikritik, dan terdapat debat berterusan mengenai kecekapannya. Sesetengah berpendapat bahawa ia boleh memenuhi kehendak diri sendiri kerana ramai pedagang menggunakan pola dan indikator yang sama, manakala yang lain percaya bahawa analisis fundamental yang bertumpu pada ekonomi, adalah satu pendekatan yang lebih dipercayai. Secara amalan, ramai pedagang dan pelabur menggunakan kombinasi analisis teknikal dan fundamental untuk membuat keputusan mereka, dan mereka melaraskan strategi mereka untuk menyesuaikan dengan keutamaan sendiri dan toleransi risiko masing-masing.