Memahami konsep terlebih beli dan terlebih jual adalah penting untuk pedagang kerana ia memberikan gambaran mengenai kemungkinan keadaan pasaran dan pembalikan harga. Berikut adalah maksud istilah ini dan implikasinya kepada pedagang:
Terlebih Beli
Apabila aset pasaran dianggap terlebih beli, harganya naik mendadak dengan cepat, membawa kepada situasi di mana aset itu mungkin didagangkan pada tahap yang tidak wajar berdasarkan indikator fundamental atau teknikal. Dalam analisis teknikal, keadaan terlebih beli selalunya dikenal pasti menggunakan indikator-indikator teknikal seperti Indeks Kekuatan Relatif (Relative Strength Index – RSI), MACD, Purata Bergerak, Pengayun Stokastik atau William %R.
Implikasinya kepada Pedagang:
Pedagang mentafsirkan keadaan terlebih beli sebagai isyarat yang harga aset mungkin akan mengalami pullback atau pembalikan. Ia boleh menandakan yang tekanan membeli sudah melampau dan aset mungkin terdedah kepada pergerakan harga menurun.
Terlebih Jual
Sebaliknya, apabila aset kewangan dianggap terlebih jual, harganya menurun dengan mendadak dan cepat, membawa kepada situasi yang aset mungkin didagangkan pada tahap rendah yang tidak wajar berdasarkan indikator fundamental atau teknikal.
Implikasinya kepada Pedagang:
Pedagang mentafsirkan keadaan terlebih jual sebagai satu kemungkinan isyarat yang harga aset mungkin mengalami rebound atau rally. Ia boleh menandakan tekanan jual yang melampau dan aset itu mungkin bersedia untuk pergerakan harga menaik.
Maksudnya Kepada Pedagang
Bagi pedagang, memahami keadaan terlebih beli dan terlebih jual boleh memberi gambaran yang bernilai untuk membuat keputusan perdagangan. Mengenal pasti keadaan terlebih beli dan terlebih jual boleh membantu pedagang menetapkan masa titik masuk dan keluar dengan lebih cekap, berkemungkinan menangkap peluang-peluang untuk membeli dengan harga rendah dan menjual dengan harga tinggi ataupun sebaliknya. Keadaan terlebih beli dan terlebih jual boleh berfungsi sebagai isyarat pengesahan untuk pembalikan trend, membantu pedagang dalam menilai kekuatan trend semasa. Mengenal pasti keadaan terlebih beli dan terlebih jual boleh membantu pedagang dalam mengurus risiko dengan memberi petunjuk mengenai kemungkinan pembalikan harga dan peralihan sentimen pasaran.
Bagaimana cara untuk menentukan keadaan terlebih beli dan terlebih jual menggunakan indikator teknikal RSI?
Mengikut tradisi, RSI dianggap menunjukkan keadaan terlebih beli apabila nilainya melebihi 70. Ini mencadangkan yang harga telah naik dengan cepat dan mungkin akan mengalami pembalikan atau pullback. Sebaliknya, RSI dianggap menandakan keadaan terlebih jual apabila nilainya jatuh di bawah 30. Ini mencadangkan yang harga telah turun dengan cepat dan mungkin mengalami kemungkinan pembalikan atau rally.
Pencapahan boleh digunakan sebagai isyarat tambahan, meningkatkan kebarangkalian pembetulan atau pembalikan atau tahap terlebih beli atau terlebih jual telah dicapai. Tetapi, untuk isyaratnya, harga mesti meninggalkan zon terlebih beli/terlebih jual.
Dalam contoh di bawah, anda boleh lihat harga terlebih jual + pencapahan dan harga terlebih beli + pencapahan.
Bagaimana cara untuk menentukan terlebih beli dan terlebih jual menggunakan Purata Bergerak?
Apabila menggunakan purata bergerak, harga terlebih beli atau terlebih jual ditentukan apabila harga menyimpang dari garis tengah. Anda boleh melihat sejarah jumlah harga boleh menyimpang dari garis purata untuk memahami dengan pasti tentang waktu harga akan kembali ke purata bergerak yang merupakan harga saksama.
Sebagai contoh, dalam contoh di bawah, apabila harga WTI menyimpang dari garis tengah lebih daripada 200 pip, kebarangkalian untuk pembetulan akan meningkat dengan dramatik.
Secara ringkasnya, memahami keadaan terlebih beli dan terlebih jual adalah penting untuk pedagang kerana ia memberikan gambaran mengenai pembalikan pasaran yang mungkin, masa masuk dan titik keluar, mengesahkan trend dan menguruskan risiko. Pedagang sering menggunakan kombinasi indikator teknikal, pola carta dan analisis fundamental untuk membuat keputusan yang wajar. Keadaan terlebih beli dan terlebih jual hanyalah satu aspek untuk strategi perdagangan komprehensif dan perlu dipertimbangkan dalam konteks pasaran yang lebih luas.