Perbelanjaan pengguna membentuk hampir 70% daripada KDNK AS, menjadikan jualan runcit satu indikator ekonomi yang terbaik. Indeks Jualan Runcit ialah satu ukuran yang menjejak permintaan penggunaan untuk barangan siap. Barangan dan perkhidmatan berada di akhir rantaian bekalan, bermula dengan pengilang dan berakhir dengan peruncit. Jualan runcit diukur oleh barangan tahan lama dan jangka pendek yang dibeli dalam tempoh masa tertentu. Kedai-kedai runcit termasuk kedai-kedai konvensional seperti Target, Macy’s, dan lain-lain. Ini juga termasuk kedai dalam talian seperti Amazon.
Laporan ini dibuat daripada resit-resit yang diberikan oleh peruncit yang mengambil bahagian dan dipilih secara rawak. Laporan dinyatakan dalam berjuta-juta dolar dan sebagai peratus perubahan daripada bulan-bulan sebelumnya, dan data dibahagikan kepada pelbagai jenis kategori peruncit. Jualan dikelaskan oleh jenis-jenis kedai, bukan jenis produk.
Jualan Runcit AS dilaporkan secara bulanan oleh Biro Banci AS. Dua laporan diterbitkan sekali – Jualan Runcit dan Jualan Runcit Teras. Laporan Teras tidak mempertimbangkan penjualan kereta, gasolin, bahan-bahan bangunan, dan makanan kerana harganya berubah dengan sangat cepat dan memutarbelitkan data.
Laporan Jualan Runcit membantu penganalisis dan pelabur menilai keadaan ekonomi. Kelebihan utama laporan ini ialah ia memberikan data yang tepat mengenai jenis industri dan produk yang banyak dibelanjakan oleh pengguna. Pedagang mengambil kira laporan jualan runcit sebagai satu indikator ekonomi yang paling berguna dengan pelbagai kegunaan untuk pasaran-pasaran aset berbeza.
Bagaimana cara untuk membaca data Jualan Runcit?
Angka-angka Jualan Runcit yang sihat biasanya menyebabkan perubahan yang positif dalam pasaran saham. Jualan yang lebih tinggi adalah berita baik kepada pemegang-pemegang saham runcit kerana ia membawa maksud pendapatan yang lebih tinggi. Menilai dinamik Jualan Runcit pada setiap bulan juga perlu. Jika data naik, ia adalah perkara yang positif dan bagus untuk ekonomi dan pasaran saham. Jika trend setiap bulan negatif, ia tidak bagus untuk ekonomi dan indeks saham.
Pada masa berita dikeluarkan, pedagang-pedagang perlu membandingkan nilai sebenar dengan nilai ramalan. Jika data sebenar lebih baik daripada jangkaan, ia bagus untuk mata wang. Sebaliknya, jika jualan runcit di bawah jangkaan, ia negatif.
Mari lihat satu contoh yang kukuh. Laporan KDNK bulanan telah dikeluarkan di Amerika Syarikat pada hari Jumaat yang lalu (15 Julai). Data yang diterbitkan adalah lebih bagus berbanding ramalan penganalisis dan lebih tinggi daripada angka-angka bulan lepas. Dan walaupun Indeks Dolar AS jatuh pada hari Jumaat di penghujung hari, selepas data dikeluarkan, dolar menunjukkan momentum pertumbuhan yang baik. Sudah tentu berdagang berita bukanlah strategi terbaik, dan data demikian harus dipertimbangkan mengikut konteks indikator penting ekonomi yang lain. Tetapi, untuk memberikan anda contoh, kami telah menunjukkan cara pedagang bertindak balas kepada data ekonomi tertentu pada masa penerbitannya.