Justmarkets | JUST COMFORTABLE TRADING

Cara Menjana Pendapatan daripada Forex semasa COVID-19

COVID-19 Menyebabkan Anda Dikuarantin? Belajar tentang Forex, Jana Pendapatan dan Kembali Pulih daripada Virus!

Berita terkini – COVID-19 bukannya kegilaan sementara dan ia akan kekal buat sementara waktu! Dengan lebih daripada 220,000 kes yang disahkan, kebanyakan negara di dunia mungkin perlu melaksanakan kuarantin jika tidak mahu jatuh sakit. Ini menjadikan peluang menjana pendapatan secara tradisional agak tipis melainkan anda boleh bekerja sepenuhnya dari jauh – dan melainkan anda berada di China, anda masih perlu membayar sewa dan juga menjana pendapatan untuk kehidupan anda.

Dengan demikian, semuanya itu tidak bermaksud kemusnahan – sementara COVID-19 menghancurkan ekonomi kita sepenuhnya, ia juga memberi kita peluang untuk menjana sedikit pendapatan. Atau mungkin lebih daripada "sedikit"...

Kesan COVID-19 kepada Ekonomi Dunia

Lebih jelas lagi, ini mungkin merupakan krisis kewangan paling teruk di barat sejak tahun 2008. Mungkin sejak tahun 1980-an, sekiranya ia terus berkembang dalam skala yang sama. Rantaian bekalan di Asia terganggu, Kesatuan Eropah menutup sempadan, Amerika Syarikat berada di ambang kemelesetan dan ia bukan lagi persoalan sama ada KDNK negara naik atau turun – kita hanya boleh mempertikaikan "bila" dan "berapa lama".

Akan tetapi, sebarang pergerakan tidak menentu dalam pasaran adalah peluang terbaik bagi spekulator - terutama sekali untuk pedagang Forex. Anda boleh membuat ‘shorting’ USD melawan JPY, AUD melawan CHF, RUB melawan EUR – terdapat banyak peluang keuntungan buat masa sekarang. Dan dengan mata wang dunia yang berada dalam situasi berubah-ubah, hari-hari yang mendatang hanya memberi lebih banyak pilihan.

Dengan itu, ia bukanlah instrumen kewangan yang paling menguntungkan buat masa sekarang – pasaran saham menjadi tidak menentu dan waktu ini anda boleh membeli banyak saham pada harga yang murah. Walau bagaimanapun, anda tidak akan tahu tahap perkembangannya nanti – tiada siapa yang tahu. Beberapa syarikat tersebut mungkin tidak dapat mengharungi krisis ini. Pada masa yang sama juga, mata wang Forex memiliki nilai ekonomi seluruh negara di sebaliknya dan mungkin tidak akan terjejas mahupun mengalami kerugian.

Oleh itu, sementara Forex bukanlah yang paling menguntungkan, ia masih pilihan paling wajar dalam perdagangan. Dan sekiranya anda mempunyai infrastruktur perdagangan yang bagus, analisis berkualiti tinggi dan asas pengetahuan yang luas – ini adalah peluang seumur hidup. Dan di situlah JustMarkets memainkan peranannya.

Cara Menjana Pendapatan dengan JustMarkets Semasa Kuarantin

JustMarkets merupakan broker Forex antarabangsa yang khusus dalam membuat pedagang baharu membuat perdagangan pertama mereka. Kami mendidik, menjelaskan dan menyediakan anda dengan semua alat yang akan anda perlukan. Dan oleh sebab sekarang anda hanya boleh duduk di rumah, ia mungkin masa terbaik untuk mula belajar.

Forex menyediakan anda dengan peluang-peluang perdagangan yang sangat banyak. Sebagai contoh, jika pada 16 Mac, jam 05:20 (UTC) anda membeli 110 EUR untuk USD, pada jam 14:00, anda mungkin mendapat 111.40. Keuntungan 1% yang diperoleh kurang dari sehari daripada satu perdagangan – dan pada setiap hari, terdapat banyak peluang perdagangan seperti itu! Bahkan, pedagang profesional Forex yang terlalu teliti juga menjana 20-30% pendapatan daripada deposit mereka pada setiap minggu – dan pada masa seperti ini, ia mungkin berganda.

Jika anda mahu menjadi seperti mereka – anda akan perlukan akaun demo. Ia seperti akaun sebenar, tetapi dengan wang maya, jadi jika anda rugi – ia tidak akan menyusahkan anda.

Ini caranya:
  • Jika anda belum lagi memiliki akaun JustMarkets – Daftar.
  • Setelah mendaftar, klik Akaun Saya pada bar tepi;
  • Klik Akaun Demo Baharu;
  • Pilih platform MT;
  • Pilih jenis1 akaun;
  • Pilih mata wang akaun;
  • Pilih leveraj. Anda perlu pilih leveraj sama yang anda akan gunakan pada akaun wang sebenar;
  • Masukkan baki maya pilihan anda;
  • Buat kata laluan. Sahkan di ruang di bawah;
  • Klik Buka Akaun.

Dari situ, anda boleh daftar masuk ke akaun anda menggunakan MetaTrader 4 atau 5.

1 Kami menawarkan jenis-jenis akaun demo yang berbeza, sepadan dengan akaun wang sebenar kami. Kami cadangkan akaun Standard untuk pedagang baharu.

Dan dari situ juga, seluruh dunia adalah taman permainan untuk anda. Anda akan mendapat akses penuh ke Knowledge Base, Daily Analytics, dan Market Overview – dan paling penting anda dapat mencuba kemahiran baharu anda dalam akaun demo. Setelah selesai, kami juga mencadangkan anda untuk memeriksa strategi perdagangan Price Action – strategi terbaik untuk pedagang baharu.

Dan setelah anda yakin bahawa anda telah memahami perkara-perkara asas – buka akaun sebenar dan mula jana wang sebenar di Forex. Anda juga akan menerima bonus deposit sehingga 115%!

Kesimpulan

Coronavirus telah mencipta landskap ekonomi yang sangat kasar dan berubah dengan pantas. Pada masa sekarang, terdapat banyak peluang keuntungan hebat yang disediakan kepada pedagang Forex, tetapi semua itu berisiko. Sebarang berita yang tidak baik boleh menyebabkan aliran kewangan berubah semula dalam masa yang singkat, dan tiada cara untuk meramalkannya.

Akan tetapi, pada masa inilah kekayaan itu dibentuk. Jadi, jika anda tidak mempunyai apa-apa perkara yang dilakukan semasa kuarantin – ambil komputer riba anda dan daftar JustMarkets. Sebaik sahaja anda menjana pendapatan bersama kami, anda mungkin beranggapan yang pandemik ini tidaklah teruk!

oleh JustMarkets, 19/03/2020

Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi