Bonus Forex. Pelbagai jenis bonus

Bagi menarik pelanggan yang berpotensi buat syarikat, broker-broker Forex akan menyediakan pelbagai promosi dagangan lain seperti bonus Forex. Bonus amat popular di kalangan trader kerana ia membantu mereka memperoleh lebih keuntungan malah sebahagiannya mampu memperoleh wang tanpa sebarang pelaburan. Terdapat pelbagai jenis bonus yang ditawarkan oleh pihak broker untuk memasarkan produk mereka. Mari kita kaji setiap bonus tersebut secara berasingan.

Perdagangan Forex menjadi lebih senang untuk ditawan dan menarik lebih ramai peserta dengan evolusi tawaran pelbagai bonus.

Welcome bonus

Welcome bonus adalah bonus yang boleh diperoleh selepas trader mula bekerja dengan syarikat tertentu di dalam pasaran mata wang. Bonus ini diberi selepas trader membuka akaun perdagangan dengan broker Forex. Bagaimana bonus ini boleh digunakan bergantung kepada broker masing-masing. Sesetengah syarikat Forex menawarkan welcome bonus untuk sebarang deposit pertama akaun perdagangan. Ada juga broker yang tidak memberi sebarang welcome bonus. Lain broker lain bonusnya. Maka, trader tidak seharusnya mendepositkan akaun semata-mata kerana ingin memperoleh bonus. Kelebihan bonus ini yang tidak boleh dinafikan khususnya buat pemula adalah ia memberi trader sebuah pengalaman yang boleh digunakan dalam dagangan masa hadapan.

Bonus deposit

Kumpulan bonus seterusnya adalah bonus deposit. Bonus deposit akan diberi kerana trader mendepositkan akaun dagangan. Bergantung kepada keadaan seseorang broker, bonus deposit mungkin boleh digunakan atau tidak digunakan sebagai margin tambahan dalam perdagangan. Adalah mustahil untuk menentukan apakah pilihan yang terbaik buat seseorang trader, kerana ia bergantung pada pelbagai keadaan seperti strategi perdagangan. Walaubagaimanapun deposit bonus sebenarnya adalah satu peluang keemasan buat para trader yang ingin memperoleh pendapatan lebih dengan melakukan apa yang mereka suka. Jika trader telah membuat keputusan untuk mendepositkan akaunnya dan memulakan perdagangan, mengapa tidak dia dapatkan bonus tambahan daripada usaha ini?

Bonus tiada deposit

Mari kita bincang tentang bonus yang paling popular malah dipilih sebagai bonus terbaik dari sudut pandangan trader – bonus tiada deposit. Bonus ini juga digelar sebagai "bonus percuma tanpa deposit" di kalangan trader. Daripada namanya, bonus ini terbukti tidak memerlukan sebarang deposit. Sesetengah broker Forex membenarkan bonus tiada deposit ini untuk dikeluarkan, manakala sesetengah broker lagi hanya membenarkan trader menggunakan bonus ini sebagai margin tambahan untuk dagangan. Namun, kumpulan bonus ini masih memegang carta sebagai bonus paling menarik di kalangan trader kerana ia memberi peluang untuk memperoleh keuntungan tanpa sebarang pelaburan.

Sepertimana yang boleh anda lihat, pasaran Forex kaya dengan pelbagai promosi bonus dan setiap trader boleh memilih setiap bonus yang bersesuaian buat mereka. Setiap bonus yang diterangkan di sini berfungsi di bawah beberapa syarat tertentu dan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Perdagangan Forex menjadi lebih senang untuk ditawan dan menarik lebih ramai peserta dengan evolusi tawaran pelbagai bonus. Tapi untuk menjadi seorang trader yang berjaya, anda harus ingat yang bonus hanyalah sebuah tambahan untuk dagangan Forex. Anda tidak akan berupaya untuk mencapai kejayaan jika anda berhenti.

Program Bonus telah disediakan di bawah pelbagai syarat dan ia memberi anda peluang untuk memilih satu program bonus yang anda suka berdasarkan strategi perdagangan anda.

oleh JustMarkets, 05/05/2017

Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi