Justmarkets | JUST COMFORTABLE TRADING

Analisis fundamental dan teknikal. Apakah yang perlu diketahui oleh pedagang?

Market liquidity. What does a trader need to know?

Dalam artikel ini, kita tidak akan mendalami terminologi ini kerana terdapat banyak penjelasan tentang maksud analisis fundamental, analisis teknikal dan kelebihan serta kelemahannya. Dalam artikel ini, kami akan cuba menentukan situasi pedagang perlu menggunakan salah satu atau jenis lain analisis.

Pertama sekali, jika anda berdagang dengan EA berfrekuensi tinggi, EA arbitraj atau EA ‘scalper’, maka, dengan jelas, ini merupakan kes apabila 100% analisis fundamental akan menjadi butiran yang tidak perlu.

Dalam kesemua kes lain, walaupun anda merupakan peminat indikator teknikal, pola carta, Gelombang Elliot, kaedah Gann atau pola harmonik, atau sekiranya anda berdagang intrahari, dalam kes-kes ini, anda hanya perlu memahami struktur fundamental instrumen dan arah pergerakan harga dalam tempoh jangka panjang. Sebagai contoh, andaikan Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah secara aktif, sementara itu Bank Pusat Jepun mengekalkan kadar di bawah sifar, dan perbezaan antara kadar meningkat dengan mendadak. Dalam kes tersebut, situasi ini akan menyumbang kepada pertumbuhan sebut harga USD/JPY kerana apabila kadar faedah naik, kadar negara akan menjadi kukuh. Anda boleh melihat keadaan ini dari carta USD/JPY untuk tempoh enam bulan lalu. Memahami faktor ini sahaja akan membolehkan anda mencari pola sendiri atau isyarat dalam arah yang betul. Dalam kata lain, komponen asas akan berada di kedudukan anda yang hanya akan meningkatkan kebarangkalian keuntungan.

Dalam kes kedua, sebagai contoh, anda berdagang minyak. Fahami bahawa negara-negara OPEC+ yang tidak menghasilkan minyak yang mencukupi untuk memenuhi permintaan akan mendorong harga minyak menjadi lebih tinggi. Sebarang sekatan baharu yang dikenakan kepada negara pengeluar minyak hampir sentiasa mengakibatkan harga menjadi lebih tinggi. Ia juga berguna kepada pedagang forex, walaupun sekiranya mereka tidak berdagang minyak. Sebagai contoh, dolar Kanada ialah mata wang komoditi dan kenaikan harga minyak hampir mengukuhkan mata wang Kanada.

Kes ketiga adalah anda berdagang indeks AS. Indeks akan naik dalam dua kes. Pertama: apabila ekonomi berada dalam keadaan yang baik, inflasi dan pengangguran adalah stabil serta tidak meningkat, dan GDP serta pengilangan menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan. Kedua: Bank Pusat kekal kepada dasar rangsangannya dan menyalurkan lebih banyak wang ke dalam ekonomi. Dalam kes bertentangan, indeks akan jatuh.

Contoh. Rizab Persekutuan AS kini sedang mengetatkan dasar monetari melalui kadar faedah yang lebih tinggi dan mengurangkan kunci kira-kira Fed. Memotong kunci kira-kira Fed adalah berlawanan dengan percetakan wang apabila amaun wang yang berlebihan dikeluarkan daripada sistem kewangan. Inflasi berada pada paras rekod, KDNK AS menurun dan aktiviti perindustrian serta perniagaan jatuh. Tidak hairanlah apabila indeks S&P 500 (US500), Dow Jones (US30), dan Nasdaq (US100) telah menurun sejak awal tahun. Dan pembalikan pasaran akan berlaku apabila Fed AS menghentikan pengetatan dasar monetari dan indikator ekonomi yang lain berhenti menurun sementara inflasi mula berundur.

Statistik menunjukkan bahawa anda tidak boleh menjadi pedagang yang berjaya selama-lamanya tanpa menambah faktor-faktor fundamental, di antara faktor utama tersebut ialah: dasar monetari bank pusat, kadar inflasi, kadar pengangguran, tahap pengeluaran, aktiviti perniagaan, GDP, keseimbangan perdagangan, pasaran hartanah, keyakinan pengguna dan lain-lain. Berbaloi sekiranya anda meluangkan masa untuk perkara-perkara di atas kerana akhirnya, ia akan memberi pulangan dalam bentuk perdagangan menguntungkan yang baharu. Dan ingat, semua dana lindung nilai yang berjaya mempunyai seluruh jabatan penyelidikan ekonomi dan analisis faktor fundamental. Dan ia bukanlah semata-mata untuk keseronokan. Jadilah pedagang yang berpengetahuan.

Selamat berdagang.

Mula berdagang

by JustMarkets, 2022.09.30

Artikel Terakhir
Semua Artikel
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi
Apa itu pendekatan Gunn?
Kaedah Gunn adalah satu pendekatan kepada perdagangan kewangan yang menggunakan kombinasi analisis teknikal, kitaran masa dan pola geometrik untuk meramalkan pergerakan harga dalam pasaran kewangan.
Baca lagi
Jangkaan Matematik dalam Perdagangan
Jangkaan matematik merujuk kepada hasil purata strategi perdagangan pada banyak perdagangan, dengan mengambil kira keuntungan dan kerugian. Ia adalah satu konsep statistik yang membantu pedagang menilai potensi keuntungan strategi mereka.
Baca lagi