Dalam artikel ini, kita akan belajar cara untuk bertindak jika anda berada dalam posisi rugi purata dan waktu serta cara terbaik untuk membuat average posisi trend.
Membuat averaging posisi rugi adalah salah satu tajuk yang paling banyak dibincangkan dalam dunia pelaburan dan perdagangan. Kaedah ini yang terdiri daripada membeli aset tambahan apabila harganya turun (atau menjual apabila harga naik), menarik perhatian kedua-dua pedagang yang baharu dan berpengalaman. Walau bagaimanapun, ia mempunyai risiko besar yang memerlukan pendekatan wajar. Mari fahami perkara yang perlu dilakukan jika anda berada dalam posisi rugi purata dan cara untuk menguruskan situasi tersebut dengan lebih baik.
1. Nilai sebab-sebab asas
Adakah asasnya telah berubah? Perubahan dalam dasar monetari bank-bank pusat mungkin telah mempengaruhi aset dan mungkin ada sebab-sebab geopolitik yang lain. Lihat masalah-masalah besar seperti keadaan ekonomi yang tidak menguntungkan atau perubahan peraturan. Jika masalah itu bersifat sementara, mungkin berbaloi untuk menunggu pemulihan. Jika situasi itu bersifat struktur, averaging adalah satu kesilapan.
2. Tentukan had risiko anda
Terima kerugian jika perlu. Selalunya menutup posisi rugi bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar adalah cara yang lebih baik. Ini sangat benar jika aset itu terus bergerak menentang pedagang. Gunakan henti rugi yang telah ditetapkan awal bagi mengelakkan kerugian yang besar.
3. Nilai semula portfolio
Semak untuk mengetahui sekiranya posisi rugi itu mengganggu kepelbagaian portfolio. Jika ia mengambil terlalu banyak bahagian, ia boleh mengancam kestabilan menyeluruh pelaburan itu.
4. Kira peluang alternatif
Bandingkan prospek aset yang telah mengalami average dengan pelaburan-pelaburan lain. Mungkin lebih baik untuk mengunci kerugian dan memperuntukkan dana kepada aset-aset yang lebih menjanjikan.
5. Buat pelan keluar
Tentukan harga sasaran untuk keluar dari posisi. Jika aset itu pulih, penting untuk membuat keputusan terlebih dahulu tentang paras anda akan mengunci kerugian atau keluar semasa sifar.
Bilakah averaging menjadi wajar?
Averaging boleh menjadi strategi yang selamat dalam situasi-situasi tertentu:
- Keyakinan asas dalam aset itu. Anda telah menjalankan analisis menyeluruh dan percaya yang penurunan atau kenaikan harga hanyalah sementara.
- Sempadan jangka panjang. Jika anda sanggup menahan aset dalam tempoh masa yang lama, anda mempunyai peluang yang baik untuk menunggu pemulihan. Akan tetapi, broker mungkin mengenakan yuran swap tambahan pada setiap malam anda menahan posisi itu.
- Pendekatan kawalan. Anda telah menetapkan had awal untuk amaun yang anda ingin laburkan dalam averaging.
Mengapa averaging mengikut arah pergerakan pasaran adalah lebih baik berbanding averaging melawan pasaran?
Averaging yang melawan pasaran selalunya dilakukan dengan harapan pembalikan harga akan berlaku, ini meningkatkan kerugian jika pasaran terus menurun. Sebaliknya, averaging mengikut arah pergerakan pasaran membolehkan anda mengikut “aliran” trend, cthnya pada bahagian pergerakan yang lebih kuat, meminimumkan risiko.
Kelebihan averaging dalam arah pergerakan pasaran:
- Sokongan trend: anda berdagang dalam arah trend yang meningkatkan kebarangkalian kejayaan.
- Kawalan risiko: Menambah posisi boleh diiringi dengan menggunakan keuntungan daripada kemasukan sebelumnya.
- Kemungkinan keuntungan yang meningkat: apabila trend berterusan, keuntungan meningkat secara eksponen.
Bilakah saya harus menggunakan averaging pada pergerakan pasaran?
Bukan semua pergerakan pasaran sesuai untuk pendekatan ini. Averaging dalam posisi yang menguntungkan dicadangkan dalam situasi-situasi berikut:
1. Trend yang kuat
Jika pasaran jelas menunjukkan trend menaik (atau trend menurun) yang disahkan oleh indikator teknikal (cth. purata bergerak, RSI atau MACD), averaging ke bahagian bawah adalah wajar.
