Promosi promosi yg ditawarkan oleh broker

Terdapat pelbagai jenis promosi perdagangan yang secara eksklusifnya diperuntukkan oleh broker-broker Forex dan syarikat-syarikat secara dalam talian. Selain bonus Forex dan peraduan, terdapat juga promosi tanpa sebarang nama spesifik yang biasanya ditawarkan oleh broker Forex. Untuk membiasakan anda dengan promosi dan tawaran ini, mari kita teliti setiap satu daripada contoh-contoh promosi perdagangan ini.

Promosi ajak kawan

Promosi pertama dan paling popular berbanding promosi Forex yang lain adalah promosi "Mengajak kawan". Buat promosi jenis ini, trader digalakkan untuk menarik rakan mereka menjadi pelanggan baru buat broker Forex. Jika trader benar-benar menarik rakan mereka ke laman web broker, maka trader tersebut layak untuk memperoleh amaun tertentu yang akan disediakan kepada mereka pada bila-bila masa mereka berdagang dalam Forex menggunakan syarikat broker yang sama.

Sesetengah majoriti syarikat merujuk promosi menarik rakan ini sebagai program rakan kongsi. Tetapi promosi ini kebiasaannya berbeza daripada program rakan kongsi yang lain seperti Introducing Broker. IB misalnya mendapat pendapatan daripada perdagangan yang dibuat oleh pelanggan mereka dan trader yang menyertai promosi mengajak kawan akan dibayar dengan sejumlah wang tertentu bagi setiap pelanggan yang berdaftar.

Promosi dalam dagangan ini menawarkan pelbagai faedah buat trader malah juga buat penyedia perkhidmatan.

Hadiah-hadiah percuma Forex

Satu lagi promosi yang meluas dipanggil sebagai hadiah-hadiah percuma Forex. Promosi jenis ini memberi anda peluang untuk memenangi pelbagai hadiah atau keistimewaan yang berbeza apabila anda memilih untuk berdagang dengan broker tertentu. Trader biasanya perlu membuat sejumlah perdagangan tertentu supaya dapat memperoleh hadiah yang dijanjikan. Selain pelbagai hadiah percuma, trader juga boleh menerima keistimewaan yang berbeza-beza: memenangi beberapa alatan teknikal, mendapat satu kursus pendidikan percuma, mendapat sejumlah diskaun pada hari tertentu, mendapat sedikit hadiah wang, memperoleh program diskaun istimewa untuk upacara istimewa seperti Hari Easter dan lain-lain, memperoleh deposit percuma dan banyak lagi.

Program rebat Forex

Terdapat juga program rebat yang dijadikan sebagai sebuah promosi dagangan oleh sesetengah broker Forex. Program ini berfungsi di mana trader akan mendapat kembali sebahagian daripada spread untuk perdagangan (biasanya ia bererti berdagang dalam jumlah tertentu). Rebat juga dipanggil sebagai cashback dalam sesetengah syarikat. Program rebat amat menarik buat trader kerana ia tidak melibatkan sebarang tindakan tambahan kecuali hanya berdagang. Bagi memperoleh rebat, trader hanya perlu meneruskan perdagangan; kerja kegemaran semua trader.

Terdapat pelbagai jenis promosi yang ditawarkan dalam bidang ini. Setiap broker dalam talian hakikatnya sibuk menawarkan pelbagai jenis promosi baru untuk menarik pelanggan mereka kerana dengan cara ini, laman-laman web dagangan akan mendapat kelebihan seperti memperoleh kedudukan yang lebih tinggi dan mendapat lebih banyak pendedahan. Promosi-promosi ini hanya satu medium untuk memudahkan trader Forex dan menawarkan pelbagai kelebihan besar buat mereka. Promosi dalam dagangan menawarkan pelbagai faedah buat trader malah juga buat penyedia perkhidmatan. Namun, ingat sesuatu – terdapat beberapa jenis promosi perdagangan di mana trader tidak dikehendaki untuk memenuhi sebarang kriteria seperti pembukaan akaun-akaun Forex secara percuma atau lain-lain, kerana promosi tersebut percuma untuk semua trader.

Trader berpeluang untuk mendapat lebih ganjaran daripada broker dengan menyertai promosi dagangan.

oleh JustMarkets, 05/05/2017

Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi