Laopran CoT (Commitment of Traders – Komitmen Pedagang) adalah alat berharga untuk menganalisis sentimen pasaran, terutamanya untuk pedagang yang berdagang niaga hadapan, opsyen dan mata wang. Dalam artikel ini, kita akan melihat maksud CoT, waktu ia dikeluarkan dan cara menganalisisnya.
Apa Itu Laporan CoT?
Laporan CoT dikeluarkan oleh Commodity Futures Trading Commission (CFTC) AS dan menggambarkan kedudukan kumpulan ahli pasaran yang berbeza dalam pasaran niaga hadapan dan opsyen. Laporan ini memberi gambaran tentang siapa yang membeli, menjual dan jumlah volumnya. Pedagang-pedagang menggunakan CoT untuk menganalisis sentimen dan mengenal pasti trend pembalikan atau kesinambungan yang mungkin.
Bilakah Laporan CoT Dikeluarkan?
Laporan CoT dikeluarkan pada setiap hari Jumaat pada jam 3:30 PTG ET, tetapi data menunjukkan kedudukan ahli-ahli pada hari Selasa sebelumnya. Ini bermaksud terdapat sedikit kelewatan dari segi maklumat. Oleh itu, laporan ini membantu menilai trend jangka masa sederhana berbanding trend intrahari atau intraminggu.
Bagaimana Cara untuk Membaca dan Menganalisis Laporan CoT?
Kumpulan utama ahli-ahli CoT adalah:
- Komersial (pelindung nilai – hedger): Syarikat-syarat besar yang menggunakan niaga hadapan untuk melindungi nilai risiko perniagaannya (cth. pengeluar bijirin atau syarikat minyak). Tindakannya selalunya menandakan jangkaan harga jangka panjang.
- Bukan komersial (spekulator): Dana lindung nilai, pelabur institusi dan pedagang besar yang ingin memanfaatkan pergerakan pasaran. Kedudukan mereka kebanyakannya menggambarkan trend dalam pasaran.
- Tidak boleh dilaporkan (pedagang kecil): Pedagang runcit yang kedudukannya kecil dan kurang bermakna untuk dianalisis.
Laporan dibahagikan kepada jadual dengan posisi ahli-ahlinya. Indikator utama yang perlu diberi perhatian adalah:
- Panjang (posisi panjang): Pembeli.
- Pendek (posisi pendek): Penjual.
- Posisi Bersih: Perbezaan antara posisi Panjang dan Pendek.
- Kepentingan Terbuka: Jumlah bilangan kontrak terbuka.
Berikut adalah laporan COT untuk niaga hadapan EURO FX (sama dengan pasangan mata wang EUR/USD dalam Forex):
Contoh Analisis Laporan CoT
Katakan anda menganalisis niaga hadapan EURO FX (sama dengan pasangan mata wang EUR/USD dalam Forex). Anda lihat gambar berikut dalam laporan CoT:
Posisi bukan komersial:
- Perubahan dalam posisi Panjang: -5 698 kontrak;
- Perubahan dalam posisi Pendek: +29 422 kontrak;
- Posisi Bersih: -27 567 kontrak.
Kesimpulan: Spekulator adalah bearis kerana mereka mempunyai kelebihan posisi pendek yang besar.
Posisi komersial:
- Perubahan dalam posisi Panjang: 32 197 kontrak;
- Perubahan dalam posisi Pendek: -7 124 kontrak;
- Posisi Bersih: +25 073 kontrak.
Kesimpulan: Pelindung nilai mengambil lebih banyak posisi panjang. Ini menandakan yang mereka menjangkakan yang harga euro akan naik.
Posisi tidak boleh dilaporkan:
- Perubahan dalam posisi Panjang: -1 967 kontrak;
- Perubahan dalam posisi Pendek: +2 234 kontrak;
- Posisi Bersih: +267 kontrak.
Kesimpulan: Pedagang kecil menjangkakan kenaikan nilai euro, tetapi perbezaan kontraknya tidak besar, ini biasanya tidak memberi kesan ketara.
Apakah maksudnya?
Jika spekulator (Bukan komersial) terus membina posisi pendek, trend mungkin menjadi bearis (harga menurun). Walau bagaimanapun, keutamaan posisi panjang oleh Komersial boleh menandakan kebarangkalian yang meningkat untuk pembalikan trend tidak lama lagi.
Bagaimana cara menggunakan CoT dalam perdagangan?
- Cari perbezaan: Jika spekulator (Bukan komersial) mengambil posisi panjang dan pelindung nilai (Komersial) mengambil posisi pendek, ia mungkin isyarat yang pasaran mengalami overheat dan pembalikan mungkin berlaku. Dan begitu juga sebaliknya.
- Nilai sentimen pasaran: Perubahan yang besar dalam posisi bersih salah satu kumpulan mungkin menandakan perubahan trend. Sebagai contoh, peningkatan yang mendadak dalam kesinambungan trend bulis spekulator (Bukan komersial) selalunya mengiringi posisi panjang bersih.
- Gabungkan dengan analisis teknikal: Laporan CoT sahaja tidak memberi titik kemasukan yang tepat. Gabungkannya dengan paras sokongan/rintangan, indikator dan kaedah analisis yang lain.
Bagaimana cara untuk menemui data yang diperlukan?
Laporan rasmi CoT dikeluarkan di laman web Commodity Futures Trading Commission (CFTC) AS. Anda boleh menemuinya di laman web berikut:
👉 https://www.cftc.gov/MarketReports/CommitmentsofTraders/index.htm
Di halaman utama bahagian Komitmen Pedagang (CoT), anda akan menemui pautan ke jenis laporan yang berbeza.
Bagaimana cara untuk menemui data yang saya perlukan?
1. Pilih jenis laporan:
- “Laporan Legasi Semasa (Current Legacy Reports)”: Versi klasik CoT dengan data kumpulan (Komersial, Bukan komersial dan Tidak boleh dilaporkan).
- “Laporan Terbahagi”: Versi yang lebih terperinci dengan kategori tambahan.
- “Laporan Kewangan”: Khusus untuk pasaran kewangan (mata wang, bon, dll.).
- “Laporan Tambahan”: Laporan untuk beberapa pasaran khusus.
2. Pilih pasaran:
- Cari aset yang anda minat (emas, minyak, mata wang, dll.) dalam senarai.
3. Muat turun data:
- Laporan disediakan dalam format PDF atau TXT untuk analisis manual dan format CSV untuk pemprosesan automatik.
Kata-kata akhir
Laporan CoT adalah alat yang berkuasa untuk memahami sentimen pasaran. Penggunaan yang betul membantu pedagang menilai trend jangka panjang dan memahami tindakan ahli-ahli utama dengan lebih baik. Walau bagaimanapun, ingat, CoT hanya menyediakan sebahagian gambarannya, dan penting untuk menggabungkannya dengan kaedah analisis lain untuk perdagangan yang berjaya.
Mula dengan kecil: Pilih satu pasaran, seperti minyak atau emas dan perhatikan posisi anda berubah dari minggu ke minggu. Ini akan membantu anda membiasakan diri dengan tafsiran data dan penggunaannya. Pedagang baharu disarankan untuk bermula dengan Laporan Legasi – ia lebih mudah difahami.