2. Breakout daripada paras-paras utama
Averaging berguna apabila paras sokongan atau rintangan yang penting telah dilepasi. Sebagai contoh, jika harga melepasi paras rintangan yang besar, ini selalunya menandakan kesinambungan trend.
3. Siaran berita
Berita ekonomi atau geopolitik yang kuat boleh menjadi pemangkin kepada trend yang kuat. Jika berita mengesahkan arah anda, anda boleh membuat tambahan pada posisi tersebut.
4. Pola pada carta
Pola-pola teknikal seperti bendera, pennant, atau wedge boleh memberi isyarat mengenai kesinambungan trend. Setelah ia disahkan, averaging mungkin wajar untuk dilakukan.
Apakah cara yang betul untuk membuat average dalam arah pergerakan pasaran?
Buat tambahan hanya apabila trend sudah disahkan
1. Kawal risiko
Gunakan risiko tetap bagi setiap posisi yang ditambah. Jumlah risiko untuk semua posisi tidak seharusnya melebihi had yang telah ditetapkan (cth. 1-2% daripada deposit).
2. Buat tambahan hanya apabila trend sudah disahkan
Jangan terburu-buru membuat average pada posisi. Tunggu pengesahan trend melalui tindakan harga atau indikator. Ini akan membantu mengelakkan averaging semasa breakdown palsu.
3. Tambah posisi anda secara beransur-ansur
Tambah volum yang kecil pada posisi sedia anda. Sebagai contoh, jika kemasukan pertama 1 lot, kemasukan seterusnya boleh menjadi 0.5 lot. Ini mengurangkan risiko.
4. Gerakkan henti rugi
Gunakan taktik trailing stop untuk melindungi keuntungan. Sebagai contoh, selepas membuka posisi kedua, gerakkan henti rugi posisi pertama ke paras breakeven atau lebih tinggi.
5. Tetapkan sasaran yang realistik
Tetapkan paras ambil untung yang jelas berdasarkan pergerakan harga atau paras rintangan sebelumnya. Jangan terikut-ikut dengan membuka posisi terlalu bawa.
Contoh penggunaan averaging pada kenaikan
Katakan pasangan EUR/USD sedang didagangkan dalam trend menaik. Anda membuka posisi panjang pertama pada 1.1000 dengan 0.5 lot. Harga naik kepada 1.1050 dan anda boleh melihat pengesahan trend. Anda menambah satu lagi 0.25 lot. Harga mencecah 1.1100. Anda menambah 0.1 lot sekali lagi, dengan henti rugi pada semua posisi sebelumnya bergerak ke arah 1.1050. Apabila harga mencecah 1.1150, anda menutup semua posisi, mengunci keuntungan anda.
Bilakah average tidak harus dilakukan dalam arah pergerakan pasaran?
Terdapat situasi-situasi apabila mengelak averaging pada kenaikan itu adalah lebih baik:
- Trend yang lemah atau tidak pasti. Jika pasaran bergerak ke sisi, menambah posisi boleh menyebabkan kerugian apabila ia berbalik.
- Paras rintangan yang kuat. Jika trend menghampiri paras utama, lebih baik menunggu untuk melihat sekiranya harga melepasi paras ini sebelum menambah pada posisi.
- Ketidaktentuan yang tinggi. Dalam pasaran yang sangat tidak menentu, harga boleh berbalik dengan mendadak, ini meningkatkan risiko.
Kesimpulan
Menguruskan posisi rugi purata memerlukan disiplin, analisis dan akal. Jika anda mendapati diri anda berada dalam situasi ini, penting untuk mengelakkan keputusan beremosi dan menilai prospek yang realistik untuk aset tersebut. Kadang-kadang, menerima kerugian dan melupakannya adalah lebih baik berbanding mendapat kerugian yang lebih banyak dengan berharap berlakunya pembalikan pasaran. Averaging boleh menjadi alat yang berkesan, tetapi hanya jika digunakan dengan betul.
Averaging trend adalah satu strategi yang berkesan untuk pedagang Forex berpengalaman yang tahu cara untuk menguruskan risiko dan memahami tingkah laku pasaran. Perkara utama adalah mengikut trend tanpa melupakan disiplin dan perancangan yang kompeten. Dengan menggunakan pendekatan ini, anda boleh meningkatkan keuntungan sendiri dengan ketara, tetapi ingat, kunci kejayaan adalah kawalan risiko dan rancangan tindakan yang ketat.